Seni Mempertahankan Diri Bakal Warnai KAMI 2022

Seni Mempertahankan Diri Bakal Warnai KAMI 2022 | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Seni mempertahankan diri pelbagai bangsa seperti silat, wusyu, silambam dan urumi melam bakal mewarnai Karnival Kita Anak Malaysia (KAMI) 2022 pada Jumaat, 16 September ini di UTM Kuala Lumpur.

Karnival ini merupakan acara kemuncak dan juga penutup Sambutan Bulan Kebangsaan (SBK) 2022 yang telah bermula sejak 1 Ogos lalu anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara dan lebih 30 NGO.

“Karnival ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat pelbagai bangsa, agama, budaya dan latar belakang serta semua peringkat umur,” kata Pengarah SBK 2022, Dr Sabariah Baharun.

Menurutnya, selain  seni mempertahankan diri, terdapat persembahan kebudayaan, senaman dan khidmat kesihatan serta pelbagai permainan dan pameran yang menarik untuk seisi keluarga.

KAMI 2022 yang akan berlangsung sehari pada Hari Malaysia bertujuan memberi pengalaman dan berkongsi kepada pengunjung merasai keunikan negara Malaysia, di samping menampilkan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga dalam beberapa zon khusus.

Antara acara menarik lain dalam karnival ini ialah senaman kecergasan Zafina, tarian zapin, tarian singa, persembahan SampaiJadi Records, slot kesihatan, kuiz Hari Malaysia forum wanita dan persembahan juara sajak dan bicara berirama.

Orang ramai dijemput hadir ke karnival KAMI 2022 untuk memeriahkannya. Untuk info lanjut KAMI 2022, sila layari https://www.karnivalkami.com/.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia