Seminar penjagaan rohani pesakit di penghujung hayat

“Ini merupakan program pertama anjuran bersama Unit Paliatif & Onkologi UiTM, Ziyara Muslim Spiritual Care Services & IKRAM Health Malaysia,” kata wakil penganjur seminar.

Seramai 90 orang peserta telah hadir ke seminar ini yang bertujuan menyuntik kesedaran bagaimana untuk melakukan penjagaan rohani terhadap para pesakit di penghujung hayat.

Para peserta turut difahamkan dengan perbezaan dan kaitan antara penjagaan kerohanian dan agama di mana setiap manusia mempunyai keperluan rohani meskipun seorang ateis, tetapi tidak semua pesakit yang memerlukan penjagaan agama.

Peserta terdiri daripada petugas kesihatan seperti doktor, jururawat, jururadiografi, kaunselor, pegawai agama, sukarelawan dan orang awam, pelajar, penjaga dan keluarga pesakit.

“Terdapat juga peserta daripada warganegara Holland yang menetap di Jakarta, Indonesia, menempah tiket penerbangan ke Malaysia khusus untuk menghadiri program ini,” tambahnya.

Dalam seminar itu, pakar perubatan perawatan paliatif UiTM, Dr Diana Katiman, menyampaikan syarahan bertajuk “Introduction to Palliative Care & Spiritual Care”.

“Syarahan seterusnya bertajuk “Basics of Spiritual Care-Healthcare Chaplaincy” dan “Spiritual Care at the End-of-Life” disampaikan oleh Mr Kamal Abu-Shamsieh, seorang ‘Chaplain’ yang bertugas di Stanford Hospital, California,” ujarnya.

Turut diadakan sesi Role-Play yang telah dikendalikan oleh Mr Kamal dengan bantuan Ms Sondos Kholaki dan Mr Sharif Rosen.

“Beliau merupakan Staff Chaplain dari institusi kesihatan masing-masing di California dan Massachusetts, Amerika Syarikat,” jelasnya.

Menurutnya, kolaborasi unik ini merupakan satu usahasama menang-menang bagi semua penganjur bersama program ini.

“Adalah diharapkan peserta beroleh manfaat daripada yang membawa kepada peningkatan kualiti hidup pesakit yang memerlukan.”

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia