Seminar Koperasi Unggul: KIMB koperasi pertama terima pembiayaan RM10 juta

Beliau berucap semasa merasmikan Seminar Koperasi Unggul anjuran KIMB pada 26 April lalu di Maktab Koperasi Malaysia (MKM) di sini sempena ulangtahun ke-20 koperasi tersebut, mewakili Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Nik Ali Mat Yunus, yang dihadiri kira-kira 140 peserta.

Melalui peruntukan tersebut, KIMB mampu memiliki aset melebihi RM10 juta dalam tempoh tiga tahun. Peruntukan tersebut digunakan koperasi untuk membeli aset, tanah atau membiayai projek-projek ekonomi yang berdaya maju.

Foto: Dr Ahmad Zainuddin, Hj Mohamad Kamil dan Dato’ Hj Abdul Fattah

Beliau mengucapkan tahniah kepada Pengerusi KIMB, Dr Ahmad Zainuddin Abdullah dan para Ahli Lembaga Koperasi (ALK) KIMB yang berjaya meyakinkan SKM supaya diberikan kemudahan tersebut. Turut hadir dalam perasmian Naib Presiden IKRAM, Hj Syed Ibrahim Syed Noh dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi IKRAM, Hj Shaharom Md Shariff.

Usai perasmian, seminar diteruskan dengan ucaptama Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Dato’ Hj Abdul Fattah Hj Abdullah dengan tajuk “Pemerkasaan Gerakan Koperasi Ke Arah Pengukuhan Ekonomi Negara”.

Beliau berkongsi masa depan pemerkasaan koperasi di Malaysia seperti usaha penubuhan universiti koperasi, bank koperasi, sukuk koperasi dan meneroka pelbagai penerokaan baru dalam perniagaan dan perdagangan antarabangsa.

Foto: Ust Rofaizal, Ust Abdul Rahman, Wan Anwar dan Senator Dr Warawit

Forum “Membina Sebuah Koperasi Berjaya” dipengerusikan oleh Wan Anwar Wan Ibrahim di mana panelis jemputan ialah Ustaz Mohd Rofaizal Ibrahim, Ketua Syariah Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad (KOPSYA ANGKASA), Ustaz Abdul Rahman Md Hassan, Pengerusi Koperasi Muslimin Malaysia Berhad dan Senator Dr Warawit Baru, Pengerusi Koperasi Islam Ibn Affan Pattani Berhad.

Ustaz Mohd Rofaizal berkongsi pengalaman kejayaan KOPSYA ANGKASA memperkenalkan produk-produk pembiayaan yang inovatif berasaskan syariah kepada koperasi anggota dan anggota koperasi. Ustaz Abdul Rahman pula berkongsi pengalaman menguruskan Koperasi Muslimin Malaysia Berhad hingga tersenarai pada kedudukan ke-84 dalam Indeks 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2013.

Senator Dr Warawit berkongsi pengalaman menarik mengenai konsep taa’wun Koperasi Islam Ibnu Affan Pattani Berhad terhadap ahlinya hingga berjaya melonjakkan keahlian koperasi tersebut daripada 5,000 orang pada tahun 2002 kepada 76,000 ahli dalam masa 10 tahun.

Beliau yang juga Pengerusi Jaringan Koperasi Islam Thailand turut menyelitkan kejayaan manis beliau memasukkan istilah ‘tanpa riba’ dalam dalam klausa undang-undang koperasi di Thailand mengenai koperasi Islam.

Foto: Peserta seminar, Dr Engku Rabiah Adawiah dan Sdr Haron

Pada sebelah petang, pembentangan kertas kerja “Kewangan Islam Dalam Gerakan Koperasi” disampaikan oleh Prof Dr Engku Rabiah Adawiah Engku Ali, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang juga ahli Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia.

Beliau membentangkan mengenai aplikasi kewangan Islam dalam gerakan koperasi agar koperasi mampu menawarkan penyelesaian produk dan perkhidmatan berasaskan syariah kepada anggota dan masyarakat secara amnya.

Slot akhir disampaikan oleh Saudara Haron Md Yusof, konsultan sumber manusia dari Irshad HR Consulting Sdn Bhd yang membentangkan kajiselidik “Keperluan Sumber Manusia Dalam Pengurusan Koperasi”.

Semoga KIMB dapat mengambil pengalaman-pengalaman koperasi berjaya dalam seminar ini bagi menambahbaik perkhidmatan, meneroka peluang baru dalam perniagaan di samping meningkatkan keuntungan untuk manfaat dan kebajikan ahli-ahlinya, insya-Allah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia