Seramai 70 orang peserta telah hadir pada seminar dua hari itu. Kebanyakan peserta terdiri daripada golongan orang muda. Ini merupakan satu petanda baik iaitu generasi muda sudah mula melibatkan diri dengan aktiviti dakwah kepada bukan Islam. Peserta mempelajari teknik-teknik berdakwah kepada bukan Islam, memahami kepercayaan agama lain, memahami masyarakat cina dan India, Kristian dan Bible study.
Pada hari pertama beberapa orang penceramah terkenal telah dijemput iaitu Prof Dr. Taufiq Yap Yuen Hin (Timbalan Presiden MACMA Malaysia, Bro Zamri Vinooth (Presiden Skuad Mubaligh Malaysia) dan Dr Zainal Mohamed (Penolong Setiausaha kehormat PERKIM Melaka). Penceramah pada hari kedua ialah Xifur Naser Abd Rahman Timbalan Presiden Persatuan Saudara Baru Perak yang juga merupakan Tokoh Dakwah Negeri Perak 2014.