Sembang Santai ‘Anak Muda Hero Keluarga’ 29 Jun Ini

SERI KEMBANGAN – Keupayaan bapa untuk memimpin dengan hikmah dan kasih sayang mencipta persekitaran yang harmoni dan positif di dalam keluarga, akhirnya akan menyumbang kepada kestabilan sosial dan kemajuan masyarakat.

Menyedari hakikat peranan bapa sebagai watak pembina dalam sesebuah keluarga, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menganjurkan program Sembang Santai ‘Anak Muda Hero Keluarga’ yang akan berlangsung pada 29 Jun 2024, Sabtu di Dewan Azman Hashim, UTM Kuala Lumpur.

Program akan dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Setia Dr Hj Mohd Na’im Mokhtar dan dihadiri Pro-Naib Canselor UTM Kampus Kuala Lumpur, Prof. Ts. Dr. Abd Latif Saleh; Ketua Pengarah JAKIM, Datin Paduka Hajah Hakimah Mohd Yusoff dan Timbalan Presiden IKRAM, Jusni Yusoff.

Program bersempena meraikan Hari Bapa ini turut akan melibatkan beberapa pempengaruh terkenal iaitu Dr Ahmad Samhan (Pempengaruh Kesihatan) dan Sifu Zack (Mohd Zakri Rihan), Family Coach LPPKN yang akan menjadi ahli panel bagi slot Chit-Chat with Influencers: “Future Family Hero”.

Selami peranan bapa sebagai hero anak-anak dalam forum “Siapa Hero Keluarga?” yang akan dibawakan oleh tiga ahli panel iaitu Sifu Zack, Ketua Pegawai Eksekutif ARBA Foundation, Ustaz Azlan Shah Nabees Khan dan wakil Better Dads Malaysia, Lee Kum Siak.

Kedua-dua Chit-Chat dan forum akan dikendalikan oleh moderator Aqil Junaidi, Strategis Media Sosial daripada Candraloka Creative Agency.

Program Sembang Santai ini turut mendapat kerjasama daripada UTM Kuala Lumpur, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Better Dads Malaysia, Mamee dan F&N.

Orang ramai dijemput hadir dan memeriahkan program ini. Penyertaan adalah percuma dan cabutan bertuah menanti anda! Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan berikut: http://bit.ly/AnakMuda-HeroKeluarga.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia