Selamat Berkhidmat Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Ke-10

Selamat Berkhidmat Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Ke-10

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas kebijaksanaan baginda yang telah menyempurnakan tanggungjawab selaku Raja Berperlembagaan berteraskan keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang untuk melantik Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

Dengan penuh takzim, IKRAM menyambut baik pendirian baginda untuk membentuk sebuah kerajaan yang stabil secepat mungkin menerusi proses yang penuh cermat dan teliti serta pemerhatian yang mendalam.

IKRAM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang telah terpilih sebagai Perdana Menteri Malaysia pada hari ini.

IKRAM percaya kerajaan baharu pimpinan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan berusaha bersungguh-sungguh menggalas amanah besar untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman makmur dan maju serta mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

IKRAM juga percaya kerajaan yang bakal dibentuk akan menjunjung tinggi Perlembagaan Persekutuan dan dengan penuh iltizam akan melaksanakan usaha-usaha penambahbaikan dan pengislahan (institutional reforms) demi memulihkan dan seterusnya memartabatkan institusi-institusi di negara ini.

IKRAM yakin kerajaan yang bakal dibentuk akan mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat serta memulihkan ekonomi negara. Dengan itu, taraf hidup rakyat dapat ditingkatkan melalui pembangunan yang holistik dan inklusif.

IKRAM menyeru agar ahli-ahli politik merentas parti dan pemimpin-pemimpin masyarakat untuk berganding bahu mempertautkan dan mengukuhkan semula hubungan di antara sesama anggota masyarakat, setelah negara melalui satu pilihan raya umum yang telah menimbulkan rasa tidak senang antara satu sama lain.

Titah baginda Yang di-Pertuan Agong agar rakyat tidak wajar dibebankan dengan kemelut politik yang tiada berkesudahan tatkala negara memerlukan sebuah kerajaan yang stabil untuk merancakkan landskap ekonomi dan pembangunan negara hendaklah dijadikan panduan oleh semua, khususnya para pemimpin politik.

Dalam menghadapi pelbagai cabaran dan situasi ekonomi yang tidak menentu, semua pihak perlu berperanan untuk menyuburkan perpaduan dan kesepaduan dalam kalangan seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita mendoakan agar kerajaan yang bakal dibentuk akan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah, integriti dan wibawa demi menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman dan makmur dan dibanggai oleh seluruh rakyatnya.

Hj Badlishah Sham Baharin
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia