Segerakan hukuman setimpal kes penderaan seksual

“Kami percaya usaha pencegahan dan perawatan perlu dilakukan segera bagi menangani gejala sosial yang semakin membarah dan melumpuhkan institusi keluarga,” jelas Timbalan Ketua Wanitanya, Dr Hafidzah Mustakim.

Menurutnya, banyak kes sumbang mahram dan perlakuan keganasan seksual dalam keluarga yang dilaporkan di media massa sejak akhir-akhir ini menggambarkan situasi kebobrokan moral masyarakat yang begitu menyedihkan.

“Tindakan undang-undang dan hukuman yang setimpal wajar dikenakan kepada pesalah jenayah seksual bawah umur sebagai satu pengajaran kepada orang lain dan usaha program pemulihan untuk penjenayah perlu dilakukan.”

Beliau berkata, tiada seorang pun yang mempunyai akal sihat dan jiwa yang bersih dapat menerima perlakuan khianat dan zalim seorang bapa yang sepatutnya menjaga dan melindungi zuriatnya, tetapi melakukan sumbang mahram ke tahap yang begitu dahsyat.

“Walaupun jenayah yang dilakukan begitu dahsyat, namun setiap penjenayah berhak mendapatkan satu program pemulihan, yang mana dalam kes perlakuan seksual melampau, amat perlu untuk pesalah dirawat dan dipulihkan dalam tahanan,” jelas Dr Hafidzah.

Beliau berpandangan, tentulah yang paling perlu dirawat dan memerlukan perhatian adalah mangsa jenayah terbabit iaitu anak remaja berusia 15 tahun tersebut dan sungguh tidak tergambar trauma yang dihadapinya serta ini memerlukan rawatan pemulihan pelbagai pakar untuk meneruskan kehidupannya.

 “Kami menyeru kepada ibubapa untuk bersama melakukan pencegahan awal dengan mendidik anak-anak dengan menyeluruh termasuk pendidikan reproduksi dan seksualiti.”

Beliau berkata perkara paling penting sebelum perawatan adalah langkah pencegahan yang perlu dilakukan oleh semua anggota masyarakat.

“Mereka hendaklah peka dengan gejala ini dan berani tampil ke hadapan untuk melapor atau mendapatkan bantuan kepada pihak berkuasa sekiranya ada petanda dan gejala awal.”

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Hafidzah turut memperkenalkan inisiatif Malaysian Against Pornography (MAP) yang diusahakan Wanita IKRAM bagi menyediakan bahan bantuan kempen untuk membantu ibubapa dan pendidik, mengajar sentuhan selamat dan tidak selamat kepada kanak-kanak agar mereka boleh peka dan boleh berikhtiar melindungi diri mereka dari gangguan seksual.

“Perlaksanaan Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 perlu dilaksanakan segera agar boleh menangani jenayah seksual dengan lebih tegas dan berkesan,” tegas beliau.

Jelasnya lagi, jika semua pihak dapat memainkan peranan, maka gejala jenayah seksual dan keruntuhan keluarga dapat ditangani dan terbinalah masyarakat sejahtera dan negara rahmah yang diidam-idamkan.

Dr Hafidzah berkata demikian ketika mengulas kes jenayah seksual termasuk rogol, liwat dan terbaru kes bapa yang merogol serta meliwat anak perempuan berusia 15 tahun dengan lebih 600 pertuduhan di Selangor, baru-baru ini.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia