Segera Gubal Akta Pembiayaan Dana Politik

Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Hj Badlishah Sham Baharin menyeru kepada semua ahli politik dan penggubal undang-undang di parlimen agar mengambil tuntutan akta pembiayaan dana politik ini secara serius.

“Akta pembiayaan dana politik ini, bukanlah untuk menyekat parti politik ataupun ahli politik daripada untuk mendapatkan derma mahupun dana untuk membiayai aktiviti politik mereka. Tetapi ia adalah untuk menuntut ketelusan dan juga pertanggungjawaban atas wang atau dana yang telah diperolehi daripada pelbagai pihak.”

Sebagaimana Ketua Pegawai Eksekutif Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) Puan Tricia Yeoh sebutkan, rasuah ini suatu barah.

“Jikalau tidak dibendung, ia boleh meresap melalui dana politik itu. Iaitu suatu pihak boleh memberi dana politik, dengan harapan supaya mereka diberikan suatu kelebihan atau suatu kebenaran untuk mengejar impian mereka secara haram.”

Dana Politik Untuk Tutup Mulut?

Menurut Badlishah Sham lagi, sebagai contoh lainnya,  terdapat perniagaan yang memang memberikan dana politik ini supaya mereka dapat melakukan kegiatan haramnya.

“Seperti apa yang telah berlaku di negara kita sejak beberapa tahun sebelum ini; pencemaran yang berlaku di sungai-sungai, pencemaran yang berlaku dalam saluran air dan sebagainya, oleh kerana pembuangan sisa kimia secara haram kepada sumber air ini,” ujarnya.

Ia boleh terjadi tegasnya, kerana mereka memberi dana politik untuk menutup mulut, ahli-ahli politik daripada mengambil tindakan terhadap mereka.

“Bukan itu sahaja, pemberian dana politik ini juga menular kepada aktiviti ataupun tindakan yang lain, yang mana boleh mendatangkan penderitaan kepada rakyat. Jadi ahli politik perlu mengambil tuntutan ini secara serius, segerakan akta pembiayaan dana politik.”

Implementasikan Segera

Terdahulu, Puan Tricia Yeoh menyatakan, negara ini sudah ada All-Party Parliamentary Group Malaysia (APPG) membincangkan akta dana politik.

“Maka segerakan perbincangan tersebut, segerakan akta yang boleh dilahirkan daripada perbincangan tersebut dan segeralah untuk mengimplementasikannya dalam sidang parlimen yang berlangsung sekarang ini,” tegas Badlishah.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru kepada semua rakyat supaya menyokong akta dana pembiayaan politik ini  bagi mengelak penderitaan rakyat dan mengelakkan rasuah berlaku secara berleluasa.

“Kita dapat lihat baru-baru ini, banjir yang melanda negara kita, daripada akhir tahun lalu. Dan kita tahu puncanya adalah pembalakan haram, ataupun pembersihan bukit bukau untuk kegiatan perladangan haram.”

“Semua ini terjadi kerana pihak yang melakukan kegiatan haram, memberikan dana politik kepada parti politik seperti seakan-akan memberikan kebenaran kepada mereka untuk melakukan kegiatan haram itu.”

Nilai-nilai Murni Dalam Masyarakat

Justeru, tegas Badlishah Sham, untuk mengelakkan daripada rasuah ini terus berlaku dan mengelakkan penderitaan rakyat berlaku lebih dahsyat lagi, beliau menyeru rakyat agar menyokong tuntutan yang dibawakan ini dengan menyegerakan akta pembiayaan dana politik.

“Kita perlukan sokongan daripada pelbagai pihak,terutama rakyat. Jika terjadinya  ini, bukan sahaja rakyat terjejas tetapi negara turut terkena tempias. Banyak wang diperlukan untuk membaiki kerosakan yang berlaku daripada kegiatan haram tadi sebagaimana banjir yang berlaku itu, terpaksa menelan belanja berbilion ringgit untuk membaiki kerosakan tersebut.”

Dalam kesempatan itu, beliau selaku presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia, turut ingin membawakan nilai-nilai murni dalam masyarakat.

“Kita ingin wujudkan nilai-nilai murni dalam masyarakat dan nilai-nilai murni ini bermula daripada diri kita sendiri, sebagaimana firman Allah dalam al-Quran; “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu merubah apa yang ada dalam dirinya.”

IKRAM Bersama #RasuahBusters

Pada tahun lalu, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyambut baik dan menyokong penuh gerakan rakyat Sinar Untuk Malaysia #KarakterNilaiMoralBangsa yang diusahakan Dato’ Hussamuddin Yaacub.

IKRAM turut menyeru rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama untuk menyambut gesaan ini bagi menyelamatkan negara daripada amalan rasuah yang kini telah sampai ke kemuncak sehingga negara boleh tergadai dan mandat rakyat tidak dihormati.

IKRAM berpendirian tegas bahawa rasuah adalah musuh utama negara. Bagi mengelakkan kehancuran, seluruh rakyat harus memegang sikap menolak sepenuhnya amalan rasuah dan para perasuah tanpa kompromi.

Justeru, IKRAM menggesa kerajaan supaya mengambil langkah yang segera, tegas dan bersungguh-sungguh serta holistik agar gejala rasuah dapat dikawal dan seterusnya dihapuskan.

IKRAM menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk turut sama secara aktif dalam gerakan menghapuskan rasuah, termasuk menjadi mata dan telinga melaporkan kes yang diketahui kepada pihak berwajib.

Selain itu, IKRAM menegaskan akan bekerjasama dengan semua pihak dalam perjuangan membanteras rasuah.

Mari Ambil Kisah

“Mari kita ambil kisah tentang rasuah yang berleluasa, mari kita ambil kisah tentang kerosakan yang akan berlaku kepada negara ini kalau kita tidak membendung kegiatan rasuah ini, mari kita ambil kisah tentang hala tuju negara ini,” tegas Badlishah Sham lagi.

Tentunya sebagai rakyat, sesiapa pun mahukan negara ini menjadi lebih makmur, lebih progresif, lebih kaya, lebih dapat membahagikan kekayaannya secara saksama kepada rakyat.

“Oleh itu, kita perlu mulakan daripada diri kita sendiri. Mari kita ubah diri kita sendiri supaya menjadikan negara kita ini lebih baik.”

Terdahulu, pada 11 September tahun lalu, Pasukan #RasuahBusters bersama lebih 500 gabungan meneruskan misi membawa transformasi nilai melalui inisiatif politik #MalaysiaTanpaRasuah dengan enam tuntutan.

Tuntutan-tuntutan itu telah dibentang oleh BERSIH 2.0, Gabungan Bertindak Malaysia (GBM), Center to Combat Corruption & Cronyism, Transparency International Malaysia (TI-M), Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) dan Undi18.

Antara tuntutan tersebut ialah pelaksanaan  Pelan Antirasuah Nasional (NACP), Akta Dana Politik, Kebebasan Institusi, Akta Anti Lompat Parti, Undi18 dan reformasi parlimen.

Pada awal sesi tersebut, ketuanya, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, walaupun sudah hampir setahun tuntutan itu dikemukakan, namun tidak nampak keseriusan kerajaan dan 220 ahli Parlimen untuk meminda undang-undang berkenaan.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Enam Tuntutan Politik #MalaysiaTanpaRasuah ‘Apa Dah Jadi’ di Studio F, Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Rabu.

Atriza Umar
Pegawai Jabatan Komunikasi dan Multimedia
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia