Sedekah: IKRAM Cetus Kajian Alternatif Sistem Ekonomi

Sedekah: IKRAM Cetus Kajian Alternatif Sistem Ekonomi | IKRAM

Pelbagai isu dan permasalahan sosioekonomi sedang dihadapi negara kita, berkaitan dengan kemiskinan, perlindungan sosial (social protection), jurang di antara golongan kaya dan miskin, eksploitasi sumber alam yang tidak terkawal, pencemaran alam sekitar dan lain-lain. 

Apabila kita mengimbau perkembangan sejak lebih 100 tahun yang lepas, sistem ekonomi yang diamalkan di negara-negara Barat mahupun di negara kita telah dipengaruhi dan didominasi oleh ekonomi neoklasik.

Sistem ini walaupun ada kebaikannya, namun setelah sekian lama, didapati tidak mampu, malah gagal untuk mewujudkan kemakmuran untuk semua lapisan masyarakat dan gagal menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku. 

Umpamanya, kepuasan maksimum (utility maximisation) dalam ekonomi neoklasik yang berteraskan materialisme mewujudkan suasana perlumbaan kekayaan secara berlebihan, menyuburkan sifat individualisme dan ketamakan dengan mengetepikan nilai-nilai manusiawi dan kepekaan sesama insan dan terhadap alam kurniaan Tuhan. 

Akibatnya, ada golongan yang terpinggir, malah ada juga yang tertindas. Kemiskinan dan jurang semakin meluas, manakala sumber alam diekploitasi sehingga mengakibatkan alam sekitar dan keperluan generasi masa depan terabai.   

Sehubungan dengan itu, kajian sistem sedekah yang sistemik dan sistematik dicetuskan oleh IKRAM dalam usaha untuk menyumbang ke arah mewujudkan Agihan Kekayaan yang Saksama, Ekonomi yang Mampan dan Pembangunan yang Lestari. Ketiga-tiga ciri ini merupakan tiga ciri yang digariskan dalam 12 ciri Negara Rahmah yang diperjuangkan IKRAM. 

Kajian ini antara lainnya, berpandukan firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 276 dan kertas konsep ‘Islamic Gift Economy‘ oleh Dr. Adi Setia.

يَمْحَقُ اللَّهُ الرِّبَا وَيُرْبِي الصَّدَقَاتِ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ كَفَّارٍ أَثِيمٍ

Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa.”

Bermula tahun 2020, IKRAM telah membangunkan naratif dan tasawur kemakmuran ekonomi yang dicetuskan untuk mencari alternatif yang diharap mampu mengatasi masalah-masalah yang dihadapi masyarakat dan negara pada hari ini.

Naratif dan tasawur kemakmuran ekonomi yang dibangunkan menyentuh tentang keperluan untuk menukar sistem ekonomi yang berasaskan riba atau menyerupai sistem riba, judi (maisir) atau yang berunsur judi (gharar/spekulasi melampau) demi mencapai kemakmuran ekonomi yang mampan seterusnya memperolehi reda Tuhan.

Sistem ekonomi yang berasaskan sedekah yang menyeluruh (sistemik) dan tersusun (sistematik) mampu menjadi pengganti kepada sistem riba. Di samping itu, sistem ekonomi tanpa riba perlu berasaskan perkongsian keuntungan dan risiko secara saksama, serta aktiviti perdagangan yang tulen.

Selain sumbangan wajib (seperti zakat), mereka yang berkemampuan perlu memberi sumbangan dalam pelbagai bentuk mengikut kemampuan mereka (contohnya dalam bentuk memberi hutang tanpa riba, bantuan kewangan atau harta benda, pengguguran tuntutan atau pengurangannya, wakaf, cukai kerajaan, inisiatif taawuni, takaful dan lain-lain).

Dengan latar belakang yang sedemikian, kajian sistem sedekah dimulakan oleh IKRAM bermula Julai tahun ini. Kajian ini diharap dapat menyumbang ke arah mencari alternatif yang praktikal untuk dilaksanakan, dan seterusnya mampu mengubah sistem ekonomi sedia ada dalam usaha mewujudkan kemakmuran untuk semua. 

Tentunya, kajian yang dilaksanakan ini adalah satu usaha kecil ke arah mencari solusi kepada pelbagai isu dan permasalahan yang timbul di dalam negara.

Walau bagaimanapun, besar harapan kami agar kajian ini dapat mencetuskan perbincangan, kajian yang lebih mendalam, luas dan lengkap dan model solusi yang bersesuaian.

IKRAM juga sangat mengalu-alukan sebarang kerjasama dan kolaborasi dengan mana-mana pihak dalam usaha untuk merealisasikan sistem ekonomi yang berasaskan sedekah yang sistemik dan sistematik.

Mohammad Abdul Hamid
Ketua Kluster Kemakmuran Ekonomi
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia