Sedekad HCF Sebar Keindahan Islam

Sedekad HCF Sebar Keindahan Islam | IKRAM

PUTRAJAYA – Majlis Sambutan Sedekad Hidayah Centre Foundation (HCF) telah berlangsung meriah pada Sabtu lalu di Everly Hotel, di sini.

Majlis ini bertujuan mengeratkan ukhuwah dan menghargai para penyumbang, mualaf dan keluarga, sukarelawan, agensi kerajaan, rakan media serta rakan-rakan NGO untuk sama-sama meraikan ulang tahun HCF ke-10.

Sambutan yang bertemakan “Sedekad Terus Berkhidmat” ini dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Hj Idris Ahmad.

“Kepentingan menjaga keharmonian antara kaum dan agama sangat dititikberatkan oleh Islam,” kata beliau ketika ucapan perasmian sambutan tersebut.

Jelas beliau, hal ini dapat dilihat dalam ucapan pertama Nabi SAW ketika baginda dan para sahabat tiba di Madinah, antaranya adalah menyentuh tentang pentingnya menjaga hubungan baik dalam kemajmukan masyarakat dan saling menghormati antara satu sama lain.

“Islam merupakan agama yang menerang, mengajak kepada perdamaian, berpegang kepada hujah dan fakta, bukan emosi dan prasangka,” kata Idris lagi.

Tambah beliau, pendekatan Qurani ini ternyata menjadi tonggak kejayaan pembentukan negara Madinah yang diangkat menjadi model hingga kini.

“Dalam masa yang sama, kita mengharapkan dari kalangan kita semua berperanan untuk membetulkan salah faham yang berlaku terhadap Islam dan membantu golongan mualaf dan saudara baru untuk memahami asas-asas agama.”

“Ini merupakan tugas bersama,” tegasnya.

Senator Datuk Hj Idris Ahmad ketika ucapan perasmian (Foto: FB Idris Ahmad)

Beliau menekankan sangat perlunya memupuk hubungan yang baik sesama masyarakat yang berbilang kaum dan menguruskan salah tanggapan terhadap Islam agar Islamofobia dapat dihindari.

“Hubungan berlainan bangsa dan agama juga dapat diperkukuhkan, ini selari dengan suasana Malaysia yang mempunyai pelbagai bangsa dan agama yang hidup saling harmoni dan memahami.”

Idris turut merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada Hidayah Centre Foundation (HCF) atas sambutan dan pencapaian sedekadnya.

“Teruskan usaha kita untuk menyantuni golongan saudara baru, membangunkan komuniti mualaf serta menyampaikan mesej yang benar dan tepat tentang Islam kepada seluruh masyarakat di Malaysia dan seluruh dunia.”

Sementara itu, Pengerusi HCF, Ir Dr Muhamad Fuad Yeoh Abdullah dalam ucapan aluannya berkata, umur sedekad telah memberi peluang kepada HCF untuk membesar dan berkembang menjadi sebuah institusi yang dapat memainkan peranan serta memberi sumbangan kepada pembangunan ummah di Malaysia.

“Usaha telah dilaksanakan dalam menyampaikan risalah Islam kepada segenap lapisan masyarakat majmuk di Malaysia secara lestari dan harmoni, memberi sokongan dan bimbingan dalam memperkasakan saudara baru, serta membetulkan salah faham terhadap Islam yang suci,” jelasnya.

Menurut Fuad Yeoh di hadapan kira-kira 1,000 orang hadirin, HCF sangat peka bahawa kejadian manusia adalah untuk saling berkenalan sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Hujurat ayat 13.

Datuk Idris (tengah) bersama Pengerusi HCF, Ir Dr Muhamad Fuad Yeoh (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif HCF, Hj Muhammad Fakharuddin (kiri)

“Ayat ini menjadi panduan betapa peribadi dan akhlak baik adalah penting dalam kehidupan masyarakat majmuk yang pelbagai kaum, bangsa, kebudayaan dan agama,” ujar beliau.

Tegas beliau, manusia tidak dijadikan Allah untuk merancakkan diskriminasi, rasisme dan prejudis, malah semua itu bukan daripada Islam.

Tambahnya, HCF adalah NGO ummah dan untuk ummah yang mengalu-alukan penyertaan semua untuk beramal bersamanya.

“Terima kasih kepada semua penyumbang kepada Hidayah Centre Foundation. Segala sumbangan berupa wang ringgit, idea, nasihat dan juga doa, amat kami hargai.”

Sambil menikmati jamuan makan malam, hadirin majlis Sambutan Sedekad Hidayah Centre Foundation diserikan lagi dengan persembahan nyanyian Faizal Tahir, cabutan bertuah dan Anugerah Tokoh HCF.

Para penerima Anugerah Tokoh HCF bergambar bersama di pentas

Seramai 10 orang tokoh dipilih untuk menerima anugerah tersebut, yang diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Hj Muhammad Fakharuddin Abdul Kudos.

Penerima Anugerah Tokoh HCF

1. Anugerah Saidina Abu Bakar (Anugerah Utama): Hj Muhammad Nicholas Sylvester

2. Anugerah Saidina Ali (Mualaf Lelaki Muda): Muhammad Zaqwan Asran Abdullah

3. Anugerah Saidatina Aishah (Mualaf Wanita Muda): Aliza Kim

4. Anugerah Ibnu Abbas (Pendakwah Muda): Syafiq Apandi

5. Anugerah Saidina Umar (Selebriti): Anas Tahir

6. Anugerah Najasyi (Bukan Islam): Dr Soo Wincci

7. Anugerah Abdullah Mas’ud (Akademik): Dr Mohammad Nizam Abdul Kadir

8. Anugerah Yasir & Sumayyah (Pasangan Dakwah): Hj Muhamad Nazeli Jaafar & Hjh Umi Kalthom Hassan

9. Anugerah Mus’ab Umair (Dai Contoh): Hj Abdul Rahman Kassim

10. Anugerah Abdul Rahman Auf (Usahawan Mualaf): Datuk Mohd Chan Abdullah

 

Majlis turut menyampaikan cenderamata penghargaan ‘Sanjungan Budi’ kepada ahli keluarga kepada empat tokoh dan aktivis HCF yang telah meninggal dunia, yang telah menyumbang bakti kepada yayasan tersebut. 

Mereka ialah Ahli Lembaga HCF, Dato’ Mohamad Alayuddin Che Hasan (2018) dan Dato’ Ir Dr Azhari Md Salleh (2021), mantan Pengurus Dana HCF, Dr Mohd Tahir Abdul Rahman (2022) dan mantan Pengarah Jalinan Strategik HCF, Hj Zun Arif Abd Rahman (2022).

Turut hadir dalam majlis tersebut, Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Hj Badlishah Sham Baharin, Ketua Wanita IKRAM, Ustazah Sallawahiu Mohd Salleh dan Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat.

Badlishah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Hidayah Centre Foundation yang meraikan sedekad sejak penubuhannya dan banyak kejayaan yang telah dicapai.

“Saya amat berbangga dengan pencapaian tersebut. Semoga Allah SWT akan membantu melonjakkan lagi HCF ke mercu tanda yang lebih tinggi lagi,” kata beliau.

Harapan beliau pada masa hadapan ialah agar HCF dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia, bersama-sama membina Malaysia yang aman dan makmur.

Para urus setia dan sukarelawan Sambutan Sedekad HCF

Setelah sedekad berkhidmat, Hidayah Centre Foundation terus memacu usahanya untuk memberi penerangan tentang keindahan Islam, membetulkan salah faham terhadap Islam dan memberi pelbagai bentuk bimbingan dan sokongan kepada mualaf di Malaysia.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia