Sebutir permata tersimpan mulia

Allahyarham Khairul Anuar Hashim, ahli IKRAM dan JIM Kelang meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat jangkitan di paru-paru dan masalah jantung. Beliau yang memang menghidap diabates terpaksa dipotong kakinya sejak lebih tiga tahun lalu, dan sejak itu menggunakan kaki palsu. Beliau juga kerap berulang alik hospital untuk mencuci luka-luka di kakinya.

Allahyarham yang ditemui sewaktu menghadiri satu program di Universiti Putra Malaysia 18 Januari lepas dilihat masih gagah melangkah. Namun menjelang malam hari Isnin baru-baru ini, beliau tiba-tiba mengadu sesak nafas lalu dibawa ke PPUM.

Di PPUM, keadaan kesihatan beliau tidak begitu stabil dan doktor memutuskan supaya beliau menggunakan alat bantuan pernafasan. Beliau berada dalam keadaan tidak sedar sehinggalah menghembuskan nafasnya yang terakhir keesokan harinya.

Allahyarham tamat A-Level di Blackpool, England dan merupakan graduan Sains Fizik dari Universiti of Manchester, England sekitar tahun 1982/83 dan kemudian menyambung setahun lagi untuk Diploma in Education (Dip Ed). Beliau yang berasal dari Kedah pernah menuntut di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar dan pada zaman kerjayanya pernah mengajar di Sekolah Menengah Sains (SMS) Taiping, Perak.

Dalam dakwah, beliau adalah peribadi mithali yang telah menyerahkan seluruh jiwa raganya untuk jamaah dan perjuangan Islam. Renungkan sahaja coretan seorang rakan lama beliau, Rushami Zien yang mengungkapkan,

“Akhi Khairul, teman sekelas ana semasa di Kolej Sultan Abd Hamid, Alor Setar sekitar tahun 70-an… teman sepermainan… bermain hoki di kampung bersama, tuisyen bersama… seorang yang telah memberikan seluruh kehidupannya kepada Islam dan dakwah sejak selepas mengenali Islam dan dakwah sewaktu A-Level di UK. Sejak itu arwah tidak pernah berpatah balik dalam dakwah… seorang ikhwah yang sangat ‘outstanding‘ yang kita semua patut contohi. Semoga Allah mencucuri dan merahmati sahabatku ini dan menempatkan beliau bersama-sama roh para perjuang agama yang dikasihi Allah.”

Seorang lagi teman seperjuangan, Kamaruzzaman Idris menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang sangat mengutamakan disiplin dan sanggup berkorban untuk jamaah.

“Antara perkara yang tidak boleh saya lupakan ialah ketika beliau masih mengajar di SMS Taiping, sekolah jamaah iaitu Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ memerlukan seorang pengganti bagi mengambil alih tempat Ustaz Shamsuri selaku guru besar. Mendengarkan hal tersebut, Allahyarham Khairul sanggup meletakkan jawatan sebagai guru dan menawarkan diri untuk berbakti di SRI Hira’,” katanya.

Kamaruzzaman yang juga bekas ahli lembaga Institusi Pendidikan Hira’ menambah, kehadiran Allahyarham berjaya mempertingkat tahap disiplin pelajar sehingga kebanyakan perancangan sekolah berjalan lancar. Selain itu, beliau adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan seni Silat Cekak dan menjadi salah seorang jurulatihnya. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang aktif dalam aktiviti-aktiviti luar dan beliaulah yang memperkenalkan program aktiviti lasak di luar sekolah seperti canoeing, jungle trekking dan berkawad untuk pelajar-pelajar Hira’.

Rakan-rakan lain mengingati Allahyarham sebagai salah seorang perintis amal Jamaah di Taiping, Ipoh dan seluruh negeri Perak. Beliau sering dilihat bersama sahabat baik beliau, Wan Muhammad Wan Sulong turun naik sekolah, pejabat dan merata-rata tempat di Perak sebelum dan selepas penubuhan JIM.

Solat jenazah dilaksanakan di surau Hizbul Islami berdekatan rumah Allahyarham. Jemaah yang terdiri daripada ikhwah dan akhawat bersesak-sesak melaksanakan solat yang diimamkan oleh guru al-Quran Allahyarham, Ustaz Abdul Hamid. Isteri Allahyarham, ukht Zakiah turut dilihat bersolat di barisan hadapan saf akhawat dengan tabah dan tenang.

Allahyarham Khairul Anuar meninggalkan tiga orang anak – Huda, Zaid dan Muadz.

Antara yang menghadiri pengebumian Allahyarham ialah Presiden IKRAM, Dr Parid Sheikh Ahmad; Ketua Wanita IKRAM, Ustazah Maznah Daud; Penolong Setiausaha Agung, Mohamad Yaakub Idris; Pengerusi MUSLEH, Ustaz Megat Mohd Amin; guru-guru dan bekas guru serta bekas pelajar-pelajar Hira’.

(Foto oleh NMN)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia