Sebuah pertemuan yang menyinari kehidupan

Sebuah Pertemuan Yang Menyinari Kehidupan

“Sebenarnya, awak ni sembahyang tak?” Mataku terbeliak mendengar pertanyaan  yang terpacul daripada mulutnya. Lidahku kelu. Tidak pernah terlintas di fikiranku  yang Julia akan bertanyakan soalan sedemikian.

“Sembahyanglah…” aku menjawab perlahan dan mengalihkan pandanganku ke  lantai. Dia seolah-olah berputus asa kerana pelbagai cara dilakukan untuk  menolongku namun sia-sia sahaja.

Perniagaan pakaian yang diusahakan selama  sepuluh tahun menemui penghujungnya. Mula merosot sejak empat tahun lalu dan kini tidak dapat diselamatkan lagi.

Kesabaran manusia itu ada hadnya dan kini kesabaran itu menemui titik noktah. Aku memahami perasaan itu. 

Peristiwa beberapa hari lepas terlintas di benak fikiran. “Awak mungkin kena  banyakkan bersedekah,” kata Arina. Hatiku terluka. Seumur hidupku, tidak pernah ku  lokek. 

Kedua-dua sahabat karibku telah berputus asa dengan aku. Siapa lagi yang boleh ku harapkan? 

Aku merupakan anak bongsu daripada dua adik-beradik. Abi, ummi dan abangku telah meninggal dunia dalam kemalangan yang tragis pada hari jadiku; tiga tahun lalu.  

Sejak peristiwa itu, tiada lagi sambutan hari jadi. Adakah aku patut bersyukur diberi nyawa, atau mungkinkah aku ini pembawa malang?

Abi memandu ketika hujan lebat dari kampung untuk melawatku di kedai. Mereka membawa kek dan hadiah untuk menggembirakan hatiku ketika perniagaan merosot. 

“Julia, kedai saya dah gulung tikar, saya nak pindah semula ke kampung minggu  depan,” kataku memecahkan kesunyian dalam kebuntuan. 

“Tapi, bukankah tiada orang di kampung? Tak bahayakah awak duduk seorang?”  tanya Julia. 

“Insya-Allah, Allah pelihara. Saya perlukan masa untuk bertenang dan bersendirian.” 

Julia mengangguk faham. Dia menyambung perbualan, “Saya dan Arina akan tolong  awak berkemas dan ikut hantar awak sekali ke kampung. Kami akan ikut kereta  awak dari belakang.”

Aku cepat-cepat memotong cadangannnya. “Tak perlu, saya akan balik sendiri naik  bas. Kereta dan barang-barang akan saya jual buat menampung hidup sebelum  mencari kerja di sana. Saya nak mulakan hidup baru, saya perlukan masa. Dalam  masa sebulan ni, kalau boleh awak jangan hubungi saya.” 

“Tapi..” Julia seakan-akan tidak berpuas hati dengan permintaanku. “Saya harap awak faham..” kataku dengan nada tegas menahan kesedihan. 

Seminggu aku bersendirian di kampung. Suasana yang tenang dan damai tidak  dapat membendung kedukaan ini. Aku menangis siang dan malam. “Allah, apa lagi  yang Kau mahu dariku? Apa lagi yang tak cukup? Aku dah korbankan hidupku  untuk-Mu. Tak cukup lagikah?”

Keyakinanku pada agama mula goyah, namun aku masih lagi bersolat mempertahankan iman senipis kulit bawang. Kitab suci al-Quran sudah setahun tidak dibaca sejak kematian nenek.

Kebanyakan masa dihabiskan dengan bermonolog dalaman, “Kenapa aku Ya Allah? Kenapa nyawa ahli keluargaku juga yang diambil-Mu? Kenapa? Kami semua selama ini hamba yang taat kepada-Mu. Inikah balasan kepada kami?” Pertanyaan yang tiada jawapan. 

Keesokannya, aku bangun awal pagi dan ke kebun nenek di sebelah rumah. Kebun  yang dibiarkan tanpa penjagaan sesiapa pun masih lagi subur dengan pelbagai tanaman.

Sejak aku di sini, aku hanya makan hasil yang dipetik di kebun ini. Namun, masih banyak lagi yang tidak bersentuh. Rumah pusaka ini jauh terperosok ke dalam kampung, memang tiada jiran tetangga.

Dahulu, nenek sentiasa mengingatkan tentang keberkatan rezeki. Mungkin kerana keberkatan itu, kebun ini terus subur walaupun selepas pemergiannya. 

“Habis tu, selama ni aku berniaga tak berkatkah?” Perasaan tidak berpuas hati  mengenai keberkatan terluah kerana merasakan ketidakadilan hidup di dunia.  

Segalanya ku lakukan untuk-Mu tetapi kini aku terfikir adakah ia berbaloi? Tiba-tiba terdetik di hati untuk menjual hasil kebun di pasar basah. Tanpa melengahkan masa, aku memetik hasil tersebut dan memasukkannya ke dalam beg plastik. 

Basikal tua dikayuh laju menuju ke pasar yang terletaknya sejam dari rumah. Sayur sayuran kampung habis dijual dalam masa dua jam. Segala keringat yang menitik  dek hari yang panas terik membuahkan hasil.

Sebelum pulang, mataku terpandang susuk tubuh wanita 60-an yang duduk di lantai  kaki lima pasar. Aku menghampirinya dan memulakan bicara, “Mak cik nak minum  tak? Jom, saya belanja.” 

Mak cik tersebut tersenyum gembira dengan pelawaanku. Dia tidak henti-henti  mengucapkan terima kasih. “Nak, mak cik tak pernah pun nampak kamu selama ni?  Kamu baru berniaga kat sini ke?” 

“Ya, mak cik. Saya orang baru kat sini,” jawabku. Aku pun cuba menyambung  perbualan dengan bertanyakan tentang hal dirinya. 

“Mak cik duduk mana?” Dengan tenang dia berkata, “Mak cik tiada rumah, mak cik tidur je kat pasar ni. Alhamdulillah.” 

Aku terkejut dan mula bertanyakan tentang ahli keluarganya, “Keluarga mak cik kat  mana?” 

“Mak cik memang sebatang kara, nak. Mak cik anak tunggal, tak pernah berkahwin.  Alhamdulillah. Sekarang ni kalau makan pun, ramai je orang kat pasar selalu  sedekah kat mak cik. Alhamdulillah. Dulu mak cik pernah bekerja, ada simpanan, tapi ada orang tipu duit mak cik. Alhamdulillah.” 

Besar betul ujian hidup mak cik di usia senja. Namun dia tenang dan sentiasa  melafazkan syukur. 

Aku bertanya lagi, “Mak cik, kenapa mak cik selalu sebut alhamdulillah walaupun  macam-macam ujian dalam hidup mak cik?” 

Mak cik terus menjawab, “Nikmat iman dan Islam kan paling besar. Tak apalah hilang  harta dunia, lagipun hidup ni kan persinggahan. Syurga Allah harapnya tempat kita,  insya-Allah. Mungkin juga mak cik banyak buat dosa sebab tu Allah nak uji.” 

“Dosa apa mak cik buat?” tanyaku. 

“Kita manusia ni, walaupun kita tak buat dosa besar, tapi kita tak terlepas daripada  dosa-dosa kecil. Dosa-dosa kecil jika tak bertaubat, boleh jadi dosa besar,” jawabnya  tenang.

Ya Allah, adakah ini teguran daripada-Mu? Aku datang daripada keluarga yang taat  beribadah. Sejak dari kecil kehidupanku memang terpelihara. Adakah tanpa ku  sedari terbit rasa kesombongan yang aku ini lebih baik daripada orang lain?

Dosa ujub ini amatlah besar di sisi-Mu. Jarang juga aku melafazkan istighfar kerana  perasaan itu. Mungkin apa yang berlaku, Kau mahukan aku kembali ke jalan yang  benar. Tuhanku, ampunilah aku. Aku menyeka air mata yang tiba-tiba menitis. 

“Mak cik, jom duduk dengan saya. Saya duduk seorang je. Baju-baju arwah nenek  saya pun ada, mak cik tak perlu risau. Bahaya tidur di tempat terbuka,” Aku  memujuk sambil memegang tangannya dengan erat. 

“Mak cik tak nak susahkan kau..” kata mak cik dihimpit perasaan serba salah. 

“Mak cik, tak susahkan saya pun. Allah pertemukan kita untuk hidup yang lebih baik. Alhamdulillah.” 

Akhirnya mak cik bersetuju. Dengan lafaz bismillah, kami memulakan perjalanan ke  rumah pusaka peninggalan nenek.

Sesungguhnya pertemuan tersebut memberikan sinar pada kehidupanku setelah bertahun-tahun dilanda kesedihan. Alhamdulillah.

 

Nur Hafizah Abdul Kadir
Content Creator

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia