Sebuah pertemuan yang menyinari kehidupan

Sebuah Pertemuan Yang Menyinari Kehidupan

“Sebenarnya, awak ni sembahyang tak?” Mataku terbeliak mendengar pertanyaan  yang terpacul daripada mulutnya. Lidahku kelu. Tidak pernah terlintas di fikiranku  yang Julia akan bertanyakan soalan sedemikian. “Sembahyanglah…” aku menjawab perlahan dan mengalihkan pandanganku ke  lantai. Dia seolah-olah berputus asa kerana pelbagai cara dilakukan untuk  menolongku namun sia-sia sahaja. Perniagaan pakaian yang diusahakan selama  sepuluh tahun […]