SBKK 2022: Keluarga, Sokongan Untuk Bahagia

SBKK 2022: Keluarga, Sokongan Untuk Bahagia | IKRAM

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) hari ini melancarkan Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan IKRAM (SBKK 2022). Walaupun rakyat Malaysia yang layak mengundi sedang sibuk dengan demam PRU15, usaha untuk memberi pengiktirafan kepada keluarga tidak boleh dikesampingkan.

Pada tahun ini, IKRAM memilih tema sambutan ‘Keluarga, Sokongan Untuk Bahagia’ kerana menyedari betapa pentingnya hubungan tiga generasi iaitu datuk nenek, ibu bapa dan cucu difahami dan dihayati oleh warga Malaysia.

Menerusi hubungan intergenerasi yang sihat, kita dapat lihat corak kitaran kasih sayang, penjagaan dan sokongan setiap ahli keluarga.

Kanak-kanak dan remaja merasai kemahiran sosial yang dipertingkatkan dan lebih stabil dalam kehidupan seharian yang boleh membantu mereka berjaya di sekolah dan mengelakkan pengaruh negatif. Begitu juga buat datuk nenek yang rapat dengan anak dan cucu akan menjadi lebih sihat, kurang kesepian dan lebih terlibat dalam dunia sekeliling mereka.

IKRAM amat mengambil berat hal-hal berkaitan keutuhan keluarga. Melalui Kumpulan Fokus Institusi Keluarga Utuh di bawah Kluster Masyarakat Progresif, IKRAM sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan kesejahteraan keluarga di Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.

Hasrat dan komitmen ini adalah sebahagian daripada 12 Ciri Negara Rahmah yang menjadi pedoman dalam membina sebuah negara yang progresif, aman dan sejahtera.

Program sambutan Bulan Keluarga ini dilaksanakan setiap tahun dan pada tahun ini mendapat kerjasama daripada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Kelab Warga Emas Di Hati.

Pelancaran SBKK 2022 juga menyaksikan pelancaran sebuah buku yang berjudul ‘Datuk Nenek Sebagai Rakan Pengasuh Pintar’ hasil tinjauan bersama IKRAM dan Pertubuhan Kesejahteraan Psikospiritual Malaysia (PKPM).

Selain berkongsi dapatan daripada tinjauan, buku ini juga memuatkan hubungan datuk nenek dengan ibu bapa dan cucu, serta peranan datuk nenek dalam mengasuh cucu.

Sepanjang bulan ini, IKRAM akan mengadakan program bual bicara, menerbitkan artikel kekeluargaan, poster, pertandingan TikTok dan puisi kekeluargaan. Manakala IKRAM di negeri dan kawasan juga akan turut menganjurkan program sambutan di tempat masing-masing.

Kemuncak sambutan ialah Karnival SBKK 2022 yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Setiawangsa, Kuala Lumpur pada Ahad, 27 November 2022.

Orang ramai daripada pelbagai generasi dijemput datang untuk memeriahkan karnival sambil mengambil bahagian dan mengikuti pelbagai acara kekeluargaan seperti persembahan kawad kaki sekolah, senaman taici untuk warga emas, sukaneka keluarga, pameran dan jualan. Pelbagai hadiah juga disediakan buat pengunjung melalui cabutan bertuah.

Besar harapan IKRAM agar SBKK 2022 memberikan impak positif kepada keutuhan dan kesejahteraan keluarga di Malaysia.

Haji Badlishah Sham Baharin
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia