Sambutan Tahun Baru Cina dekatkan masyarakat Tionghua dengan Islam

Rumah terbuka di Dewan Hwa Beng, Kompleks Tan Sri Jeffrey Cheah, Subang Jaya ini adalah anjuran bersama IKRAM Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Hidayah Centre, Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) Selangor dan Restoran Mohd Chan Abdullah.

Sebanyak sembilan daerah seluruh Selangor telah berjaya menganjurkan sambutan ini. Dimulai dengan Shah Alam pada 16 Februari lalu, diikuti dengan daerah Klang/Kuala Langat, Gombak dan Hulu Selangor pada 17 Februari serta daerah Kuala Selangor/Sabak Bernam, Kajang, Hulu Langat/Sepang dan Ampang Jaya pada 23 Februari, diakhiri dengan sambutan besar-besaran di Subang Jaya pada 24 Februari.


Antara objektif utama sambutan ini adalah untuk memperkenalkan Islam kepada masyarakat belum Islam, menjelaskan konsep keterbukaan dalam Islam serta menyantuni mereka dan saudara baru berbangsa Tionghua.

Tema sambutan, ‘Towards A Harmonious Society’ diharap mampu mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum. Pihak penganjur bercita-cita agar mesej Islam mampu disampai dan dikongsi bersama semua lapisan masyarakat, tidak mengira kaum dan agama.

Acara sambutan di peringkat Selangor telah dimulai dengan dentuman mercun serta tarian singa menyambut kedatangan tetamu jemputan, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus, YDP IKRAM Selangor, Dato Aidit Ghazali, Ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Hj Sharin Low, Pengerusi MACMA Selangor seawal 11.00 pagi.

Dalam ucapan aluan oleh YDP Selangor, Ustaz Hasanuddin mengalu-alukan kedatangan semua dan berpesan bahawa Islam tidak melarang penganutnya merayakan perayaan kaum dan adat selagi tidak melanggari syariat. Hj Sharin Low, selaku penganjur bersama turut memberi sepatah dua kata. En Soh Ti, daripada kumpulan Dong Zong juga dijemput memberi sedikit ucapan.


Selepas perasmian oleh Dato Aidit Ghazali, kesemua hadirin bersama-sama ‘melambung’ dan menjamu Yee Sang sepanjang 100 kaki. Majlis disempurnakan juga dengan ceramah oleh Dr Yunus Ma, pensyarah UIAM yang disampaikan dalam bahasa Mandarin.

Kehadiran lebih 1,500 tetamu amat memeriahkan suasana majlis. Kira-kira 1,000 hadirin adalah daripada kaum Tionghua dan majoritinya bukan beragama Islam.

Aktiviti silang budaya kanak-kanak juga turut disempurnakan oleh JK Wanita IKRAM Subang Jaya yang melibatkan penglibatan ratusan kanak-kanak berbilang kaum dalam acara mewarna dan juga penulisan kaligrafi Cina. Kehadiran seorang badut serta ahli silap mata juga berjaya menarik perhatian kanak-kanak yang hadir.

Antara respon positif lain yang diterima daripada tetamu ialah:

“Sebelum ini, saya merasakan Islam ini eksklusif kepada Melayu sahaja…”

“Jika ramai mengetahui memeluk Islam tak perlu tukar nama, bangsa dan budaya kaum sendiri, pasti lagi ramai kaum Cina sudah memeluk Islam…”

“Waah, IKRAM ni lain lah……”

Sementara itu, Sambutan Tahun Baru Cina turut dilangsungkan pada Sabtu 23 Februari lalu dengan meriah dan harmoni di Restoran Cina Muslim Mastercook Bandar Sri Permaisuri, anjuran IKRAM Bandar Tun Razak, IKRAM Wilayah Persekutuan, Hidayah Centre, MACMA Kuala Lumpur dan Restoran Mastercook.


Majlis dirasmikan oleh Hj Abdullah Hassan, Bendahari IKRAM Wilayah Persekutuan. Turut hadir memeriahkan majlis adalah Hj Muhammad Nicholas Sylvester, Pengerusi JK Dakwah IKRAM Pusat dan Hj Abdul Rahman Hussin, YDP IKRAM Bandar Tun Razak.

Sementara itu, IKRAM Pahang dan Hidayah Centre Pahang turut mengadakan Sambutan Tahun Baru Cina pada Sabtu 24 Februari lalu di Restoran Haji Sharin Low, Kuantan.

Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dengan kerjasama Hidayah Centre Pulau Pinang, IKRAM Pulau Pinang dan MACMA Pulau Pinang akan turut mengadakan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina pada 2 Mac 2013 di Pantai Jerejak.

Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Kebangsaan pula akan diadakan pada Ahad 3 Mac 2013 di Dewan Kristal, Telekom Malaysia Convention Centre, sebagai penutup kepada sambutan tersebut di seluruh negara.

Setinggi penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan sambutan ini di semua peringkat. Semoga usaha ini mengubah tanggapan negatif terhadap Islam serta mengembalikan masyarakat Tionghua kepada fitrah Islam, insya-Allah.

Foto CNYOH di Dewan Hwa Beng, Subang Jaya: CNYOH Selangor 2013

Foto CNYOH di Restoran Mohd Chan, Kota Kemuning: CNYOH Shah Alam 2013

Foto CNYOH di Restoran Haji Sharin Low, Klang: CNYOH Klang – Kuala Langat 2013

Foto CNYOH di Restoran Mohd Chan, Bukit Beruntung: CNYOH Hulu Selangor 2013

Foto CNYOH di Restoran Mohd Chan, Taman Melawati: CNYOH Ampang Jaya 2013

Foto CNYOH di Restoran Mohd Chan, Bandar Baru Bangi: CNYOH Hulu Langat – Sepang 2013

Foto CNYOH Kajang di Kim Loong Vegetarian Restaurant: CNYOH Kajang 2013

Foto CNYOH di Restoran Adam Lai, Sri Gombak: CNYOH Gombak 2013

Foto CNYOH di Restoran Mastercook, Bandar Sri Permaisuri: CNYOH Bandar Tun Razak 2013

Foto CNYOH di Taufik Kopitiam: CNYOH Kuala Selangor – Sabak Bernam 2013

Foto CNYOH di Restoran Haji Sharin Low, Kuantan: CNYOH Pahang 2013

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia