Sambutan Tahun Baru Cina 2015 meriah, rai kepelbagaian masyarakat

Turut hadir Naib Presiden IKRAM, Hj Zaid Kamaruddin dan Hj Shahrul Aman Mohd Saari serta Pengerusi HCF, Hj Nicholas Sylvester dan para tetamu kehormat daripada JAKIM, MAIS, JAWI serta isteri Menteri Besar Selangor, Puan Shamsidar Taharin.

Turut dijemput wakil Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS) dan KL & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH). Pelbagai aktiviti menarik seperti yee sang, tarian naga, pertunjukan tarian tradisional daripada kumpulan kanak-kanak, ang pow dan cabutan bertuah.


Semua kerusi dipenuhi dengan para tetamu terutamanya masyarakat Cina melebihi sasaran yang dijangkakan iaitu 500 orang sehingga ramai yang berdiri menyebabkan pihak penganjur terpaksa menambah meja dan kerusi bagi memenuhi keperluan tetamu.

Dalam ucapan aluan Pengerusi HCF, Nicholas memberikan mesej bahawa tujuan program ini adalah untuk meraikan kepelbagaian budaya dalam masyarakat di Malaysia khususnya Cina walaupun berbeza agama.

Pihak HCF turut merakamkan penghargaan kepada semua tetamu yang hadir ke majlis ini termasuk juga urusetia di kalangan ahli IKRAM Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Sambutan Tahun Baru Cina turut diadakan di Simpang Renggam, Johor pada Sabtu 28 Februari serta di Sungai Nibong, Pulau Pinang dan di Ipoh, Perak pada Ahad 1 Mac lalu serta bakal diadakan di Kuantan, Pahang pada Sabtu 7 Mac ini.

Semoga usaha ini menjadi titik tolak untuk mencapai kesefahaman antara agama dan bangsa seterusnya menjadikan Malaysia sebuah negara yang sejahtera dan saling kasih mengasihi antara satu sama lain.

Foto

1. http://on.fb.me/1EjG3su

2. http://on.fb.me/1Gj7TY9

Video

1. http://bit.ly/1aL7EI8

2. http://m.kinitv.com/video/15871O8

3. http://m.kinitv.com/video/15873O8

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia