Sambutan Hari Mahasiswa Sedunia: Tahniah IKRAM Siswa!

Harapan beliau, dengan memperingati tarikh tersebut pada setiap tahun, kerjasama antara organisasi mahasiswa akan berkekalan dan bertambah anggotanya, bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Sempena tarikh bersejarah tersebut, IKRAM Siswa telah menganjurkan Sidang Media dan Forum ‘Kebebasan Akademik dan Masa Depan Mahasiswa’ yang diadakan di Kompleks Pendidikan Islam Bangi.


Dalam sidang media tersebut, IKRAM Siswa bersama enam lagi organisasi mahasiswa telah melancarkan Kempen Kebebasan Akademik iaitu Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS), Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Gerakan Demokratik Belia dan Remaja Malaysia (DEMA), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM).

Dato’ Saifuddin Abdullah yang menghadiri forum tersebut telah menyampaikan ucaptamanya pada hari bersejarah itu, yang dihadiri kira-kira 400 orang mahasiswa termasuk orang ramai.


Sebagai satu peristiwa penting untuk gerakan mahasiswa tempatan di mana Hari Mahasiswa Sedunia diraikan buat pertama kali di Malaysia, beliau melahirkan rasa gembira dengan pemilihan ‘Kebebasan Akademik’ sebagai tema forum.

Dengan tema tersebut, tambahnya, ini ia dapat membantu orang ramai melihat idealisme pelajar dan gerakan pelajar bukan untuk demonstrasi. Bagi beliau, gerakan pelajar adalah mengenai ilmu pengetahuan dan pendidikan dan mereka berdemonstrasi apabila mereka perlu.

Seterusnya, forum ‘Kebebasan Akademik dan Masa Depan Mahasiswa’ dikendalikan oleh Ahli Parlimen Belia Malaysia, Muhammad Fikri Ahmad sebagai moderator bersama empat panelis yang terdiri daripada Presiden IKRAM Siswa Marwan Abdullah, Presiden PKPIM Mohammad Fazril Mohd Saleh, Presiden PMUM Fahmi Zainol dan Mohd Imran Md Ishak yang mewakili Presiden GAMIS, Abdul Malik Ab Razak.


Tarikh 17 November setiap tahun telah disambut sebagai Hari Mahasiswa Sedunia semenjak Tahun 1941 untuk memperingati peristiwa serbuan rejim Nazi Jerman terhadap University of Prague pada 17 November 1939.

Rejim Nazi ini telah menafikan kebebasan akademik mahasiswa dengan menutup universiti-universiti dan kolej-kolej di negara Czech, malah bertindak melampau batas dengan membunuh sebilangan pelajar dan menghantar lebih kurang 1,200 orang pelajar lagi ke kem-kem tahanan.

Perkara yang sama turut berulang di Mesir pada Julai 2013 di mana 638 orang mahasiswa telah dibuang universiti, 209 orang dibunuh, 2,000 orang cedera dan 2,188 orang lagi telah dipenjarakan semenjak penggulingan Presiden Mesir yang sah, Presiden Dr Mohamed Morsi.

Mahasiswa tempatan turut menerima tempias di mana lapan orang mahasiswa daripada Universiti Malaya (UM) telah didakwa rentetan penganjuran program yang menjemput tokoh politik pembangkang pada 27 Oktober lalu, yang menimbulkan persoalan terhadap kebebasan hak akademik di negara ini.


Sumber:

1. Astro Awani: http://bit.ly/1vDVGZW

2. Sinar Harian: http://bit.ly/1Fi01TB

3. Kenyatan Media: http://bit.ly/1v1xwVL

4. Foto Majlis: http://on.fb.me/1qZxijN

5. FB: http://on.fb.me/1yOmJ1D

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia