Sambutan hangat STEP 2, Konsert Opick di Mesir

STEP yang mencipta fenomena di Mesir pada tahun lalu kini menemui kira-kira 900 mahasiswa Malaysia di Mesir dengan tema “STEP 2: When Mecca Meets Medina” pada Jumaat 29 Mac 2013. Program tahunan anjuran Kelab IKRAM Mesir dengan kerjasama Kedutaan Besar Malaysia, Education Malaysia in Egypt dan Medic Mesir kali ini dikendalikan oleh Hj Ahmad Shafiai Uda Jaafar.

Beliau juga dikenali sebagai Pak Utih, yang merupakan seorang Pengarah Helping Boys Nurturing Girls Institute di Kolej UNITI, Port Dickson dan juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah (BoT) Aqsa Syarif Berhad.

Pengisian beliau berkisarkan tentang perbezaan karakter antara lelaki dan wanita, gambaran yang jelas mengenai persediaan dalam menguruskan perkahwinan semasa belajar dan juga peserta diberikan pendedahan rumahtangga muslim qudwah, ceria dan bahagia yang membentuk orientasi masyarakat.

Program ini diharapkan dapat membuka mata dan minda para peserta mengenai perbezaan antara Mecca (lelaki) dan Medina (perempuan) yang seharusnya diurus dengan baik agar tidak mencetuskan apa-apa perselisihan atau konflik baik di alam universiti, pekerjaan mahupun rumah tangga kelak.

Di Kaherah pula, untuk kali kedua Dewan Al-Azhar conference centre (ACC) dimeriahkan dengan himpunan hampir 1,500 hadirin yang terdiri daripada mahasiswa Malaysia, Indonesia, Thailand, Brunei dan juga Mesir yang hadir untuk menyaksikan konsert amal untuk mengutip dana bagi membantu rakyat Palestin pada Rabu 3 April 2013.

Konsert ini merupakan anjuran khas kerjasama antara persatuan mahasiswa Indonesia dan Malaysia di Mesir, diketuai oleh Rafii Groups sebagai ‘event oraganizer’, dengan kerjasama Aqsa Syarif Mesir, Komite Nasional untuk Rakyat Palestina (KNRP), Pusat Studi Informasi Alam Islami (SINAI), Persatuan Pelajar & Mahasiswi Indonesia di Mesir (Wihdah) dan lembaga kajian Asy Syathibi Center. Turut hadir, wakil dari pejabat kedutaan Malaysia, En. Khairi Jalaluddin dan beberapa wakil dari pejabat kedutaan Indonesia.

Persembahan Ikram Voice, TK ABA dan Dai Nada

Konsert amal untuk Rakyat Palestin kali ke-2 ini bertemakan ‘Opick for Palestine’ menampilkan artis Opick dan beberapa kumpulan nasyid mahasiswa Indonesia dan Malaysia di Mesir seperti Dai Nada, Shoutur Risalah (Indonesia) dan Ikram Voice (Malaysia). Selain itu , majlis turut dimeriahkan dengan persembahan teater puisi Palestina oleh kanak-kanak cilik Aisyiah Bustanul Athfal (TK ABA) yang berumur lingkungan 5-10 tahun.

Konsert ini juga menampilkan persembahan sajak Palestina yang dideklamasikan oleh Ustaz Rois Rahma Fathoni, dengan penuh penghayatan. Dalam sajaknya, beliau turut mengungkap kata-kata Presiden Sukarno, “Selama kemerdekaan bangsa Palestina belum diserahkan kepada orang-orang Palestina, selama itulah kita perlu berdiri menentang penjajahan Israel,“ yang disambut dengan laungan takbir oleh para hadirin.

Persembahan Shoutur Risalah dan Opick

Tepat jam 9.30 malam, tiba acara kemuncak dengan kemunculan Opick membawakan lagu-lagu yang sememangnya mencuri penghayatan penonton. Dewan turut gamat apabila Opick membuka bidaan untuk barang peribadi milik beliau dan isteri ketika persembahannya. Hasil bidaan berjaya memperolehi USD 1,200 yang bertujuan untuk membantu rakyat miskin dan anak yatim di Mesir.

Sementara itu, konsert yang sama telah berlangsung di Bibliotheca Hall Iskandariah pada Khamis 4 April yang lalu, yang dihadiri kira-kira 1,300 mahasiswa Malaysia dan Indonesia. Konsert ini turut dihadiri oleh Naib Presiden IKRAM, Ustaz Wan Subki Wan Salleh, Penasihat Kelab IKRAM Mesir, Ust. Haris Bain dan beberapa tokoh Mesir.

Hasil kutipan kedua-dua konsert, lebih USD 39,000 berjaya terkumpul dengan kutipan USD 13,353 dan di Kaherah dan USD 25,951 di Iskandariah. Hasil kutipan ini telah dibawa masuk ke Gaza oleh Opick bersama kumpulan KNRP dalam misi “Save Education and Medicine for Palestine” pada Sabtu 6 April yang lalu.

Semoga dua program ni akan diteruskan pada masa depan bagi meningkatkan profesionalisme dan kemahiran mahasiswa dalam menyantuni sahabat, keluarga dan masyarakat di samping berkesinambungan melonjakkan keprihatinan serta bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza, insya-Allah.

Link foto: Program STEP 2

Link foto: Konsert Opick for Palestin di Kaherah

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia