Siapa sahabat yang sebenar?

Jika ditanya, apa erti sahabat bagi anda? Ada yang menjawab, sahabat adalah seseorang yang akrab dengan kita.

 

Ia sudi berkongsi apa jua cerita kepada kita. Ia ada bersama kita ketika susah dan senang, di kala jatuh dan bangun, saat manis dan pahit, gelap dan terangnya kehidupan ini. 

 

Memang fitrah manusia Allah ciptakan sebagai makhluk sosial. Manusia perlu berkomunikasi dengan insan lain untuk membentuk rantaian kehidupan.

 

Bukankah dulu Nabi Adam berasa sunyi kerana tidak mempunyai teman untuk diajak bicara dan berkongsi rasa semasa di syurga? Kerana itu Allah telah menciptakan Hawa untuk menjadi pendamping menepis kesunyian beliau. 

 

Itu Nabi Adam, apatah lagi kita insan biasa. Kita memerlukan seseorang untuk dijadikan sandaran dalam mengharungi onak duri selama di alam fana ini. Dialah sahabat. 

 

Walau bagaimanapun, definisi sahabat sebenarnya lebih daripada itu. Sahabat sejati adalah ia yang berjaya menarik kita menuju syurga dan keredaan Allah. 

 

Sahabat sesungguhnya bukan setakat bimbang tentang urusan duniawi tapi juga ukhrawi kita. Sekiranya kita cuai terhadap perintah dan larangan Allah, maka sahabat kita ini akan segera mengingatkan kita kembali.

 

Terdapat individu yang merosakkan makna sahabat. Mereka menganggap sahabat adalah orang yang sanggup bersama-sama melakukan keburukan, berborak perkara yang tidak bermanfaat, saling berkata kotor, mencarut, berfoya-foya dan minum arak bersama, berjudi, merompak atau seumpama dengannya, juga berbagi untung dan rugi sesama mereka.

 

Allahul musta’an. Sungguh, yang demikian itu bukanlah sahabat sejati melainkan mengundang mereka kepada kemurkaan Allah. Apa lagi yang kita punya seandainya Allah marah kepada kita? 

 

Jikalau ia mengaku sebagai sahabat sejati anda, itu adalah dusta! Mana mungkin seseorang yang benar-benar menyayangi anda membiarkan malah mengajak anda menuju ke neraka? Semua itu cuma hawa nafsunya yang mahu dipenuhi.

 

Oleh kerana itu, kita mestilah bijak dalam memilih kawan. Itu bukan bermakna kita berasa suci dan hanya mahu berkawan dengan mereka yang berkelakuan baik sahaja. Tidak salah berkawan dengan semua orang, sama ada yang soleh mahupun tidak.

 

Apa yang harus kita titik beratkan adalah pastikan kita mengajak sekali kawan-kawan yang berakhlak buruk itu ke arah ketakwaan dan jangan pula kita ikut terpengaruh dengan perangai tidak elok mereka. 

 

Seterusnya, apabila kita bersahabat dengan manusia yang baik-baik, secara tidak langsung kita pun terikut-ikut dengan keperibadian mereka. Mereka ibarat motivasi bagi kita untuk berlumba-lumba dalam melakukan kebajikan. 

 

Rasulullah saw pernah mengujarkan bahawa, “Perumpamaan teman yang baik dan teman yang buruk adalah seperti seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi. Adapun, penjual minyak wangi akan memberi kamu (minyak wangi tersebut), atau kamu membeli daripadanya, atau kamu mendapat bau yang harum daripadanya. Sedangkan tukang besi pula, akan membakar bajumu dan juga kamu mendapat bau yang busuk.” (HR Bukhari, No. 5534 dan Muslim, No. 2628) 

 

Sahabat juga adalah cerminan diri kita. Bagaimana akhlak kita, maka akan berpengaruh kepada dirinya, begitu pula sebaliknya. 

 

Dalam sebuah hadis riwayat Abu Dawud (No. 4193) disebutkan, “Seseorang itu tergantung pada agama temannya. Oleh kerana itu, salah satu di antara kamu hendaklah memerhatikan siapa yang dia jadikan teman.”

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia