Saat Ujian, Berdamailah Dengan Takdir

Saat Ujian, Berdamailah Dengan Takdir | IKRAM

MANUSIA, hidup atas dunia dengan pelbagai ujian. Ada yang diuji dengan harta, rupa, perasaan, pekerjaan, anak, suami, isteri dan pelbagai lagi ujian yang menimpa.

Selagi nafas masih dihela, selagi itulah ujian datang dan pergi. Sebagai manusia biasa, pastinya terkadang timbul di benak kita, “Kenapa aku yang diuji?” Ia normal bagi manusia biasa yang dikurniakan dengan perasaan.

Tidak setiap masa kita akan sentiasa positif untuk menerima semua ketentuan takdir. Namun, Allah dengan penuh kasih sayang-Nya berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 286 yang membawa maksud:

“Allah tidak membebani (menguji) seseorang kecuali sesuai dengan batas kemampuannya.”

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa manusia akan diuji dengan pelbagai ujian berdasarkan kemampuan masing-masing, tidak terkurang mahupun terlebih. Semuanya bersesuaian dengan porsi kemampuan diri sendiri.

Jika kita percaya Allah memberi ujian dengan bijaksana, maka kita juga wajib percaya bahawa Allah juga mampu menyelesaikan semuanya dengan mudah sekali.

Hidup akan terasa tenang dan senang jika kita percaya hidup yang kita jalani hari ini sudah pun ada yang mengaturnya. Kita sebagai hamba-Nya hanyalah menjalani takdir hidup yang diberikan.  

Memetik ayat dalam Surah al-Baqarah ayat ke-45, Allah memujuk hamba-hamba-Nya dengan mengatakan bahawa:

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.”

Menerusi artikel ini, perbincangan mengenai sabar dan solat adalah penyelamat utama umat Islam ketika menerima takdir yang telah ditetapkan.

Sabar dan solat adalah ubat paling mujarab kepada luka-luka musibah yang sedang melanda insan-insan bertuah pilihan Allah. 

Perkataan sabar pastinya perkataan yang mudah diungkap tetapi sukar untuk dilaksanakan. Sabar adalah sebahagian daripada iman.

Ayat ini pastinya senang berlegar di persekitaran masyarakat kita. Tahukah kita bahawa sabar dalam Islam memiliki banyak manfaatnya?

Pengertian sabar menurut syariat dalam agama Islam adalah menahan diri yang dapat dibahagikan kepada tiga. Pertama ketaatan kepada Allah, hal yang diharamkan dan takdir Allah yang sukar dijalani (musibah).

Sabar adalah kunci kepada sebuah kejayaan. Dalam al-Quran, Allah menyebut lebih kurang 94 perkataan sabar. Allah memerintahkan supaya menjadikan Dia sebagai tempat untuk meminta pertolongan.

Manusia diajar untuk bersabar dengan ujian yang Allah berikan. Manusia yang bersabar dengan ujian dan dalam usaha mereka untuk mencapai matlamat yang ingin dicapai. 

Kesabaran dalam melalui musibah yang diberikan Allah memang terasa pahit. Kehilangan adalah musibah paling berat akan dilalui seorang manusia.

Kehilangan orang yang tercinta sehinggalah kehilangan harta juga membuatkan tingkat kesabaran seorang manusia itu diuji habis-habisan.

Islam mengajarkan umatnya untuk kekal bersabar dan menerima takdir tersebut dengan penuh reda dan menyerahkan segala urusan mereka hanyalah kepada Allah SWT.

Menerusi agama Islam, saat menghadapi musibah disarankan untuk umatnya menahan diri dan tidak menampakkan kegelisahan dan kesedihan yang berlebihan secara perbuatan mahupun lisan.

Allah memujuk hamba-Nya dengan ganjaran jika mampu bersabar meskipun musibah datang melanda. Menerusi Surah Ali Imran ayat 200 yang membawa maksud:

“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung.”

Selain sabar, solat juga merupakan asas kepada manusia. Solat adalah amalan utama yang akan dihisab oleh Allah SWT di akhirat kelak. 

Istimewanya, ibadah solat adalah cara untuk membantu jiwa manusia untuk tenang dalam menghadapi masalah. Rasulullah SAW juga menjadikan solat sebagai solusi kepada masalah yang dihadapi, menerusi hadis riwayat Abu Dawud (No. 1319) yang bermaksud:

“Bahawa Rasulullah SAW apabila mengalami sesuatu masalah serius, baginda segera melakukan solat.” (Hadis Hasan – Al-Albani)

Rasulullah SAW menjadikan amalan solat ketika baginda sedang dalam kesulitan. Solat adalah perisai untuk kita agar boleh menjadi mukmin yang sentiasa meletakkan pergantungan kepada Allah.

Beberapa orang ada yang kehilangan makna hidup hingga mereka menghentikan ibadat solat. 

Kekecewaan dalam hidup hingga orang-orang tersebut mencari solusi lain sebagai ungkapan untuk melepaskan diri daripada rasa ketakutan, bingung, putus asa, kesedihan dan kekecewaan. 

Sedangkan ibadat solat adalah salah satu cara untuk kita melepaskan semua kesesakan hidup dengan cara yang begitu tenang. 

Kesimpulannya, semua takdir yang diberikan oleh Allah SWT adalah baik-baik belaka. Tujuannya cuma satu, semua takdir ini adalah cara Allah mahu hamba-hamba-Nya semakin mendekat kepada-Nya.

Hadis riwayat Muslim (No. 2999) memberi khabar gembira tentang cerita takdir:

“Sangat menakjubkan semua urusan orang yang beriman, sesungguhnya segala urusannya itu baik baginya, dan hal itu tidak dimiliki oleh seorang pun kecuali orang yang beriman. Apabila ia mendapat kesenangan ia bersyukur, maka yang demikian itu baik baginya dan apabila ia ditimpa kesusahan ia  sabar, maka yang demikian itu baik baginya.”

Jelaslah di sini bahawa sabar dan solat sebagai salah satu jalan untuk meminta pertolongan kepada Allah SWT. Kesemua ini petunjuk kepada kita semua dalam menjalani kehidupan. 

Nurmala Samin
Guru dan Novelis

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia