RUU Kesalahan Seksual Kanak-kanak Dibentang di Dewan Rakyat

RUU Kesalahan Seksual Kanak-kanak Dibentang di Dewan Rakyat | IKRAM

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 yang bertujuan memberikan perlindungan lebih jitu dan menyeluruh kepada kanak-kanak, dibentang untuk kali pertama di Dewan Rakyat hari ini. 

Ia dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Rang Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 antara lain menetapkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh didenda sehingga RM50,000 bagi kesalahan melibatkan persembahan seksual kanak-kanak.

Antara kesalahan itu termasuk membuatkan atau menyebabkan kanak-kanak melakukan persembahan seksual; turut serta, sama ada sebagai peserta atau penonton dalam persembahan seksual; mengiklankan, mempromosikan atau memudahkan persembahan seksual; serta menerima apa-apa manfaat, termasuk kewangan daripada persembahan seksual tersebut.

Menurut rang undang-undang itu, ‘persembahan seksual’ bermaksud apa-apa perlakuan seksual secara terang-terangan yang dipersembahkan di hadapan seorang penonton atau lebih, termasuk yang dirakam atau dihantar keseluruhannya atau sebahagiannya, melalui apa-apa cara termasuk tetapi tidak terhad kepada cara elektronik, mekanikal, digital, optik atau magnetik, atau gabungan apa-apa cara.

Selain itu, bagi perkara melibatkan pemerasan seksual kanak-kanak seperti mengugut melakukan aktiviti bersifat seksual, mengugut mereka untuk berkongsi apa-apa gambaran sama ada dalam bentuk visual, audio atau bertulis, individu berkenaan boleh dihukum penjara tidak melebihi 10 tahun jika disabitkan.

Rang undang-undang itu turut menyatakan perintah bagi pembayaran pampasan kepada mangsa kanak-kanak yang mana jumlah wang ditetapkan oleh mahkamah berdasarkan kecederaan yang dialami mangsa.

Selain itu, Azalina turut membentangkan Rang Undang-Undang Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023, yang bertujuan menambah baik perlindungan terhadap saksi kanak-kanak dengan menaikkan umur saksi kanak-kanak daripada 16 tahun kepada 18 tahun.

Ia bertujuan memasukkan peruntukan yang membolehkan mahkamah melarang apa-apa soalan tidak wajar kepada saksi kanak-kanak semasa pendengaran khas seperti yang bersifat memperdayakan atau mengelirukan, menghina, menakut-nakutkan, mengaibkan, mengganggu, menggusarkan, menyinggung, menindas atau mengulang secara tidak perlu. 

Menurut rang undang-undang itu, seseorang saksi kanak-kanak semasa pendengaran khas boleh memberikan keterangan dengan cara mengadakan suatu pengadang di antara kanak-kanak itu dengan tertuduh atau kanak-kanak yang dipertuduh atas mana-mana kesalahan atau dengan cara rangkaian secara langsung atau gabungan kedua-duanya.

Azalina memaklumkan bacaan kali kedua untuk Rang Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 dan Rang Undang-Undang Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 juga diadakan pada mesyuarat kali ini.

Sumber: Bernama

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia