Perkasa Suruhanjaya Kanak-kanak Sebagai Badan Bebas

Perkasa Suruhanjaya Kanak-kanak Sebagai Badan Bebas | IKRAM

Masihkah ingat kepada tragedi yang menimpa seorang bayi berusia lima bulan, Adam Rayqal Mohd Sufi pada tahun 2018?

Adam ditemui mati di bahagian peti sejuk dalam rumah pengasuhnya di Taman Nakhoda, Batu Caves, Selangor. Peristiwa menyayat hati ini telah mengejutkan seluruh negara.

Susulan kejadian tersebut, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mengambil beberapa langkah proaktif termasuk mengkaji keperluan penubuhan Suruhanjaya Kanak-kanak

Pesuruhjaya Kanak-kanak

Akhirnya pada 2019, Pesuruhjaya Kanak-kanak Malaysia (CC) telah dilantik bertujuan untuk memastikan hak dan kesejahteraan kanak-kanak di Malaysia terpelihara dengan baik.

CC telah diletakkan di bawah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) yang mana peranan utamanya adalah melindungi dan mempromosikan hak asasi semua kanak-kanak di bawah 18 tahun di seluruh Malaysia tanpa mengira status. 

Sejak penubuhannya, CC telah menjalankan pelbagai program dan inisiatif untuk memperkasakan perlindungan kanak-kanak di negara ini.

Namun, dapatan kes keganasan terhadap kanak-kanak dari masa ke masa semakin meningkat dan membimbangkan.

Masalah keganasan terhadap kanak-kanak terus-menerus dilaporkan di media. Jenis keganasan termasuk penderaan dari segi fizikal, seksual, psikologi, emosi, buli, pengabaian dalam keluarga dan lain-lain. 

Laporan kajian terkini oleh Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Klang mendapati 13.4 peratus kanak-kanak mempunyai kecenderungan membunuh diri dan mencederakan diri sendiri. 

Kajian dengan kerjasama Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) yang dijalankan pada tahun lalu melibatkan 1,578 kanak-kanak dari usia 10 hingga 17 tahun  yang menetap di 37 PPR sekitar Lembah Klang. 

Hasil dapatan ini telah memberikan bayangan betapa kritikalnya isu kanak-kanak perlu ditangani segera. Ini cuma sebahagian kecil pendedahan daripada banyak lagi kes yang tidak direkodkan.

Kanak-kanak merupakan golongan rentan yang paling berisiko berhadapan dengan keganasan dan kemiskinan kerana situasi keadaan mereka yang masih perlu bergantung pada orang dewasa untuk memenuhi semua keperluan semasa membesar. 

Peranan Suruhanjaya Kanak-kanak

Kepelbagaian isu kanak-kanak telah menuntut kerajaan untuk memperkasakan fungsi Suruhanjaya Kanak-kanak dengan menggubal akta khas bagi membolehkan Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak beroperasi sebagai sebuah badan bebas selain bertindak sebagai watchdog atau pemerhati kepada isu kanak-kanak di negara ini. 

Pesuruhjaya Kanak-kanak pada masa ini diletakkan di bawah SUHAKAM dan mempunyai kuasa yang terhad. 

Melalui pemerkasaan Suruhanjaya Kanak-kanak sebagai badan yang bebas, ini akan mengangkat kuasanya untuk menjalankan pemantauan dengan lebih berkesan, membuat inkuiri dan mengambil tindakan secara berkesan tanpa tertakluk kepada undang-undang jenayah sahaja.

Segala aspek kesejahteraan golongan ini seperti pendidikan dan kesihatan turut berada dalam pengawasannya.

Pesuruhjaya Kanak-kanak di negara lain yang berstatus badan bebas di negara-negara lain seperti Wales diberikan kuasa untuk menyemak keputusan kerajaan awam dan badan awam.

Malah, ia diberikan peluang juga untuk mengemukakan penambahbaikan berhubung pelaksanaan hak kanak-kanak dalam undang-undang, dasar dan implementasi.

Kata kuncinya, apabila disebut sebagai badan bebas, Suruhanjaya Kanak-Kanak tidak perlu bergantung, menjawab atau terikat pada mana-mana kementerian untuk melaksanakan tugasnya. 

Pertanyaan inkuiri daripadanya tidak mudah untuk diabaikan atau dipinggirkan oleh mana-mana pihak termasuk kementerian. Pemerkasaan Suruhanjaya Kanak-Kanak sebagai badan bebas akan membolehkannya mempunyai bajet sendiri dan kumpulan staf khusus. 

Demikianlah, memperkasakan peranannya sebagai badan bebas lebih mengangkat kedudukannya dan mengukuhkan kuasanya untuk menjalankan tanggungjawab secara berkesan. 

Realitinya, Malaysia mempunyai banyak undang-undang yang cantik tertulis tetapi lemah dalam aspek penguatkuasaan. 

Misalan sehingga tahun lalu, jumlah pelindung kanak-kanak di negara ini adalah seramai 474 orang sahaja untuk menjaga lebih kurang 9.4 juta kanak-kanak di seluruh negara.

Seorang pelindung kanak-kanak ditugaskan untuk menjaga sehingga 100 orang dan ini adalah nisbah di luar kemampuan bagi menjalankan tugas dengan perhatian yang sewajarnya.

Situasi ini sahaja sudah dapat memberi bayangan tentang bagaimana berlakunya kelemahan penguatkuasaan.

Menjadi Badan Bebas

Oleh sebab itu, Suruhanjaya Kanak-kanak yang bakal menjadi badan bebas harus dilengkapi dengan dana, sumber dan sokongan yang mencukupi agar berkemampuan menjalankan tugas dan program yang bertujuan melindungi kanak-kanak dan mencapai sasaran objektif penubuhannya.

Melalui kerjasama dengan agensi lain seperti KKM, KPWKM dan agensi-agensi lain, ia akan memperkasakan lagi peranannya dalam memerangi keganasan terhadap kanak-kanak. 

Jaringan kerjasama perlu dibina dengan pihak swasta dan NGO untuk memperluaskan lagi cakupan program mereka dan memastikan lebih banyak kanak-kanak dapat dilindungi.

Dalam pada itu, program-program latihan dan pembangunan staf harus diberikan untuk memastikan mereka terlatih dengan kemahiran dan pengetahuan yang mencukupi untuk mengendalikan kes-kes keganasan terhadap kanak-kanak. Ini dapat mempersiapkan staf dengan pengetahuan terbaru dan teknologi terkini.

Bagi memperkasakan lagi Suruhanjaya Kanak-kanak, pihak berkuasa juga perlu memberikan lebih banyak perhatian kepada program-program awam dan mengedarkan maklumat secara meluas mengenai peranan dan tugas Suruhanjaya Kanak-kanak. 

Ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan dan peranan  Suruhanjaya Kanak-kanak dalam memastikan hak dan kesejahteraan kanak-kanak terpelihara dengan baik.

Oleh itu, pemerkasaan Suruhanjaya Kanak-kanak adalah sangat penting bagi memastikan hak dan kesejahteraan kanak-kanak di Malaysia terpelihara dengan baik.  

Hak kanak-kanak harus terus-menerus diperjuangkan tanpa kenal lelah. Mereka perlu dianggap sebagai golongan penting yang harus dilindungi dengan penuh rahmah melalui kerjasama semua pihak tanpa terkecuali. Anak-anak yang akan membesar ini bakal menggenggam masa depan negara. 

Tokoh ilmuwan Islam, Syeikh Dr Yusuf al-Qardawi pernah menyatakan, “Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini.”

Renung dan tanya pada diri, adakah generasi muda negara ini sudah cukup terbela dan terjaga?

Basmin Maarof
Pegawai Jabatan Komunikasi dan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Penafian: Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian IKRAM.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia