RUU GEG Versi Baharu Tidak Lagi Bersifat Menghukum

RUU GEG Versi Baharu Tidak Lagi Bersifat Menghukum | IKRAM

Pelaksanaan Generasi Penamat atau Generational End Game (GEG) yang akan diperkenalkan oleh kerajaan tidak lama lagi adalah GEG versi baharu yang mempunyai sifat perlindungan dan pendidikan, berbanding dengan versi awal yang sebelum ini.

GEG yang menjadi salah satu elemen penting dalam Rang Undang-undang (RUU) Akta Kawalan Tembakau dan Produk Merokok baharu ini telah dibentangkan sebagai bacaan kedua di Parlimen oleh Menteri Kesihatan pada tahun lepas. 

Namun, perbahasannya terpaksa ditangguhkan kerana mendapat kecaman dan tentangan yang keras daripada ahli-ahli Parlimen lantaran sifatnya yang nampak lebih kepada ‘punitive’ (menghukum) terhadap golongan GEG.

Antara perkara yang dikritik adalah isu pemilikan produk merokok oleh golongan GEG, nilai hukuman denda yang terlalu tinggi untuk mereka, kuasa yang diberikan kepada penguat kuasa serta cara penguat kuasa memasuki premis dan memeriksa golongan GEG.

Namun, setelah RUU ini melalui beberapa persidangan Jawatankuasa (JK) Pilihan Khas Parlimen (PSC) yang dianggotai oleh ahli-ahli parlimen kedua-dua belah pihak (kerajaan dan pembangkang), pelan GEG ini sudah bertukar sifatnya lebih kepada untuk melindungi generasi baharu kita daripada terdedah kepada ancaman bahaya tabiat merokok dan vaping. 

Tidak timbul lagi juga isu diskriminasi terhadap golongan GEG ini kerana hasrat serta sifat polisinya adalah untuk melindungi nyawa dan kesihatan bagi seluruh generasi yang terlibat.

Pengguguran kesalahan pemilikan, penurunan jumlah denda kepada RM500 sahaja, menjadikannya satu kesalahan yang boleh dikompaun, pengenalan perintah khidmat masyarakat dan penguatkuasaan pendidikan bagi tempoh beberapa tahun pula adalah bukti langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menjadikan RUU ini lebih kepada satu bentuk pendidikan, kesedaran dan peringatan kepada golongan GEG ini dan orang ramai.

Pindaan-pindaan yang dilakukan terhadap GEG ini adalah selaras dengan konsep Malaysia Madani yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim serta pendekatan rahmah yang dibawa beliau. Bahkan nama akta juga telah dipinda bagi menggambarkan ‘kawalan produk merokok demi kesihatan awam.’

Pelaksanaan GEG ini bukan sahaja akan dapat melindungi generasi muda madani, bahkan dapat menyelamatkan berbilion ringgit wang negara kita daripada bebanan kos perawatan penyakit akibat tabiat buruk merokok ini.

Justeru, sudah tidak bangkit lagi isu-isu yang diutarakan seperti kriminalisasi dan kezaliman kerana GEG versi baharu ini tidak lagi mengandungi elemen sedemikian setelah melalui perdebatan dan perbincangan dalam JK PSC pada penghujung tahun lepas. 

Oleh itu, RUU serta pelaksanaan GEG yang akan dibentangkan oleh Menteri Kesihatan, YB Dr. Zaliha Mustafa tidak lama lagi ini mestilah disokong oleh semua pihak supaya dapat diluluskan dengan segera, agar kebaikannya dapat dimanfaatkan oleh seluruh rakyat Malaysia kini dan akan datang.

Dr Mohd Afiq Mohd Nor
Pengarah Kempen
Selangor Bebas Asap Rokok (SELBAR)

Penafian: Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian IKRAM.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia