Run4Peace 2014: 1,800 peserta hangatkan larian keamanan

Acara ini adalah salah satu usaha untuk menyebarluas dan menyampaikan maklumat yang tepat secara berterusan mengenai isu-isu keamanan dan hak asasi manusia di dunia seperti isu Palestin dan Syria, supaya sentiasa segar dan berada dalam sedar rakyat Malaysia pelbagai kaum dan lapisan.

Selain mempromosi isu keamanan dan hak asasi manusia khasnya di Palestin, Syria dan tempat-tempat lain di dunia, program yang bertemakan “Peace For All” (Keamanan Untuk Semua) ini juga bertujuan untuk melahirkan warga sihat di kalangan masyarakat dan pelajar pengajian tinggi dengan aktiviti sukan ke arah mewujudkan masyarakat cergas dan sihat serta memupuk semangat muhibbah di kalangan badan NGO, jabatan, agensi kerajaan, pihak swasta dan penduduk setempat.

Peserta daripada pelbagai lapisan umur, agama, bangsa dan negara yang diklasifikasikan mengikut lapan kategori telah menyertai larian ini dengan peserta bukan Islam telah mendominasi penyertaan larian ini. Larian dibuka kepada peserta berumur 13 tahun ke atas dengan penyertaan peserta lelaki tertua berumur 69 tahun dan peserta wanita tertua ialah 63 tahun.

“Dengan sambutan yang hangat, pihak penganjur terpaksa menolak banyak lagi permohonan menyertai program yang julung-julung kali diadakan di Universiti Islam Antarabangsa ini,” menurut Pengarah Projek, Saudara Nor Shahrin Haron.

Sebanyak empat kategori untuk larian 10 kilometer iaitu Lelaki Terbuka 18 tahun ke atas dan Lelaki Veteran 45 tahun ke atas, Wanita Terbuka 18 tahun ke atas dan Wanita Veteran 45 tahun ke atas. Empat kategorian larian 5 kilometer pula ialah Lelaki Fun Run 18 tahun ke atas dan Lelaki Junior 13-17 tahun, Wanita Fun Run 18 tahun ke atas dan Wanita Junior 13-17 tahun.


Antara tetamu yang hadir memeriahkan Run4Peace ini ialah Orang Besar Daerah Gombak YAD Dato’ Paduka Raja Haji Wan Mahmood Pa’wan Teh, Ketua Polis Gombak ACP Ali Ahmad, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UIAM Prof Datuk Dr Mizan Hitam.

Turut hadir Pengerusi Aqsa Syarif, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor, wakil Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM), Bro Mahmood, wakil Pegawai Daerah Gombak, Pejabat Kesihatan Gombak, Penghulu Mukim Setapak dan para ketua kampung. Seramai 30 anggota polis dan 20 ahli RELA juga hadir membantu aspek keselamatan.

Program dijangka bermula 6.30 pagi namun didapati para peserta telah berkumpul seawal 5.30 pagi di tapak garisan permulaan. Tempat bermula dan berakhir larian adalah di tapak parkir Stadium Saidina Hamzah RA dengan laluan larian yang telah ditentukan meliputi Jalan Sungai Pusu dan Jalan Gombak sehingga simpang tiga Masjid As-Syarif, Gombak.

Program bermula dengan taklimat perlumbaan Pengarah Projek, Nor Shahrin diikuti dengan sesi pemanasan badan yang diketuai oleh Kapten Mohd Dhany Mohamad Sarip. Pada 7.20 pagi, peserta larian 10 kilometer telah dilepaskan oleh ACP Ali manakala pelepasan peserta 5 kilometer dilakukan oleh Datuk Dr Mizan. Beberapa ucapan ringkas mengenai isu keamanan disampaikan oleh wakil PCOM, Bro Mahmood mengenai isu di Palestin, Dr Hafidzi mengenai isu Syria dan ucapan YAD Dato’ Paduka Raja Wan Mahmood mengenai isu keamanan sejagat.

Semasa larian berlangsung, sepanduk-sepanduk kesedaran mengenai isu-isu keamanan disediakan sepanjang laluan larian, manakala sukarelawan di kalangan mahasiswa UIAM telah mengadakan mini flashmob kesedaran ummah di beberapa lokasi strategik sepanjang laluan peserta larian.

Beg cenderahati yang diisi medal penamat, sijil penyertaan, nombor cabutan bertuah, air dan roti serta bahan-bahan bacaan ringkas mengenai isu-isu keamanan di dunia telah disampaikan kepada setiap peserta yang menamatkan larian.

Selain itu, aktiviti selari seperti pameran isu keamanan dan jualan amal oleh Aqsa Syarif dan IKRAM4Syria juga diadakan. Kaunter pemeriksaan kesihatan oleh IKRAM Health yang diketuai oleh Dr Shamsudin Kamaru Zaman dan kakitangan dari Pejabat Kesihatan Daerah Gombak turut mendapat sambutan.

“Peace Wall” iaitu satu kain rentang besar turut digantung berhampiran pentas utama di mana para peserta boleh menulis sebarang mesej keamanan penuh dengan mesej-mesej keamanan dari para peserta. Program diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang larian. Hadiah berbentuk wang tunai diberikan kepada lima pelari teratas dalam setiap kategori.

Tahniah kepada peneraju utama program ini iaitu YDP IKRAM Gombak, Haji Abdul Aziz Abdul Jalal yang juga Pengerusi JK Pelaksana Run4Peace dan Pengetua Mahallah Salahuddin Al-Ayubi UIAM, Dr Tajul Aris Ahmad Bustami.

Penghargaan juga kepada Pejabat Timbalan Rektor UIAM, IKRAM Siswa UIAM, Mahallah Salahuddin Al-Ayubi UIAM, Penghulu Mukim Setapak dan para ketua kampung, Pejabat Kesihatan Gombak, IKRAM Health, PDRM, RELA, kakitangan UIAM, para sukarelawan, peserta serta semua yang terlibat yang yang menjayakan acara ini.

Program ini turut mendapat yang positif daripada pihak UIAM dan Pejabat Daerah yang mencadangkan agar program ini dijadikan acara tahunan. Semoga program ini mencapai matlamat menjadikan isu keamanan dan hak asasi manusia sentiasa segar dalam pemikiran masyarakat Malaysia, insya-Allah.

Foto Flickr: http://goo.gl/lqbQuc

Foto FB:  http://goo.gl/3CbyuV

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia