Rumah Terbuka IKRAM meriah, kukuhkan muhibah

Rumah Terbuka IKRAM Meriah Kukuhkan Muhibah

SERI KEMBANGAN – Sempena Aidilfitri, kira-kira 400 orang tetamu hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Ibu Pejabat IKRAM pada Selasa di sini bagi mengukuhkan lagi hubungan silaturahim dan semangat muhibah.

Majlis anjuran Ibu Pejabat IKRAM dan Badan Kebajikan Kakitangan Ibu Pejabat IKRAM (BAKIM) diserikan lagi dengan kehadiran Presiden IKRAM, Haji Badlishah Sham Baharin yang semakin pulih kesihatannya selepas pembedahan pintasan jantung pada Mac lalu.

Turut hadir menyambut tetamu ialah Timbalan Presiden IKRAM, Dato’ Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan, Naib Presiden, Jusni Yusoff dan Prof. Dr Hanim Salleh, Ketua Wanita, Ustazah Sallawahiu Mohd Salleh, Ketua IKRAM Muda, Khairul Anuar Kamaruddin dan barisan Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat (JKP) yang lain.

“Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan tetamu juga lebih ramai berbanding sebelum PKP,” kata Pengarah Majlis, Mohamad Hanif Fadzil.

Menurutnya, Ahli-ahli JKP dan para kakitangan Ibu Pejabat IKRAM turut mengambil peluang menyantuni tetamu yang hadir, saling bertukar pandangan dan beramah mesra.

“Suasana memang meriah berbanding sebelum ini, mungkin kerana sudah lama tidak bertemu antara mereka semasa PKP,” ujar beliau yang juga AJK Badan Kebajikan Kakitangan Ibu Pejabat IKRAM (BAKIM).

Antara juadah yang disediakan dalam majlis ini ialah makanan tradisi seperti nasi himpit, lemang, ketupat, rendang ayam, ayam kuzi dan ayam berempah dan sate, termasuk nasi beriani, mihun sup, soto, bubur jagung, buah potong dan kuih-muih.

“Kita juga mendapat tajaan lebih 10 jenis kuih-muih dan enam jenis kek/brownies, termasuk kuih raya, kerepek dan pizza. Kami amat berterima kasih kepada semua penaja,” kata Mohamad Hanif lagi.

Antara NGO yang hadir ialah ACCIN, ABIM, HALUAN, PKPIM, Gabungan Bertindak Malaysia (GBM), Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO), Gabungan Dakwah Malaysia (GDM), Persatuan Pengasih Malaysia, KL & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH), Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM) dan lain-lain.

Selain itu, turut hadir pemimpin-pemimpin politik antaranya Ahli Parlimen Jerlun Dato’ Seri Mukhriz Mahathir, Ahli Parlimen Kubang Pasu Dato’ Amiruddin Hamzah, Ahli Parlimen Simpang Renggam YB Dr Maszlee Malik, Ahli Parlimen Petaling Jaya YB Maria Chin Abdullah, Exco Selangor YB Rodziah Ismail, ADN Hulu Kelang YB Saari Sungib.

Antara kenamaan yang hadir ialah mantan Presiden IKRAM, Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad, Rektor Fatoni University, Dr Ismail Lutfi Japakiya, Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Dato’ Setia Dr Mohd Na’im Mokhtar, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid dan suami, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff dan penyampai radio Zayan, Anas Tahir.

Turut hadir wakil-wakil agensi dan institusi IKRAM seperti IKRAM MUSLEH, MyCARE, Hidayah Centre Foundation (HCF), jiran-jiran sekitar Ibu Pejabat IKRAM, badan mahasiswa serta anggota polis dan bomba berhampiran.

Majlis Rumah Terbuka ini dimeriahkan lagi dengan persembahan lagu Keluarga Utuh oleh SampaiJadi Records dan kuiz meneka maksud peribahasa.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia