Ruang menyumbang masih terbuka luas

Mereka hadir untuk menyalurkan sumbangan kepada aktiviti masyarakat yang dijalankan oleh IKRAM. Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Yayasan IKRAM Malaysia, IKRAM Kawasan Sepang dan IKRAM Kawasan Serdang antara yang menerima sumbangan daripada mereka pada hari tersebut.

“Apa yang kami berikan ini adalah sebahagian kecil sumbangan. Saya akui lebih banyak sumbangan yang diperlukan oleh IKRAM melalui institusi dan agensinya untuk membantu masyarakat di dalam dan luar negara.

“Saya yakin lebih ramai lagi individu, yayasan, mahupun badan korporat yang boleh menyumbang bukan sahaja melalui IKRAM, bahkan kepada pertubuhan, NGO lain yang turut memainkan peranan bagi membantu masyarakat yang memerlukan sumbangan kita,” ujar Haji Idris Omar dan isteri beliau, Hjh Maziyah Hassan.

Pada hujung tahun, sememangnya banyak bantuan yang akan disalurkan oleh IKRAM sama ada oleh cawangannya ataupun institusinya.

MyCARE saban tahun akan membantu umat Islam di luar negara yang memerlukan bantuan dan perlindungan pada musim sejuk seperti Syria, manakala Yayasan IKRAM pula membantu masyarakat dalam negara menghadapi musim tengkujuh, bersiap siaga membantu mangsa banjir.

Dalam pada itu juga, Yayasan IKRAM Malaysia turut menumpukan bantuan kembali ke sekolah (Back2School) kepada pelajar yang memerlukan.

“Sehingga kini lebih RM100 juta sumbangan orang ramai telah disalurkan ke tempat-tempat yang memerlukan di 25 buah negara,” ujar Dr Mohd Tahir Abdul Rahman yang mewakili MyCARE ketika menerima sumbangan.

“Di Temerloh, alhamdulillah kami kumpulan yang pertama sampai di sebuah kawasan yang telah terkepung dengan banjir.

“i-Bantu sebuah unit di bawah Yayasan IKRAM Malaysia telah memberikan sedikit bantuan dan memaklumkan kepada pihak JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) keadaan di situ. Kemudian bantuan diberikan oleh pihak JKM melalui maklumat yang kami berikan,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan IKRAM Malaysia, Hj Kamsani Nasir.

Pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh IKRAM dalam memberikan khidmat kepada masyarakat di dalam mahupun di luar negara.

Dengan wawasan membina Negara Rahmah, ahli-ahlinya dan institusi di bawahnya terus menerus menghulurkan tenaga, wang ringgit tanpa mengenal batas bangsa dan agama di mana sahaja yang dibolehkan dan diperlukan.

Semoga dengan bantuan ini, IKRAM dapat membantu masyarakat dunia umumnya dan Malaysia khususnya, hidup dalam selesa, aman, harmoni, disantuni dan merasai kesan RAHMAT melalui ISLAM yang dibawa.

Penulis: Siti Hamisah Manan

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia