Ruang Khas Merokok Bebankan Kewangan Negara – IKRAM Health

Ruang Khas Merokok Bebankan Kewangan Negara - IKRAM Health

SERI KEMBANGAN – Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health) berpandangan, penyediaan ruang khas merokok atau Designated Outdoor Smoking Area (DOSA) akan menggagalkan usaha untuk denormalisasi amalan merokok dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan orang belum dewasa. 

Di samping itu, pihak IKRAM Health menyifatkan penyediaan DOSA akan membebankan kewangan negara kerana kerajaan melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terpaksa menampung kos pembinaan dan penyelenggaraannya.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada Isnin, IKRAM Health menjelaskan, larangan merokok di premis makanan telah diwartakan bermula 1 Januari 2019 di bawah peraturan 11(1)(d), Peraturan- Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004, Akta Makanan 1983 [Akta 281]. Penggunaan rokok elektronik atau vape dan shisha termasuk dalam larangan tersebut. 

“Pewartaan undang-undang tersebut adalah bertujuan untuk melindungi golongan majoriti di Malaysia iaitu golongan bukan perokok terutamanya warga emas, wanita mengandung, kanak-kanak dan golongan berisiko tinggi daripada terdedah kepada bahaya asap atau wap produk merokok, selari dengan Artikel 8 World Health Organization Framework Convention on Tobacco Control (WHO FCTC),” tegas IKRAM Health. 

Mengulas lanjut, pihak IKRAM Health menyatakan bahwa negara maju telah mengamalkan larangan merokok di seluruh tempat awam, manakala Malaysia mengambil pendekatan dengan menetapkan hanya 23 tempat sahaja sebagai zon larangan merokok.

Berdasarkan data, perokok masih mempunyai 1001 lagi kawasan yang masih tidak dilarang untuk merokok.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyatakan kesediaan untuk mempertimbangkan permintaan pihak pengusaha premis makan agar menyediakan ruangan merokok atau DOSA, terutamanya di kawasan yang sesak.

Sehubungan dengan kenyataan ini, IKRAM Health mencadangkan kawasan sesak yang merangkumi jarak 3 meter daripada premis makan termasuk premis makan atau kawasan larangan lain dijadikan zon larangan merokok yang besar, contohnya di seluruh Bukit Bintang.

Menurut mereka, penyediaan DOSA boleh diletakkan di beberapa sudut sempadan zon larangan tersebut.

“Langkah ini akan lebih memudahkan penguatkuasaan dijalankan kerana seluruh kawasan telah diwartakan sebagai zon larangan merokok melainkan di DOSA sahaja. Oleh itu, bagi sesiapa yang merokok atau vaping di luar DOSA, penguat kuasa boleh terus mengenakan kompaun atau denda.”

IKRAM Health meyakini KKM akan lebih mengutamakan golongan majoriti bukan perokok yang kini sentiasa terdedah kepada bahaya asap rokok sebagai perokok pasif di mana-mana.

“Kesihatan awam serta kebersihan persekitaran udara yang segar tanpa asap rokok serta wap vape mestilah menjadi prioriti Kerajaan MADANI hari ini,” tegasnya lagi.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia