RM3.1 juta taja anak yatim pada 2016

“Tahun ini MyCARE mensasarkan kutipan sebanyak RM4 juta untuk menambah lagi bilangan anak yatim dan keluarga miskin yang bakal menerima manfaat,” jelas beliau.

Roha turut melancarkan Kempen #Orange4Orphan bagi projek Penajaan Anak-anak Yatim peringkat Sibu, pada Sabtu, 15 April lalu di Hotel The Paramount di sini dalam Majlis Bersama Penaja Anak Yatim anjuran MyCARE Sibu.

“Sejak 2010, MyCARE telah berjaya menguruskan penajaan seramai 3,000 orang anak yatim Palestin, Syria, Rohingya dan Filipina yang mana sebahagian besar daripada anak-anak ini telah mencapai umur 18 tahun dan tidak lagi memerlukan bantuan penajaan.”

Menurutnya, pada ketika ini, MyCARE menguruskan seramai 1,292 orang anak yatim dan merancang untuk menambah lagi jumlah ini.

Dalam perkembangan berkaitan, sehingga kini sebanyak RM 1.2 juta telah berjaya dikumpul untuk dana penajaan anak yatim pada tahun ini. Majlis tersebut diharap dapat menyakinkan para penaja yang sudah atau menghampiri tarikh akhir penajaan untuk menyambung penajaan mereka.

“Anda semua para penaja dan penderma adalah hero dan pejuang sebenar,” ujar Roha menghargai para penaja dalam majlis tersebut.

   

Suasana majlis, ucapan Pn Roha dan pelancaran #Orange4Orphan

MyCARE turut mengalu-alukan sekiranya penaja ingin menambah komitmen sedia ada atau membantu kami mempromosikan projek ini kepada rakan-rakan yang lain.

Seterusnya Cik Zurina Ain Ibrahim, Pengerusi MyCARE Sibu berpeluang membentangkan program-program yang akan dijalankan di MyCARE Sibu seperti ceramah kemanusiaan serta penajaan anak yatim, booth jualan dan pameran kesedaran seta flashmob bagi menunjukkan solidariti kepada penindasan rakyat Palestin.

Majlis minum petang bersama penaja anak yatim yang bertujuan meraikan penaja-penaja anak Yatim Palestin, Syria, Iraq, Rohingya dan FIlipina khusus untuk menghargai sokongan yang mereka terhadap Projek Penajaan Anak Yatim yang diuruskan oleh Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) sejak tahun 2010.

Kos penajaan seorang anak yatim Palestin atau Syria adalah sebanyak RM190 sebulan manakala kos penajaan seorang anak yatim Rohingya atau Filipina adalah sebanyak RM125 seorang. Tempoh minima penajaan adalah selama satu tahun.

Sumbangan umum untuk Tabung Anak Yatim MyCARE juga boleh disalurkan melalui akaun Maybank Islamic (5515 7500 4299) atau CIMB Islamic (8602 13 5592) atau Bank Islam (1209 2010 0349 04).

Untuk pertanyaan lanjut berhubung projek ini, orang ramai boleh melawati laman sesawang MyCARE di www.mycare.org.my/penajaan-anak-yatim-mycare atau hubungi 03-8941 2341 / 013-744 4760 atau e-mel ke [email protected]

Lagi foto majlis: http://bit.ly/2pfNuRl

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia