Risa Mizuno: Kerana Akhlak, Gadis Jepun Peluk Islam

Risa Mizuno: Kerana Akhlak, Gadis Jepun Peluk Islam | IKRAM

Risa Mizuno tampak berbeza di antara kerumunan pejalan kaki yang melintasi jalan utama Tokyo.

Memang di Jepun, Muslimah berhijab jarang dijumpai. Komuniti agama yang dominan adalah Shinto atau Buddha. Di samping itu, banyak pula warga Jepun yang ateis. Perempuan berusia 28 tahun itu sudah enam bulan konsisten berhijab.

“Di stesen kereta bawah tanah, saya berasa orang-orang memerhatikan. Apabila sudah begitu, saya katakan pada diri sendiri bahawa mereka tertanya-tanya, kenapa asaya menutup rambut? Apakah saya orang Jepun atau pelancong asing?” kata Risa Mizuno kepada wartawan Aljazeera.

Beliau bercerita, seperti orang Jepun pada umumnya, dirinya lahir bukan sebagai Muslim. Perjalanan spiritualnya dimulai sejak ia mengikuti pelbagai program pertukaran budaya, khususnya saat masih menuntut ilmu di kampus.

Sejak kecil, dirinya memang tertarik untuk memahami persekitaran dan budaya asing. Kesempatan itu datang ketika Risa menempuh semester akhir untuk mendapatkan gelaran sarjana dalam bidang pengajian sosial dan alam sekitar.

Pada 2010, beliau menjadi peserta program Temu Pemuda Jepun untuk Youth Encounter on Sustainability Japan (YES). Selain Risa, ada 37 orang mahasiswa lain dari 18 negara. Mereka, antara lain berasal dari negara-negara berpenduduk Muslim seperti Afghanistan, Azerbaijan, India, Maghribi, Tunisia dan Mesir.

Kebetulan, kawan sebilik Risa merupakan mahasiswi asal Mesir, Aisa (bukan nama sebenar). Untuk pertama kalinya, Risa berinteraksi secara langsung dengan seorang Muslim.

Baginya, hal ini adalah pengalaman yang sulit dilupakan. Ia mulai suka memerhatikan cara orang Islam beribadah, misalnya solat atau membaca al-Quran. Daripada Aisa, Risa mengetahui Islam mengatur umatnya soal makanan. Muslim hanya makan makanan halal.

Kesempatan berikutnya pun tiba. Saat menempuh program pascasarjana, pada 2011, Risa terpilih menjadi delegasi Jepun untuk program pertukaran pelajar, Ship for Southeast Asian Youth Programme (SSEAYP).

Ia termasuk angkatan ke-38 yang dihantar ke negara-negara ASEAN, khususnya Malaysia. Melalui SSEAYP, kerajaan Jepun ingin mempromosikan pendidikan dan kebudayaan nasional kepada dunia.

“Kesempatan itu benar-benar mengubah hidup. Saya bersahabat dengan banyak kawan-kawan dari ASEAN, termasuk yang beragama Islam. Pada waktu itulah saya bertemu pertama kalinya dengan calon suami. Saat itu, dia merupakan delegasi asal Malaysia,” kata Risa.

Di Malaysia, lulusan Sophia University itu tinggal di rumah keluarga Muslim di Kuala Lumpur. Risa begitu terkesan dengan sikap mereka yang ramah. Tidak memerlukan waktu lama, Risa merasa menjadi sebahagian daripada keluarga itu.

Sehari-hari Risa sering menyaksikan seluruh anggota keluarga itu mempraktikkan ibadah Islam secara rutin. Tiga hari bersama keluarga tersebut, Risa sudah jatuh cinta terhadap Islam. 

“Ajaran Islam yang didasari kasih sayang, akhlak baik dan toleransi. Itulah yang saya lihat daripada semua anggota keluarga Muslim itu,” ujar Risa.

Ketika di Malaysia, Risa bertemu dengan jejaka yang kini menjadi suaminya, Ahmad (bukan nama sebenar). Melalui Ahmad, Risa menerima pengajaran berkaitan Islam.

Ahmad ketika itu merupakan seorang mahasiswa pascasarjana yang menjadi delegasi Malaysia untuk program pertukaran budaya.

Kemudian, pada 2012, program SSEAYP angkatan ke-38 berakhir. Risa perlu kembali ke Jepun. Hubungan Risa dan Ahmad tetap terjalin meskipun jarak memisahkan mereka.

Sampai di tanah air, Risa mulai konsisten mempraktikkan prinsip-prinsip hidup Islam. Misalnya, beliau mulai menghindari minuman memabukkan. Risa ingin mengalami sendiri bagaimana hidup dalam koridor Islam, baru kemudian secara sukarela menjadi seorang Muslim.

Risa melakukannya sambil menyelesaikan pascasarjana. Orang-orang terdekatnya mulai menyedari perbezaan sikap Risa. 

Pada 2015, beliau mengalami kecelakaan yang cukup parah sehingga terpaksa menjalani pembedahan. Padahal, Risa berniat akan melangsungkan pernikahan dengan Ahmad tahun itu. 

Risa tetap yakin kepada masa depannya. Dalam keadaan sakit, Risa untuk pertama kalinya membaca al-Quran dalam terjemahan bahasa Jepun. Dia mengaku begitu tersentuh. Beberapa ayat semakin meneguhkan keyakinannya kepada Allah.

Pada 7 November 2015, Risa mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Dr Zakir Naik. Sebelumnya, Risa menjadi salah seorang daripada 1.200 peserta acara dai terkemuka tersebut.

Inilah puncak pengalaman spiritualnya. Beberapa waktu kemudian, Ahmad dan Risa bernikah.

Bangga Risa semakin giat belajar membaca al-Quran. Masjid Tokyo Camii merupakan salah satu pusat bagi orang-orang Jepun. Ia masih aktif sebagai jemaah masjid ini hingga sekarang.

Tokyo ternyata cukup ramah terhadap Muslim. Tempat Risa bekerja tidak mendiskriminasi mana-mana pun penganut agama, bahkan ISSFP menyediakan ruang solat yang selesa dan tenang.

“Ya, mereka (ISSFP) tidak keberatan sama sekali bahawa saya mengenakan hijab. Demikian pula apabila saya menunaikan solat di pejabat. Alhamdulillah,” kata Risa.

Sumber: Hidayah Centre Foundation

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia