Remaja ziarah warga emas, santuni gelandangan

Di Pulau Meranti, Puchong, para peserta telah menziarahi dan beramah mesra dengan penghuni Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas di samping menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan dalam dan luar rumah jagaan tersebut. 

Dalam ziarah yang dianjurkan IKRAMTeens dengan kerjasama IKRAM Selangor ini, para peserta turut menyerahkan sumbangan barangan dapur seperti beras, gula, tepung, bihun, susu, bawang merah, bawang putih, minyak masak, cili kering dan telur bagi kegunaan penghuni di situ.

    

Para peserta MHI menyantuni penghuni Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas

Pada keesokan harinya pada sebelah malam, peserta MHI 15/16 dibawa mendekati dan menyantuni gelandangan di sekitar Kolej SEGi Kuala Lumpur yang dikendalikan oleh IKRAMTeens dengan kerjasama WeCare dan IKRAM Wilayah Persekutuan.

Sumbangan keperluan yang diagihkan adalah 100 pek kebersihan yang terdiri daripada ubat gigi, sabun mandi, syampu rambut dan sikat. Turut diagihkan 250 pek makanan iaitu roti canai serta air mineral kepada gelandangan yang berada di sekitar kawasan tersebut.

    

Para peserta mengedarkan makanan dan pek kebersihan untuk gelandangan selepas diberikan taklimat

Aktiviti khidmat masyarakat ini merupakan salah satu modul dalam program MHI bertujuan untuk menguji fizikal dan emosi peserta dalam penglibatan dalam kesukarelawanan bagi membentuk pengukuhan jiwa dalam hidup berorganisasi apabila memasuki dan berada di Institut Pengajian Tinggi (IPT) kelak atau di mana-mana sahaja.

Ini kerana corak hidup seorang pelajar memerlukan hubungan kolektif sesama ahli keluarga, rakan-rakan dan masyarakat yang sihat tanpa mengabaikan syariat.

Madrasatul Hayah IKRAM (MHI 15/16) sedang berlangsung selama empat minggu iaitu bermula pada 12 Disember 2015 dan berakhir pada Sabtu, 9 Januari 2016 disertai lebih 90 peserta yang terdiri daripada lepasan SPM, STPM dan STAM bertempat di Kem Rimba Tamu, Batang Kali.

Mereka diajar tentang kefahaman Islam, dibangunkan aspek kerohanian diri, dilatih dengan kemahiran kendiri, dibina daya fizikal dan komunikasi melalui aktiviti luaran serta aktiviti interaktif di dewan kem sebagai persediaan dan bekalan untuk mereka menghadapi alam IPT dan cabaran kehidupan yang mendatang.

#mhi1516
FB Madrasatul Hayah IKRAM

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia