Remaja lengkap vaksinasi capai 87.6%

SERI KEMBANGAN – Sebanyak 2,756,810 individu atau 87.6 peratus daripada populasi remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, sehingga jam 11.59 malam tadi.

 

Seramai 2,848,312 individu atau 90.5 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin sebagaimana dilaporkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman CovidNow.

 

Bagi populasi dewasa pula, sebanyak 22,860,910 individu atau 97.7 peratus telah melengkapkan dos vaksin mereka, manakala 23,152,917 individu atau 98.9 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

 

Statistik harian menunjukkan sejumlah 94,040 dos vaksin telah diberikan semalam melibatkan 1,264 dos pertama, 1,340 dos lengkap dan 91,436 dos penggalak.

 

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 57,841,435 dos dengan 6,422,084 daripadanya adalah dos penggalak.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia