Remaja IKRAMTeens BTR dididik bantu mangsa banjir

Peserta yang terdiri di kalangan remaja termasuk aktivis IKRAMTeens BTR dan AJK Masjid Al-Mukhlisin sebagai pengiring menaiki satu bas dan satu kereta, bertolak dari masjid tersebut pada jam 11.30 malam Ahad 15 Disember lalu.

Para peserta yang sampai pada pagi Isnin di Kuantan ditempatkan oleh i-Bantu IKRAM Pahang di Masjid Sultan Ahmad Shah UIAM sebagai tempat penginapan. Taklimat dan makanan untuk kebanyakan sukarelawan remaja ini turut disediakan oleh i-Bantu Pahang.

Misi hari pertama remaja IKRAMTeens BTR ialah di Sekolah Kebangsaan Batu Tiga. Remaja lelaki diberikan tugas untuk mengangkut sampah sarap dan perabot yang telah rosak serta membersihkan perpustakaan sementara remaja perempuan ditugaskan untuk membasuh, membilas dan menjemur kira-kira 1,000 pasang tshirt dan seluar sukan sekolah yang telah kotor.



Misi hari kedua pula, remaja dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk memberikan khidmat membersihkan di rumah-rumah mangsa banjir, balai raya dan masjid baru di Sungai Isap.

Di kalangan remaja, ada kumpulan yang membantu di rumah warga emas yang menghadapi penyakit kanser peringkat 4 dan kencing manis, ada yang membasuh pinggan di rumah seorang tukang masak di mana banyak peralatan dapur yang telah kotor, ada yang melipat kain yang banyak di Masjid Sungai Isap dan pelbagai tugasan lain.



Setelah selesai menjalankan tugas, para peserta pulang semula ke Masjid UIAM untuk khidmat diri, bergambar kenang-kenangan dan menyampaikan sumbangan untuk mangsa banjir kepada wakil i-Bantu Pahang. Peserta bertolak pulang ke Cheras pada jam 4.30 petang Selasa, 17 Disember.

Biarpun kepenatan, jelas peserta merasa puas dan bersyukur kerana diberi peluang untuk membantu mangsa banjir sebagai medan beramal dan berkhidmat untuk masyarakat.

Sekalung tahniah kepada semua aktivis IKRAMTeens BTR kendalian Sdr Nazeli Jaafar dan pihak Masjid Al-Mukhlisin atas usaha mendidik remaja untuk membantu mereka yang kesusahan. Semoga mereka menjadi remaja yang soleh dan musleh serta sentiasa beramal dan berkhidmat untuk masyarakat pada masa hadapan, insya-Allah.

Foto Misi: MISI BANTUAN BANJIR KE KUANTAN 15-17 DIS 2013

Video Misi: Misi Sukarelawan Bantuan Banjir ke Kuantan

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia