Rehlah Keluarga IKRAM Bandar Tun Razak meriah

Rehlah Keluarga yang diadakan di Kingfisher Resort, Hulu Langat ini dimeriahkan dengan kehadiran peserta yang terdiri daripada golongan dewasa, belia dan juga kanak-kanak. Program santai diadakan sebegini untuk mengeratkan hubungan sesama ahli dan memberi peluang untuk ahli saling berkenalan.

Penolong Setiausaha IKRAM BTR, Saudara Fauzi Mat Sari selaku Jawatankuasa Pelaksana Program telah membuka program dengan mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli IKRAM BTR.

Program diteruskan dengan sesi ice breaking yang dikendalikan oleh Saudara Amri Mansor yang juga merupakan salah seorang ahli IKRAM BTR. Rehlah ini kemudiannya diteruskan dengan permainan berkumpulan yang dikendalikan oleh Ustaz Ismail.

Kedua-dua sesi ini dilihat banyak memberi peluang kepada ahli-ahli untuk berkenalan dan bekerjasama secara berpasukan.

Walaupun program hanya diadakan selama setengah hari, rehlah ini dilihat sebagai program yang baik untuk mengumpulkan ahli keluarga IKRAM BTR dan memupuk ukhuwah sesama ahli.

Rehlah yang berakhir sekitar jam 1 petang ini diakhiri dengan ucapan Yang Dipertua IKRAM BTR, Hj Abdul Rahman dengan harapan agar komitmen ahli berterusan dalam membawa mesej dakwah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia