Refleksi dan rancang strategi

Menjadi kebiasaannya selepas sesuatu pertandingan, kita dapat melihat akan ada menang dan kalahnya. Selalunya yang menang akan tampak kegembiraannya dan terkadang terserlah ‘keangkuhannya’ juga.

 

Manakala yang belum menggapai kemenangan itu akan senyap seketika. Barangkali ia mengambil waktu untuk menerima hakikat dan muhasabah.

 

Begitulah yang sering terjadi dalam apa sahaja ‘lapangan perlawanan’ sebagaimana rakyat negeri Johor yang baharu sahaja menjalani pesta demokrasi melalui pilihan raya negeri.

 

Tidak terkecuali, berlaku juga tuding sana-sini, atas kegagalan yang terjadi. Segalanya memakan waktu untuk menerima keputusan dengan hati yang terbuka.

 

Rakyat muak

 

Arena politik negeri selatan tanah air, yang baharu saja berlangsung tidak berpihak kepada parti yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, memberi kesan kepada para penyokong dan pendukungnya di dalam negeri mahupun di serata lainnya.

 

Iklim politik yang tidak menentu sedikit sebanyak menyumbang kepada apa yang terjadi.

 

Dalam keadaan Covid-19 yang masih berlangsung, membuatkan rakyat tidak berani mengambil risiko, maka kuranglah peratusan rakyat keluar mengundi.

 

Keadaan parti-parti politik yang tidak sepakat menggunakan satu logo yang sama untuk melawan pihak yang disasarkan juga, menjadi faktor kegagalan itu.

 

Pada sisi yang lain, jelas menunjukkan rakyat seakan muak dengan permainan ahli politik yang begitu rakus inginkan kuasa walaupun fasa endemik belum diisytiharkan sepenuhnya.

 

Dengan cara itu sahaja, rakyat Johor seakan berasa puas menterjemahkan rasa yang mereka hadapi.

 

Bangkit dan perkukuhkan

 

Seharusnya, kekalahan demi kekalahan yang terjadi memberikan pengajaran besar buat parti yang masih berusaha memperjuangkan kemenangannya untuk berkuasa.

 

Maka sedari kini, para penggerak parti perlu merancang strategi yang lebih berkesan untuk mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang mengikut tempohnya sehingga 2023.

 

Pendidikan politik yang jelas harus diteruskan agar rakyat memahami segala agenda perjuangan yang dibawa oleh parti.

 

Sedari kini juga, jentera-jentera parti perlu dilatih dan dipergiatkan menyampaikan risalah-risalah, di samping memperkenalkan dengan logo parti yang mungkin agak asing bagi sesetengahnya.

 

Menyedarkan masyarakat betapa pentingnya memilih calon dari parti yang berpihak kepada rakyat serta tawaran-tawaran yang logik dan rasional.

 

Masih belum terlambat

 

Benar, segalanya ini belum terlambat. Mentaliti rakyat masih boleh disentuh dengan sebaiknya dengan mengetengahkan isu-isu yang hangat terjadi kebelakangan ini, apatah lagi yang sangat dekat di hati mereka. 

 

Perjuangkan sentimen yang mendatangkan kembali pulangan yang berpihak kepada rakyat.

 

Namun, semua itu perlulah berstrategi dan berstruktur agar apa yang dilakukan bukanlah hanya bersifat sementara.

 

Perkukuhkan setiakawan dalam pakatan agar ia menjadi kuat dan mantap untuk meraih kemenangan, melawan parti yang kleptokrasi apalagi kluster mahkamah. Kesedaran itu perlu diteruskan tanpa henti.

 

Dan yang menjadi persoalannya, adakah politik tabur duit masih sempat dilakukan oleh parti yang menang? Teruskan berjuang mengembalikan Malaysia ke arah yang lebih baik menjelang PRU15.

 

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia