Realiti ummah, peranan pemuda dan StandUp Flashmob

Umat Islam adalah seumpama sebuah binaan yang mana setiap sudut dan penjuru saling menyokong dan menguatkan bahagian yang lain dalam binaan tersebut. Umat Islam sebenarnya merupakan umat yang satu meskipun telah sekian lama dipisah dan dipecahkan atas dasar negara bangsa oleh penjajah pasca kolonialisasi. 

 

Realiti ummah

 

Umat ini telah dipecahbelahkan kesatuannya. Umat ini telah dirobek maruahnya. Umat ini telah dilemahkan jiwanya. Umat ini telah diasing-asingkan dan disempadan-sempadankan atas beda warna kulit, bahasa, budaya dan kewarganeraan. 

 

Umat ini telah lama hidup dengan idea individualisme, ananiah atau keakuan. Polisi ‘divide and conquer’ ataupun dasar pecah dan perintah telah menyebabkan umat yang dahulunya satu ini hidup untuk membangunkan kemajuan, menjamin keselamatan, mengumpul kekayaan, meningkatkan status semata-mata demi meninggikan nama bangsa, negara dan asal-usul masing-masing.

 

Umat ini awal-awal lagi telah diingatkan oleh baginda Rasul SAW akan hakikat penting yang pada hari ini kian lenyap daripada generasi semasa umat Islam. Empat belas kurun yang lepas baginda SAW telah bersabda, maksudnya:

“Barangsiapa yang tidak mengambil peduli urusan umat Islam, maka dia bukanlah daripada kalangan mereka.”

 

Dalam zahirnya Islam seorang Muslim dengan sempurna solat fardu lima waktu sehari semalam, cukup 30 hari puasa sebelum Syawal, tidak kurang satu sen pun dicuaikan dalam menunaikan zakat sehingga sampai di Makkah untuk fardu haji, andai tiada dia tahu akan keadaan umat Islam seantero dunia, maka bukanlah dia Muslim yang sebenar.

 

Umat ini dahulunya cakna. Dinukilkan dalam karya-karya sejarah yang sahih pada zaman emas Khilafah Abbasiyah bahawa ketika seorang wanita Muslimah ditarik hijabnya oleh seorang lelaki Yahudi di Mesir, Khalifah mengirimkan bala tentera dari Baghdad untuk menuntut bela bagi pihak wanita Muslimah tersebut. 

 

Seterusnya, catatan sejarah Nusantara telah menceritakan bagaimana Khilafah Uthmaniyah mengirimkan tentera dan senjata untuk membantu Kerajaan Islam Acheh ketika diserang oleh Portugis pada abad ke-15. 

 

Umat kini diibaratkan buih yang terapung di lautan, dihanyut terhempas dipukul gelombang dan lenyap bila dihembus angin. Umat kini umpama manisan yang dikerumuni jutaan ekor semut hitam. Umat kini bak seketul tulang yang didekati berekor-ekor anjing untuk santapan dalam lapar.

 

Dewasa ini, umat Islam di Asia Barat, Asia Timur, Eropah Timur bahkan di Asia Tenggara semakin lama semakin pudar sinar harapan masa depan hayat mereka. Umat ini jumlahnya ramai namun tidak peduli akan nasib saudara apatah lagi untuk membantu satu sama lain.

 

Umat Islam dewasa ini, khususnya di Timur Tengah tidak pernah lekang dan kosong daripada pertempuran, peperangan, konflik politik, krisis kemanusiaan dan pelbagai kesusahan yang lain.

 

Sungguh, situasi yang semakin membarah ini mewajibkan umat Islam di luar zon perang, zon krisis dan zon bencana untuk mengambil tahu akan keadaan umat Islam di tempat-tempat tersebut berdasarkan hadis yang dibawakan di atas. 

 

Peranan pemuda

 

Dalam kesibukan kita menyempurnakan kewajipan sebagai individu Muslim, keperluan keluarga dan masyarakat lokal, adalah menjadi kewajipan juga ke atas kita untuk cakna dan peduli akan situasi terkini krisis dan konflik yang melanda umat Islam di luar negara.

 

Pada setiap zaman dalam sejarah dan di setiap tempat, generasi muda adalah aset paling berharga. Pemuda merupakan rahsia kebangkitan setiap umat. Pemuda merupakan penegak panji pengibar bendera idea.

 

Pemuda merupakan tunjang kemajuan tamadun. Pemuda merupakan medium paling efektif dalam penyebaran doktrin dan kakitangan paling mantap dalam mana-mana gerakan.

 

Pemuda yang dewasa dalam suasana kehidupan seharian masyarakat setempat yang mewah dan senang, cenderung untuk berfikir bahawa segala usaha yang dilakukan dalam pendidikan, kerjaya dan ekonomi adalah untuk mencukupkan keperluan peribadi.

 

Kecemerlangan akademik dikejarnya dengan kerajinan dan usaha keras untuk memperoleh pekerjaan yang high class dan highly paid. Mereka hidup selesa dalam masyarakat yang selesa dengan kemajuan, kestabilan dan keharmonian negara. Kebanyakan mereka tidak ambil endah akan nasib umat Islam di zon krisis dan zon perang di luar sempadan negara.

 

Sedang pemuda yang tumbuh membesar dalam masyarakat yang serba kekurangan, hidup tidak seberapa, politik kucar-kacir biasanya memliki mindset bahawa mereka harus berjaya untuk masyarakat dan negaranya.  Pemuda sebegini sedar bahawa nasib masyarakat terletak di pundaknya.

 

Mereka mengerti bahawa kegagalan mereka dalam hidup akan terus meruntuhkan komuniti mereka. Mereka juga faham akan kewujudan umat Islam di luar kawasan mereka yang mengalami nasib yang sama sepertimana mereka bahkan ada yang lebih teruk berbanding kehidupan mereka.

 

Siapa StandUp Flashmob?

 

StandUp Flashmob ataupun SUF adalah sebuah kumpulan anak muda yang menzahirkan kepedulian akan konflik, krisis dan penderitaan umat Islam dan insan seluruhnya di hadapan masyarakat umum melalui aksi rasa kilas berkumpulan atau flashmob.

 

Flashmob di Barat dan Eropah dilakukan untuk menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap dasar polisi pemerintah ataupun krisis sosial setempat, dengan kata lain, mereka melakukan flashmob sebagai protes senyap. SUF memilih untuk memurnikan flashmob dengan maqasid dan ghayah (matlamat) yang benar. 

 

StandUp Flashmob (SUF) digerakkan oleh mahasiswa dan mahasiswi institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA & IPTS) tempatan yang bergiat aktif dalam kegiatan kesedaran cakna kemanusiaan dalam arena mahasiswa. Mereka dikenali sebagai Crew SUF.

 

SUF ditubuhkan sebagai satu medan untuk menunjukkan keprihatinan generasi muda dalam isu-isu kemanusiaan antarabangsa dengan flashmob. SUF ditubuhkan untuk menjadi platform mengumpulkan generasi muda yang berkongsi kepedulian akan nasib umat Islam dan insani di luar negara. 

 

SUF mengadakan flashmob di tempat-tempat awam dan persembahan flashmob atas jemputan dalam program-program kemanusiaan anjuran institusi pengajian tinggi, badan-badan korporat dan badan-badan bukan kerajaan (NGO). SUF memiliki modus operandi yang tersendiri dalam melakukan flashmob.

 

Modus operandi SUF dalam flashmob terbuka di khalayak mengandungi tiga elemen utama iaitu memegang poster  imej penderitaan umat Islam, freezing iaitu kekal berada dalam posisi atau gaya tertentu untuk menggambarkan keadaan mangsa krisis dan simulasi lagu yang mana flashmobbers (peserta flashmob) melakukan gaya gerakan tertentu mengikut lagu yang dimainkan.

 

Lagu yang dipilih oleh SUF adalah lagu nasyid haraki nyanyian kumpulan nasyid seperti Shoutul Harokah (ShouHar) dan Izzatul Islam (IZIS). Kemudian, flashmobbers akan bergerak di sekitar lokasi flashmob untuk mengutip derma sumbangan orang ramai yang akan diserahkan terus kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kemanusiaan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE).

 

SUF merupakan kumpulan flashmob ummah yang dipelopori dan dipimpin oleh mahasiswa dan mahasiswi IPTA dan IPTS. Kami meyakini akan keberkesanan flashmob sebagai salah satu wasilah dalam menarik perhatian generasi muda negara untuk cakna dan peduli perihal isu-isu krisis kemanusiaan sejagat.

 

Kami melihat flashmob sebagai medium yang kondusif dan inklusif  untuk menggembleng idea, kreativiti dan tenaga generasi muda yang prihatin akan kesejahteraan global untuk bersama-sama menghidupkan kesedaran massa dalam masyarakat umum.

 

SUF percaya flashmob ummah mampu menjadi medium untuk membawa anak-anak muda yang bersih jiwa dan terbuka mindanya ke arah jalan kebaikan yang lebih besar daripada sekadar flashmob atas nama kemanusiaan sejagat.

 

Kami percaya melalui flashmob, kami dapat mengumpulkan, membimbing dan mengarahkan rakan-rakan dan peserta flashmob ke arah kebaikan dalam erti kata yang kami fahami. Dengan kata lain, flashmob mampu menjadi wasilah untuk mentajmik (mengumpul) anak-anak muda agar bersama-sama dengan kami.

 

Dalam latihan dan perkumpulan pra-flashmob untuk program-program, SUF akan memulakan perkumpulan flashmobbers dengan sesi taaruf (berkenal-kenalan). Kami akan mengenal pasti asal-usul, tempat belajar dan umur setiap peserta sebagai peringkat pertama pengenalan Crew dan flashmobbers.

 

Kami sentiasa mengamalkan solat berjemaah Crew bersama flashmobbers untuk menghidupkan syiar solat berjemaah. Jika bermalam, kami akan menugaskan Crew untuk memberi tazkirah ringkas sementara menunggu masuknya waktu isyak.

 

Crew juga akan memimpin bacaan zikir ma’thurat selepas solat subuh berjemaah. Sebelum taklimat dan latihan flashmob, Crew akan mengingatkan agar semua yang terlibat bersama-sama meluruskan niat agar sama-sama mendapat ganjaran selayaknya daripada Allah SWT. 

 

Di sela-sela waktu rehat semasa latihan, Crew akan mengumpulkan flashmobbers untuk menceritakan serba sedikit akan keadaan umat Islam yang tertindas di sana-sini.

 

Crew akan berkongsi info berdasarkan kepada situasi dan masa, terkadang tentang sejarah konflik Timur Tengah dan pada masa lain Crew akan menerangkan tentang keadaan semasa di tempat-tempat tertentu seperti Palestin, Mesir, Syria dan tempat-tempat lain. 

 

Secara tidak langsung, kami cuba membantu menunjukkan flashmobbers ke arah praktis harian yang lebih baik dan mudah sebagai Muslim. Kami sebagai Crew sentiasa berusaha menjadi qudwah (teladan) yang baik untuk dicontohi oleh flashmobbers.

 

Kami sentiasa berusaha untuk menambahkan info dan input berkaitan isu, krisis dan konflik kemanusiaan sejagat untuk dikongsikan dengan flashmobbers di celahan flashmob. Semoga flashmob (aksi rasa kilas berkumpulan) ini dapat terus dioptimumkan sebagai medium penyatuan anak muda yang efektif selepas ini, insya-Allah.

 

Umar Telmesany
Aktivis StandUp Flashmob
Humanitarian Care Malaysia (MyCARE)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia