RDC Summit 2023 Fokus Pembangunan Komuniti Lestari

RDC Summit 2023 Fokus Pembangunan Komuniti Lestari | IKRAM

PUTRAJAYA – Regional Development Community Berhad (RDC) dan rakan-rakan strategiknya buat julung kalinya bakal menganjurkan RDC Summit 2023 pada 5 hingga 7 Mac ini di The Everly Hotel, di sini.

Sidang kemuncak ini bertujuan menjadi platform terbaik kepada semua pemimpin dalam sektor-sektor berkaitan untuk bertukar pandangan dan saling memperkayakan pelan strategi dalam usaha pemerkasaan komuniti lestari di rantau Asia Pasifik.

Menurut Pengarah RDC Summit 2023, Ir Hj Wan Ahmad Nizar Zakaria, sidang tiga hari itu terdiri daripada empat persidangan iaitu RDCBIZ Convention, RDC Women Empowerment Conference, RDC Humanitarian Conference dan RDC Youth Conference.

Katanya, pembangunan komuniti yang lestari merupakan penyelesaian terbaik bagi menangani cabaran kemunduran, kejahilan, penyakit sosial dan kerencaman isu dalam setiap komuniti dan lapisan masyarakat. 

Dapatan statistik pada tahun 2019 menunjukkan lima peratus daripada komuniti di seluruh negara rantau Asia Pasifik dengan belanja hidup serendah RM8.20 (USD$1.90) sehari.

Amat malang sekali, sekurang-kurangnya 35 juta anak-anak di rantau ini masih tiada akses kepada pendidikan berkualiti disebabkan status sosioekonomi, geografi, jantina serta cabaran bahasa dan etnik.

“Angka tersebut amat meresahkan kita semua dan memerlukan intervensi segera bagi menanganinya sekiranya kita ingin melihat generasi masa depan dan komuniti di rantau ini dapat menikmati kehidupan berkualiti serta kemakmuran bersama,” jelasnya.

Prihatin terhadap fenomena ini, RDC bersama Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Persatuan Jaringan Bisnes Muslim Malaysia (MUBIN), Integrated Development & Advancement of Leadership Berhad (IDEAL) dan IKRAM Muda menganjurkan RDC Summit 2023.

Mensasarkan penglibatan hampir 30 buah negara Asia Pasifik, RDC Summit 2023 akan menampilkan tokoh-tokoh dan pakar-pakar dalam pelbagai sektor.

“Kita berharap agar RDC Summit 2023 akan berjaya mengukuhkan jaringan pemegang taruh dalam pelbagai sektor pembangunan komuniti di Asia Pasifik, yang menjadi pemangkin utama dalam memperbaiki taraf kehidupan komuniti melalui inisiatif Matlamat Pembangunan Mampan (SDG),” ujar Wan Ahmad Nizar.

Semua pihak dijemput hadir bersama dalam konvensyen ini bagi tujuan menggembleng tenaga dalam menangani cabaran dalam membangunkan masyarakat madani di rantau Asia Pasifik.

Konvensyen ini mensasarkan semua ahli masyarakat termasuk usahawan, aktivis kemanusiaan, penjawat awam, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi swasta dan para pemegang taruh yang berkaitan. 

Mereka yang berminat untuk menyertai RDC Summit 2023, pendaftaran boleh dilakukan melalui pautan http://rdc.asia/summit/biz/.

Sebarang pertanyaan berkaitan konvensyen, sila hubungi Hj Abdul Hafidz (www.wasap.my/60193566760) atau Hotline RDC (www.wasap.my/601165072900).

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia