Rayuan Ramadhan 1436H untuk 17 negara, sasar RM1.5 juta

Sama seperti tahun-tahun sebelumnya dana Kempen Rayuan Ramadhan yang dilaksanakan akan disalurkan kepada mangsa bencana alam atau konflik perang, anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya, pelajar dan fakir miskin serta saudara baru.

Pengarah Rayuan Ramadhan 2015, Profesor Madya Ainullotfi Abdul Latif berkata, kempen Rayuan Ramadhan yang masuk tahun ke-17 memerlukan sumbangan serta sokongan daripada rakyat Malaysia untuk menjayakan kempen ini, seterusnya bagi mencapai objektif sasaran kutipan RM1.5 juta.

Menurutnya, sejak dilaksanakan, kempen ini terus-menerus menerima sambutan dan sokongan yang amat menggalakkan daripada masyarakat umum, pelbagai syarikat serta badan-badan korporat di Malaysia.

“Atas rasa keprihatinan dan kepedulian serta persaudaraan sesama Islam, IKRAM ingin mengajak semua umat Islam bersama-sama berganding bahu serta berkongsi rezeki membantu umat Islam di 17 buah negara termasuk Malaysia.

“Dana yang dikumpul akan digunakan bagi menaja program berbuka puasa dan sedekah di dalam juga luar negara bagi umat Islam yang lebih memerlukan.

“Kami berharap agar sokongan yang padu ini dapat diteruskan agar sasaran RM1.5 juta pada tahun ini dapat direalisasikan, insya-Allah,” katanya kepada pemberita ketika sidang media pelancaran Rayuan Ramadhan 1436H di Pusat Bandar Melawati dekat sini.

Tambah Ainullotfi lagi, 17 buah negara yang akan dibantu adalah Palestin, Indonesia, Thailand, Kemboja, Vietnam, Filipina, Myanmar, Sri Lanka, Afghanistan, Pakistan, Bangladesh, Sudan, Iraq, Syria, Lubnan, Maldives dan termasuk juga Malaysia.

Beliau berkata, bantuan yang dikumpul akan diagihkan melalui program yang dianjurkan oleh i-Bantu, HCF, MyCARE serta beberapa rakan kerjasama IKRAM di luar negara.

“Agihan sumbangan dalam negara akan diuruskan oleh i-Bantu IKRAM (melalui IKRAM Negeri atau Daerah) dan HCF.

“Bagi agihan luar negara, ia bakal diuruskan oleh MyCARE (Palestin, Syria dan Iraq) dan rakan-rakan NGO pelaksana luar negara seperti PKPU (Indonesia), CDF (Bangladesh), Baitu Zakaah (Filipina) dan YAPIK (Kemboja),” ujarnya.

Beliau sekali lagi menyeru rakyat Malaysia menyumbang sambil beramal kepada mereka yang memerlukan dengan menyalurkan sumbangan ke akaun Pertubuhan IKRAM Malaysia melalui akaun Maybank bernombor 562142405154 atau Bank Islam Malaysia Berhad 12113010049959.

Laporan program yang lalu dan brosur boleh dilihat di laman sesawang www.ramadhan-qurban.org. manakala sebarang pertanyaan untuk maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi talian 03-41012080 atau 017-2766384.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia