Rasuah Busters Kunjungi Speaker Dewan Rakyat

Rasuah Busters Kunjungi Speaker Dewan Rakyat | IKRAM

KUALA LUMPUR – Delegasi Rasuah Busters telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul di Blok Utama, Parlimen pada Selasa.

Kunjungan tersebut diketuai oleh Ketua Pasukan Rasuah Busters, Dato’ Hussamuddin Yaacub bersama tujuh orang ahli termasuk bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar dan Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Haji Badlishah Sham Baharin.

Turut hadir dalam delegasi Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (#RasuahBusters), Nurhayati Nordin, Puan Cynthia Gabriel, Prof Dr Edmund Terence Gomez dan Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff.

Menurut Nurhayati, pertemuan tersebut merupakan inisiatif yang dilaksanakan dalam rangka membentuk perbincangan dua hala kumpulan pakar, profesional dan masyarakat sivil berkaitan reformasi institusi.

Antara perkara yang dibincangkan berkaitan reformasi institusi ialah tadbir urus yang baik, integriti dan pencegahan rasuah dengan tujuan membanteras budaya rasuah serta sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa.

“Ia diharap terus berlangsung dengan kerjasama pelbagai pihak dalam memastikan pengukuhan sistem dan perundangan dalam negara serta cadangan-cadangan bagi kestabilan dan pemulihan negara dapat dilaksanakan secara komprehensif dengan keterlibatan pemegang taruh dalam kalangan rakyat.”

Katanya, Rasuah Busters dan rakan-rakan gabungan akan terus bergandingan dalam menjalankan peranannya sebagai sebuah gerakan daripada rakyat kepada rakyat agar matlamat melahirkan #MalaysiaTanpaRasuah yang adil dan harmoni dapat dicapai di atas landasan #NilaiMoralKarakterBangsa.

Rasuah Busters adalah gelombang gerakan oleh rakyat demi rakyat untuk menghapuskan budaya rasuah serta sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa dalam ekosistem di negara ini dan menekankan nilai integriti yang melahirkan moral dan karakter bangsa yang bertamadun dan berjaya.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia