Rasuah Busters: Jom perangi rasuah!

Tahukah kita, menurut kajian Transparency International, dua pertiga negara di dunia mengalami kegagalan dalam usaha pencegahan rasuah? Manakala empat negara G7 iaitu pertubuhan ekonomi antara tujuh negara maju mencatatkan penurunan dalam indeks rasuah tersebut.

 

Laporan itu turut menyatakan bahawa lebih daripada dua pertiga dunia termasuk banyak negara maju telah mengalami kemunculan tanda-tanda penurunan dalam usaha membenteras rasuah ini.

 

Transparency International mengeluarkan laporan tahunannya, Indeks Persepsi Rasuah (CPI) untuk tahun 2019 yang merangkumi 180 negara di seluruh dunia yang menunjukkan keunggulan Denmark dan New Zealand sebagai negara yang paling telus dan paling sedikit dalam penyebaran rasuah.

 

Selain itu, Indeks global membabitkan kajian terhadap 180 negara di seluruh dunia itu menyaksikan Malaysia melonjak ke tangga ke-51, pada tahun 2019, berbanding berada di kedudukan ke-61 pada 2018, selain mencatatkan peningkatan skor sebanyak enam mata kepada 53, berbanding 47.

 

Skor Indeks CPI ditentukan mengikut 13 tinjauan dan penilaian daripada pakar bersandarkan tahap persepsi rasuah dalam sektor awam negara, mengikut skala antara sifar yang dianggap paling rasuah dan paling bersih, 100.

 

Kedudukan pertama dalam CPI 2019 diraih dua negara yang masing-masing mencatatkan skor 87 iaitu New Zealand dan Denmark, disusuli Finland (86), manakala tempat ketiga dikongsi Singapura, Sweden serta Switzerland.

 

Negara yang dibelenggu pertelagahan, peperangan dan konflik iaitu Somalia, Sudan Selatan, Syria, Yaman serta Venezuela pula berada di kedudukan lima terbawah dalam CPI 2019.

 

Analisis hasil kajian menunjukkan bahawa kepentingan tertentu negara mempengaruhi pemilihan dan pembiayaan parti politik paling tidak mampu diperangi.

 

Presiden Transparency International, Delia Ferreira Rubio mengatakan bahawa kekecewaan terhadap rasuah kerajaan dan kurangnya kepercayaan terhadap pemerintahan tersebut menunjukkan perlunya integriti dan kompentensi politik diberikan penekanan.

 

Antirasuah perlu diperjuang sentiasa

 

Di Malaysia, kerajaan seharusnya memandang isu ini sebagai perkara yang utama dan perlu diperjuangkan tidak kira masa, memetik kata Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Dato’ Hussamuddin Yaacu, pada 16 Januari lalu.

 

“Satu gerakan massa perlu dilakukan bagi membanteras rasuah dan penyelewengan di negara ini.”

 

Amalan rasuah yang berlaku di Malaysia semakin parah dan menjadi sebahagian ekosistem di negara ini. Untuk itu, peperangan menentang jenayah yang tidak bermoral ini perlu dimulakan dari bawah.

 

Apa yang menariknya, sebagaimana yang dilaporkan media beliau;

 

“Sinar Harian akan all out dalam membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) secara sukarela untuk membanteras rasuah dan salah guna kuasa di Malaysia yang sudah agak kritikal dan menjadi wabak.”

 

“Oleh itu, Sinar Harian akan menubuhkan satu pasukan khas iaitu ‘Sinar Rasuah Busters’ mulai hari ini (16 Januari 2021). Ia satu pasukan khusus untuk mengendalikan kes-kes rasuah.”

 

Kempen yang dilaksanakan Sinar Harian itu adalah sesuatu yang sangat baik dan harus diberikan sokongan dalam kalangan masyarakat. Dengan adanya kempen dan #HerdikanSosial masyarakat dari bawah, akan lebih memberikan kesan daripada terus menantikan pihak atasan untuk melaksanakannya.

 

Fenomena ini perlu segera dihentikan

 

Realitinya, rasuah bukanlah khusus untuk masyarakat atau negara tertentu, bahkan ia fenomena global yang diadukan oleh semua negara kerana impak bahayanya terhadap keselamatan sosial, pertumbuhan ekonomi, prestasi kewangan dan pentadbiran.

 

Oleh itu, fenomena ini perlu mendapat perhatian daripada semua lapisan masyarakat dan negara, serta seruan untuk mengecamnya perlu dilakukan secara konsisten agar permasalahan itu tidak terus merebak dan membarah di negara ini.

 

Kata rasuah bermaksud penyalahgunaan iaitu penyalahgunaan kedudukan atau kuasa untuk memperoleh atau memberi kelebihan untuk mencapai keuntungan, kekuatan atau pengaruh material dengan memangsakan orang lain.

 

Rasuah kewangan dan pentadbiran adalah konsep luas yang tidak dapat dimasukkan dalam definisi yang melarang dan inklusif. Oleh itu, rasuah dilihat melalui konsep luas iaitu ketidakseimbangan dalam etika profesion pekerjaan serta nilai dan kepercayaan yang dipercayai oleh seseorang.

 

Transparency International mengistilahkannya sebagai penyalahgunaan kuasa awam untuk mencapai keuntungan peribadi, dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) pula mendifinisikan sebagai hubungan ‘tangan panjang’ yang dipersetujui yang bertujuan untuk mendapatkan faedah daripada tingkah laku untuk seseorang atau kumpulan yang berkaitan antara individu.

 

Rasuah kewangan dan pentadbiran juga bermaksud adanya ketidakseimbangan dalam prestasi sebagai akibat daripada kesalahan dan kealpaan, mengikuti keinginan dan menyimpang dari jalan yang lurus. Menurut Bahar dalam penulisannya Rasuah Pentadbiran dan Kewangan, rasuah adalah penyalahgunaan kuasa awam untuk keuntungan peribadi.

 

Menurut laporan pertama Jawatankuasa Ketelusan dan Integriti untuk tahun 2020, rasuah kewangan dan pentadbiran telah didefinisikan sebagai penyalahgunaan kuasa yang berkaitan kedudukan tertentu dengan tujuan untuk mencapai kepentingan peribadi dengan mengorbankan kepentingan umum, termasuk mengeluarkan keputusan untuk mencapai kepentingan peribadi, keuntungan serta tingkah laku menyimpang birokrasi yang bertujuan untuk mencapai faedah peribadi dengan cara tidak sah dan menyalahi undang-undang.

 

Di mana nilai Integriti dan kompetensi?

 

Isu rasuah termasuk rasuah kewangan dan pentadbiran, bukan masalah angka atau persamaan yang dapat dihitung dengan jumlah sehingga seseorang dapat menghuraikannya dan memberikan hasilnya secara matematik semata-mata. Sebaliknya, ia adalah faktor kepada orang yang sama dalam menentangnya iaitu dalam persekitaran kita, rumah, kejiranan dan masyarakat.

 

Isu kepatuhan kepada undang-undang dalam pencegah rasuah dan menghukum mereka yang melakukannya dengan hukuman yang berat perlu dikuatkuasakan. Ini dianggap faktor penting bagi ramai orang agar tidak terjebak dengan koridor gelap ini dengan sering memberikan amaran tegas.

 

Fenomena rasuah kewangan dan pentadbiran adalah fenomena yang sering wujud dalam masyarakat secara umum tetapi ia berbeza-beza mengikut tahap keberkesanan dan penyebaran kesedaran moral, undang-undang dan pentadbiran di negara ini.

 

Tidak dinafikan bahawa keuntungan material dan moral yang dituai inilah yang mendorongnya untuk melakukan tindakan tersebut yang mungkin mengambil satu atau lebih manifestasi berikut:

 

1. Sogokan rasuah

Ini bermaksud bahawa seseorang memperoleh manfaat yang sebahagian besarnya bersifat kewangan untuk melepaskan atau melaksanakan tindakan selain perundangan atau prinsip profesion.

 

2. Nepotisme

Ia bermaksud menyampaikan apa yang diinginkan oleh organisasi (pihak, wilayah atau keluarga yang berpengaruh) melalui pengaruh mereka.

 

3. Kegemaran

Sebarang keutamaan yang tidak sah untuk satu pihak daripada pihak yang lain seperti dalam pemberian kontrak dan penawaran, kontrak sewa dan pelaburan.

 

4. Pengantaraan

Segala gangguan oleh seseorang dengan kedudukan (organisasi fungsian atau politik) yang memihak kepada seseorang yang tidak layak dilantik, dikontrak atau diduduki.

 

5. Surat Menyurat dan Pemalsuan

Untuk tujuan mendapatkan wang daripada orang, memanfaatkan kedudukan pekerjaannya dengan alasan undang-undang atau pentadbiran, atau menyembunyikan arahan yang dapat dilaksanakan kepada orang-orang yang bersangkutan seperti yang berlaku di jabatan cukai, penempaan sijil akademik atau penempaan wang.

 

6. Embezzlement (kerosakan) menerima wang awam

Pasaran gelap, penyeludupan menggunakan kuasa yang diberikan kepada seseorang tersebut, penipuan atau eksploitasi kedudukan pekerjaan untuk menyeludup dana negara secara senyap tanpa hak, atau menyebarkan barang melalui pasaran gelap atau menyeludup kekayaan minyak, kartel daging dan lain-lain.

 

7. Rasuah undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan sistem keadilan, hak harta benda, kemudahan perbankan, kredit dan juga pembiayaan luar.

 

8. Rasuah dalam persekitaran masyarakat/ pencemaran dan asap kilang.

 

9. Kelambatan dalam menyelesaikan transaksi, terutama yang penting dan mendesak seperti persaraan, kewarganegaraan, pasport dan dokumen yang mengesahkan kesahihan pengeluaran sijil atau buku rasmi.

 

Kaedah menangani segala rasuah seperti, rasuah politik, rasuah kewangan dan rasuah pentadbiran ini adalah dengan mengaitkannya dengan hal integriti, kompetensi dan ketelusan yang merupakan jaminan sebenar bagi proses pembinaan sesebuah negara.

 

Warganegara, organisasi masyarakat sivil dan pihak berkuasa dapat melihat fakta-fakta berkaitan dengan masalah pentadbiran dan kewangan sehingga pegawai yang menguruskan itu dapat dipertanggungjawabkan dan sekiranya berlaku kegagalan dalam usaha terbabit, tentunya akan menyebabkan bahaya kepada ekonomi negara.

 

Bendung segera sebelum terus membarah

 

Fenomena rasuah adalah satu bentuk fenomena global yang sangat meluas dan mendalam yang mengambil dimensi luas  yang mana faktor yang berbeza sukar dibezakan di antara mereka dan tahap kepelbagaiannya berbeza dari satu masyarakat ke masyarakat yang lain.

 

Tentunya kesan buruk dan akibat negatif berleluasanya fenomena tercela ini mempengaruhi semua elemen kehidupan bagi rakyat sehingga membuang wang, kekayaan, masa, tenaga dan menghalang pelaksanaan tanggungjawab dan penyelesaian pekerjaan dan perkhidmatan, sehingga membentuk sistem sabotaj dan korupsi yang menyebabkan kelewatan lebih lanjut dalam proses pembangunan dan kemajuan.

 

Tidak hanya di peringkat pentadbiran dan kewangan sahaja, ia juga melibatkan bidang politik, ekonomi, sosial dan budaya iaitu berkenaan dengan komprehensif pembangunan yang menyentuh jabatan perkhidmatan awam yang mempunyai hubungan langsung.

 

Oleh yang demikian, ianya memerlukan penubuhan sistem pemantauan yang strategik dan berkesan serta bebas yang tugasnya adalah untuk melaporkan dan membenteras sesuatu perbuatan rasuah yang dilakukan oleh menteri, ahli politik, pekerja perkhidmatan awam, institusi hinggalah kepada masyarakat.

 

Memang ia bukan sesuatu yang mudah, namun ia sewajarnya terus diperjuangkan agar jenayah berat ini dapat ditumpaskan dan tidak lagi berleluasa di negara kita ini. Ayuh kita semua bersama dalam kempen ‘Rasuah Busters’ Sinar Harian ini.

 

Sedarlah kita semua bahawa amalan rasuah memberi kesan yang sangat buruk, bukan sahaja kepada individu bahkan juga terhadap masyarakat dan negara. Antara kesan buruk kepada individu ialah seperti kejatuhan moral atau maruah, kehilangan pekerjaan, hilang kepercayaan masyarakat dan sebagainya.

 

Manakala antara kesan buruk rasuah terhadap masyarakat dan negara ialah ketidakadilan disebabkan dinafikan hak-hak orang tertentu, melindungi dan menggalakkan jenayah, menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran, menjejaskan sosial serta kestabilan politik dan keselamatan, menurunkan mutu dan kualiti kerja dan sebagainya.

 

Perlu juga kita ketahui, antara punca berlakunya rasuah adalah disebabkan kurangnya keimanan dan ketakwaan. Seseorang itu mengetahui bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi ia dilakukan juga kerana matanya dikaburi oleh harta duniawi, imbuhan dan ganjaran yang banyak, begitu juga kerana tekanan hidup seperti terlalu banyak hutang dan masalah-masalah lain.

 

Faktor kelemahan dalam kepimpinan dan pengurusan sesebuah organisasi juga boleh memberi ruang dan kesempatan kepada pemberi dan penerima rasuah untuk melakukan jenayah. Ketahuilah, mereka yang melakukan rasuah didorong oleh sifat tamak untuk hidup mewah, menjana pendapatan lebih dan ingin hidup senang dan mudah.

 

Ayuhlah, kita kembali kepada apa yang diperintah dan dilarang oleh Allah Subhanahuwataala dan Rasul-Nya. Sebagai rakyat, teruskanlah #herdikansosial bagi membanteras segala rasuah dan ketidakadilan yang berlaku agar negara lebih makmur dan sejahtera.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia