Pernah rasa bangkai saudara sendiri?

Tidak semua tetapi kian ramai, akhlak Islam sebahagian kita terpesong. Kita menunaikan rukun Islam yang lima sangat patuh; sembahyang sunat, puasa sunat sangat baik, begitu juga haji dan umrah kita acap kali ditunaikan. 

 

Namun, kadang-kadang antara kita terlupa, terfitnah orang, terhina orang, terumpat orang atau merendah-rendahkan orang, sama ada ahli keluarga, saudara-mara, jiran, sahabat malah orang-orang yang tidak mengenali kita (pemimpin, ahli politik, bos kita, ustaz-ustaz, artis dan sebagainya) pun dihina, difitnah dan diaibkan.

 

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik daripada mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandungi ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (Surah al-Hujurat: 11)

 

Media sosial atau media massa menjadi medium yang mencetus fenomena ini, apatah lagi grup- grup politik yang mencanang fitnah dan penghinaan terhadap pihak lawan. Lebih serius ialah serangan peribadi yang disemboyankan sehingga menelanjangkan individu atau tokoh tertentu. 

 

Kecanggihan teknologi yang ada pada ketika ini membolehkan maklumat disampaikan dengan pantas terutamanya melalui aplikasi telefon mudah alih atau telefon pintar. 

 

Awas, kecanggihan itu sebenarnya boleh menjadi penyebab umat Islam itu disoal di akhirat kelak jika perkara yang disampaikan atau disebarkan bersifat fitnah dan boleh mengaibkan.

 

“Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang Muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya.”  (HR Tirmidzi, No. 1955)

 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidaklah seseorang hamba menutup aib hamba yang lain, melainkan Allah tutup aib hamba yang pertama tadi pada hari kiamat.” (HR Muslim, No. 2590)

 

Ditambah dengan perbuatan ghibah atau mengumpat, dalam Islam, perbuatan mendedahkan keaiban peribadi sebagai senjata politik, atau senjata membunuh pesaing adalah perbuatan yang dilarang oleh Allah dan Rasul-Nya. Hal ini haram dan satu dosa besar.

 

Firman Allah bermaksud:

“Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.” (Surah an-Nur: 4)

 

Ada dua jenis dosa yang dilakukan manusia. Pertama, dosa antara dirinya dengan Allah. Mudarat dosa itu terkena kepada dirinya sendiri. Contohnya zina, minum arak, berjudi dan seumpamanya merupakan dosa ataupun aib peribadi antara hamba dengan Tuhannya.

 

Kedua, dosa antara dirinya dengan Allah, namun pada masa sama mendatangkan mudarat kepada pihak lain. 

 

Misalnya rasuah, menyebarkan hadis palsu, merompak, mencuri, mengedar dadah, merogol, pecah amanah dan seumpamanya, dosa ini bukan sahaja antara hamba dengan Allah, tetapi boleh mengancam pihak lain.

 

Apabila kita membaca nas-nas al-Quran dan as-Sunnah, kita dapati Islam melarang kita mendedahkan aib ataupun dosa peribadi seseorang selagi ia tidak mengancam keselamatan awam ataupun pihak lain.

 

Kita dilarang untuk tajassus (mengintip) dosa kategori ini. Jika perlakuan itu zahir di hadapan kita, kita disuruh mencegahnya, tapi bukan untuk menghebohkannya. Banyak nas larangan mendedah aib peribadi ini dalam hadis-hadis Rasulullah SAW.

 

Berbeza dengan dosa kategori kedua yang boleh memberikan kemudaratan kepada pihak lain, maka kita boleh mendedahkannya untuk memelihara keselamatan dan kemaslahatan pihak lain.

 

Misalnya penyebar hadis daif dan palsu, sebab itu ulama hadis menyenaraikan nama penyebar hadis palsu dalam kitab rijal (latar belakang) bagi mengelakkan hadis mereka dijadikan pegangan oleh pihak lain.

 

Demikian dengan perasuah, perompak, pemecah amanah awam, perogol dan siapa sahaja yang dosanya itu boleh mengancam pihak lain, maka perlakuannya itu didedahkan dengan tujuan mengelakkan pihak lain menjadi mangsa dan dizalimi.

 

Namun kepada yang tidak terbabit, tidak boleh dihebohkan. Pendedahan pula perlu bersifat objektif dan hanya kepada isu yang terbabit sahaja.

 

Dosa dengan Allah, kita dengan Allah. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. Dosa dengan manusia adalah sukar jika tidak dimaafkan dan berkekalan.

 

Bertanya pada diri sendiri, pernahkah kita merendah-rendahkan orang lain, menghina, membuka aib atau memfitnah orang?

 

Yang dimakan rasa, yang dilihat rupa, yang didengar bunyi, dan janganlah mengata dulang paku serpih, mengata orang aku yang lebih.

 

Abd Aziz Ishak
Pesara Pensyarah

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia