Rampas kapal Al-Awda, Israel adalah lanun

 “Tindakan Israel menahan kapal Al-Awda di perairan antarabangsa mencabul kehormatan undang-undang maritim,” tegasnya ketika sidang media yang diadakan hari ini, di sini.

Beliau berkata, Israel tidak berhak menahan kapal Al-Awda daripada berlayar di perairan antarabangsa.

“Tindakan Israel menghalang kapal Al-Awda daripada masuk ke Gaza dan menyekat semua akses keluar adalah bertentangan.”

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa Israel tidak berhak melayan Al-Awda dan anak kapalnya seperti penjenayah.

“Hakikatnya, merekalah sebenarnya penjenayah tetapi mereka lemparkan label ini kepada orang yang ingin membebaskan daripada tindakan zalim,” tegasnya lagi.

Menurutnya ketika ini, berdasarkan laporan daripada Pusat Komunikasi Misi ‘Right to A Just Future for Palestine’ (JFP) 2018, MyCARE ingin mengesahkan bahawa semua ahli misi dan anak kapal Al-Awda bersama Prof. Madya Dr. Mohd Afandi Salleh wakil tunggal Malaysia, dalam pelayaran Al-Awda berada dalam keadaan selamat.

“Mereka berlayar secara aman tanpa provokasi. Mereka tidak bawa sebarang senjata. Kapal pun di‘scan’ di setiap tempat berlabuh. Mereka akan pastikan bahawa tiada usaha-usaha ‘signical’ yang cuba mencemarkan pelayaran ini,” kata Hafidzi.

Dalam sidang media yang diadakan, MyCARE menegaskan bahawa kapal Al-Awda tidak melakukan sebarang kesalahan mahupun melanggar mana-mana undang-undang.

“Mereka hanya membawa mesej solidariti dan sedikit bantuan perubatan dan tindakan merampas kapal serta anak-anak kapal adalah tidak ubah seperti lanun. Itulah hakikatnya, lanun.”

Dalam perkembangan berkaitan, MyCARE telah mengesahkan bahawa pihaknya dan Pusat Komunikasi Misi JFP 2018 telah terputus hubungan sepenuhnya dengan Kapal Al-Awda yang sedang belayar ke Gaza pada jam 7.15 petang semalam waktu Malaysia.

“Kami percaya Kapal Al-Awda telah ditawan oleh tentera Israel kerana Al-Awda telah dihubungi oleh tentera laut Israel pada jam 5.40 petang dan diberi amaran bahawa mereka akan mengambil segala tindakan yang perlu untuk menghentikan pelayaran Al-Awda,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Kamarul Zaman Shaharul Anwar.

Selain itu, Al-Awda juga sempat melaporkan kehadiran empat buah kapal tentera laut Israel sebelum komunikasi terputus.

Kapal Al-Awda membawa 22 orang aktivis kemanusiaan daripada 16 buah negara termasuk Dr. Afandi dan turut membawa bekalan perubatan bernilai RM61,000.

MyCARE dan Freedom Flotilla Coalition (FFC) telah mengaktifkan serta-merta usaha membebaskan ahli misi yang diculik oleh tentera Israel di perairan antarabangsa termasuk menghubungi pihak kedutaan dan pasukan peguam yang telah dilantik.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia