SERI KEMBANGAN – Buat julung kalinya, Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health) akan menganjurkan Ramadan Challenge Program, berkolaborasi dengan Nicotine Addiction Research & Collaborating Centre (NARCC), Universiti Malaya.
Inisiatif ini bertujuan untuk mereka yang ingin berhenti merokok selama-lamanya sempena Ramadan yang akan bermula 3 April ini.
Berikutan itu, IKRAM Health mengajak masyarakat yang berusaha untuk berhenti merokok agar mengikuti program ini.
“Bagi yang ingin mengikuti program ini, boleh berbuat demikian melalui aplikasi GEMPAQ dalam #RamadanChallenge Program,” kata Yang Dipertua IKRAM Health, Dr Mohd Afiq Mohd Nor.
Cabaran berhenti rokok ini terbuka kepada semua warganegara yang berumur 18 tahun ke atas dan sesiapa yang berminat untuk ikuti, sila hubungi hubungi seketariat untuk pendaftaran di https://wasap.my/+601127532692.
Seterusnya peserta akan ditunjukkan beberapa langkah selanjutnya iaitu:
▪️ Muat turun aplikasi GEMPAQ di telefon pintar
▪️ Daftar nama dan masukkan butiran
▪️ Jawab semua soalan
▪️ Guna semua fungsi yang terdapat dalam aplikasi
▪️ Catat diari berhenti merokok
“Melalui program transformasi ini, peserta akan mendapat bantuan sokongan sosial, informasi dan tip berhenti merokok, video kesedaran dan motivasi serta kiraan dan jejak usaha mereka,” jelas beliau.
Tambahnya, yang paling istimewa adalah ‘3 Top Warrior’ yang tersenarai dalam carta pada akhir program akan mendapat Hadiah Raya bernilai RM100 setiap seorang.
Manakala hadiah saguhati juga akan diberikan kepada para peserta yang berjaya berhenti merokok sepanjang bulan Ramadan.
Untuk memuat turun aplikasi GEMPAQ, sila layari https://bit.ly/GEMPAQ.