Ramadan Bukan Bulan Pembuangan Makanan

Ramadan Bukan Bulan Pembuangan Makanan | IKRAM

Ketika membaca laporan yang dikeluarkan oleh Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) tentang lambakan makanan yang dibazirkan pada bulan Ramadan, perkara pertama yang penulis fikirkan adakah kita telah menjenamakan Ramadan sebagai ‘bulan pembuangan makanan’?

Perit untuk kita akui tetapi itulah realiti sekiranya angka ini benar. Pembaziran yang berlaku pada bulan Ramadan dilaporkan sebanyak 16,650 tan sisa makanan dan ini bermakna ia meningkat sebanyak 15 hingga 20 peratus berbanding bulan-bulan yang lain.

Dengan jumlah sebesar ini, ia dikatakan cukup untuk memberi makan kepada 12 juta orang setiap hari dengan tiga kali makan. Ini bermakna, hampir satu pertiga rakyat Malaysia tidak akan kelaparan!

Laporan itu juga menyebut secara puratanya sebuah keluarga yang terdiri daripada empat orang ahli, membazirkan hampir satu kilogram makanan setiap hari. Malah, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) merekodkan sebanyak 615,000 tan metrik sisa makanan dibuang sepanjang Ramadan.

Ada banyak pihak kita boleh fikirkan sebagai punca yang menyumbang kepada keadaan ini berlaku seperti pembaziran di rumah, bazar Ramadan, restoran dan bufet hotel-hotel. Bermakna, untuk mengurangkan pembaziran sisa makanan yang terbuang ini, kita perlukan mekanisme berbeza untuk menghadapinya.

Penulis bersetuju dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah untuk menggubal Akta Pembaziran Makanan. Akta ini akan memberi kesan besar kepada pembaziran yang berlaku di hotel dan restoran sekiranya mereka dikenakan penalti. Sudah tentu proses penyediaan makanan di tempat-tempat tersebut akan mengambil kira kesan penalti yang bakal dikenakan nanti.

Walau bagaimanapun, sudah tentu usaha ini tidak cukup jika kita mengharapkan peranan diambil oleh pihak kerajaan sahaja. NGO-NGO harus menggiatkan usaha dari sudut pendidikan dan menawarkan jalan penyelesaian alternatif untuk mengagihkan makanan yang tidak disentuh.

Dengan kemudahan teknologi, NGO-NGO ini mampu untuk mengumpulkan sukarelawan dan mengenal pasti mana-mana perniagaan seperti di bazar Ramadan yang mempunyai lebih makanan. Sekali gus, makanan yang tidak disentuh boleh disalurkan ke tempat yang betul.

Namun, apa yang penting sebagai individu Islam, kita harus menimbulkan persoalan adakah kepuasan berbuka puasa itu lebih diutamakan sehingga menjadikan kita tersasar daripada objektif sebenar berpuasa?

Sekiranya kita menganggap Ramadan sebagai pesta makanan, penulis fikir sudah tentu kita sedang melihatnya daripada perspektif yang tidak tepat. Jika kita dapat menyelesaikan masalah peribadi antara kita dengan kepuasan berbuka, kemungkinan besar kita sudah menemui jalan penyelesaian yang paling penting antara semua sumber pembaziran ini.

Suhail Shukri
Wartawan IKRAMedia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia