Menghidupkan Ramadan yang lebih bermakna

Ku mengharapkan Ramadan kali ini penuh makna

Agar dapat ku lalui dengan sempurna

 

Masih terngiang-ngiang bait-bait awal lagu ‘Harapan Ramadan’ nyanyian Man Bai yang menyentuh tentang keinginan yang berkobar-kobar bagi menghidupkan bulan mulia ini dengan penuh makna.

 

Alhamdulillah, pada tahun ini kita masih diberi peluang bertemu lagi dengan tetamu yang amat dirindui, bulan Ramadan al-Mubarak yang penuh keberkatan, kerahmatan dan pengampunan daripada Allah SWT.

 

Persoalannya, mampukah kita menjadikan Ramadan kali ini lebih baik dan bermakna daripada sebelumnya? Rasulullah SAW bersabda:

 

“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari, No. 38)

 

Hadis ini menggambarkan bahawa syarat-syarat untuk diampunkan dosa-dosa yang lalu diampuni adalah ‘imanan’ (penuh keimanan) dan ‘ihtisaban’ (pengharapan).

 

Dalam kitab Fathul Bari yang mensyarahkan hadis tersebut, Imam Ibnu Hajar al-Asqalani mendefinisikan keimanan dengan beriktikad akan hak kefarduan puasa dan pengharapan pula adalah memohon ganjaran daripada Allah SWT.

 

Manakala bagi Imam al-Khattabi, pengharapan adalah azimah iaitu seseorang itu berpuasa dalam keadaan amat mengharapkan ganjaran yang baik daripada Allah SWT untuk dirinya tanpa merasa berat serta panjang hari-harinya.

 

Dalam kitab al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, Imam an-Nawawi mendefinisikan keimanan iaitu seseorang itu membenarkan akan fadilatnya dan pengharapan pula adalah seseorang itu berpuasa kerana menginginkan Allah dan tidak melakukannya disebabkan ingin dilihat oleh manusia atau apa yang bertentangan dengan makna ikhlas.

 

Daripada definisi tersebut, boleh disimpulkan daripada hadis ini bahawa keimanan bermakna membenarkan kefarduan puasa dan fadilatnya serta melaksanakannya, manakala pengharapan pula bermakna memohon dan mengharapkan ganjaran baik Allah SWT dengan keikhlasan beribadah sepanjang Ramadan.

 

Keimanan dan pengharapan ini juga disebutkan dalam dua hadis lain. Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang mendirikan bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari, No. 37)

 

“Sesiapa yang mendirikan Lailatulqadar dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari, No. 35)

 

Oleh itu, keyakinan dalam melaksanakan segala ketaatan dan perintah Allah SWT, serta mengharapkan ganjaran baik daripada-Nya dengan keikhlasan beribadah sepanjang Ramadan, menjadi kunci untuk diampunkan dosa-dosa yang lalu.

 

Inilah Ramadan yang lebih baik dan bermakna, dosa-dosa lalu diampunkan dan segala ibadah Ramadan diterima Allah SWT.

 

Ramadan tiada makna jika hanya menahan lapar dahaga.

Ramadan tiada makna jika ibadat lain selain puasa entah ke mana.

Ramadan tiada makna jika pembaziran masih berleluasa.

Ramadan tiada makna jika hanya mulut dan perut sahaja yang berpuasa.

Ramadan tiada makna jika akhlak ‘ke laut’ juga.

Ramadan tiada makna jika tiada perubahan positif pada diri kita.

Ramadan juga tiada makna jika dosa-dosa kita tidak diampunkan oleh Yang Maha Esa.

 

Rasulullah SAW bersabda: “..Rugi (celaka) orang yang masuk Ramadan, kemudian Ramadan itu berlalu sebelum dosa-dosanya diampuni.” (HR Tirmidzi, No. 3545, Status: Sahih)

 

Rebutlah peluang Ramadan kali ini dengan melaksanakan ibadah yang terbaik dan penuh keikhlasan kerana-Nya.

 

Andai ini Ramadan yang terakhir, ayuh kita hidupkan Ramadan yang lebih bermakna dengan bersihnya kita daripada dosa-dosa serta bergembira apabila bertemu dengan-Nya di akhirat sana.

 

Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang berpuasa akan memperolehi dua kegembiraan: kegembiraan ketika dia berbuka puasa dan kegembiraan ketika dia bertemu Tuhannya nanti…” (HR Muslim, No. 1945)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia