Rakyat yang tidak akan disiakan oleh Allah – Mursyid Am Ikhwan

Ucapan Pertama

Sesungguhnya ucapan pertama yang disebutkan oleh ketua wanita seluruh alam, Khadijah Radhiallahu Anha kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam (SAW) adalah: “Bahkan bergembiralah, Allah itu tidak akan menyia-nyiakan kamu selama-lamanya” (Al-Bukhari).

Ianya juga adalah ucapan yang sama diucapkan oleh ibu seluruh penduduk Mesir, Hajar ketika beliau bertanya suaminya, bapa para Nabi, Ibrahim Alahis Salam (AS): “Adakah Allah yang menyuruh engkau melakukan (penyembelihan ke atas Ismail) ini?”

Setelah beliau menerima pengesahan itu dengan ucapan (Ibrahim AS) : “Ya”, lantas dia menjawabnya dengan penuh percaya, tawakal dan sangat yakin kepada Allah Taala: “Kalau begitu, Dia tidak akan menyiakan kita” (Al-Bukhari).

Revolusi Yang Ajaib

Sesungguhnya, revolusi yang berlaku di Mesir (mendapat keputusan) yang sangat berbeza dari jangkauan penganalisis, ahli politik, dan pakar-pakar dalam bidang ini, (Revolusi Mesir) berjaya hanya dengan sedikit bilangan pertumpahan darah, pengorbanan dan luka-luka. Sehinggakan, para cendekiawan telah bersepakat menamakannya sebagai ‘keajaiban’- kerana ia adalah kehendak rakyat.

Pastinya malam telah berlalu, dan muncullah cahaya pagi.

Sesungguhnya, rakyat Mesir lebih benar dari (jangkauan) berita-berita para penganalisis, saluran satelit dan laporan-laporan tersembunyi. Bahkan, rakyat Mesir mampu mengumumkan kemampuannya di tengah-tengah ramalan, jangkauan, serta spekulasi dengan penuh keazaman yang tidak ragu-ragu, dengan kekuatan perhimpunan yang sentiasa bertambah, yang menzahirkan undang-undang rakyat juga revolusi.

Menuju Kestabilan, Keselamatan dan Kemakmuran

Berhadapan desakan yang sangat kuat, rakyat Mesir mencipta revolusinya sendiri. Revolusi yang merubah sistem yang musnah, lalu mereka memilih Presiden dari kalangan mereka, yang memimpin Republik kedua, supaya Presiden itu untuk semua rakyat Mesir, dan terbit darinya (Insya-Allah) kesatuan negara dan pembarisan rakyat. Dan diambil darinya janji keamanan, kestabilan, kebangkitan dan kemajuan.

Walaupun pelbagai cubaan untuk memberi kesan (buruk) kepada haluan rakyat Mesir, namun ia hanya membawa kepada memperbanyakkan pertahanan revolusi, dan menolak sistem yang musnah. Kehendak Allah telah mendahului rakyat ini, yang mereka itu sangat bersikap jujur, ikhlas, dan tiada kepentingan. Mereka menunjukkan pengorbanan-pengorbanan, syuhada dan orang yang ditimpa kesusahan kepada Tuhan mereka . Lalu, pastinya ditulis nama Mesir dengan huruf-huruf cahaya, dan dikembalikan kedudukannya yang asal, di tengah-tengah rakyat dan negara-negara dunia.

Masyarakat Pemula Kebangkitan

Dalam peringkat dunia Islam kita ini pula, telah diumumkan pelancaran kebangkitan masyarakat. Kelahiran perubah telah mula kuat sistemnya daripada peringkat atasan. Dan kelahiran yang baru telah dimuliakan dengan cahaya-cahaya impian seluruh alam. Dengan kehendak rakyat yang bebas, yang semakin kuat setiap hari, sesungguhnya tanaman kehendak ini akan menghasilkan buah yang banyak dan terus banyak. Dari pengembalian kemuliaan dan kebebebasan, serta perolehan kembali hak-hak yang dihilangkan oleh sistem yang musnah. Ia adalah perkara yang dilaungkan oleh rakyat seluruh dunia. Statistik dari Amarika menunjukkan 70% rakyat Amerika Syarikat melihat positif tentang hal rakyat Mesir khasnya dan 56% kepada rakyat Arab secara amnya.

Tibanya Waktu Memungut Hasil

Rakyat menyahut seruan kebenaran, lalu mereka mendapat hasil kemenangan yang nyata. Rakyat yang sangat yakin dengan kemenangan dari Tuhannya, maka jadilah hasil itu penuh dengan kemuliaan dan kebanggaan. Rakyat yang membantu arah keadilan, maka jadilah hasil itu dengan kebebasan dalam tangan mereka. Rakyat yang mampu melakukan perkara demikian tidak akan disiakan oleh Allah selama-lamanya. Dan inilah dia hakikat yang jelas yang tidak dapat dilihat oleh orang licik, ditundukkan padanya orang lalai, dan bangunlah darinya orang-orang yang berakal, bagi bersama-sama menyatukan barisan Mesir yang sangat dicintai, yang merindui bantuan daripada penduduknya.

Di Ambang Kebangkitan Mesir

Rakyat yang selamanya tidak akan disiakan oleh Allah adalah yang akan menuju ke gerbang kebangkitan yang sebenar, memerlukan perjalanan yang pantas, kerja yang berterusan, melawan rintangan, dan menyeberang celahan-celahan. Sehingga berubahnya mimpi menjadi realiti, yang jauh dari slogan-slogan atau permasalahan yang tidak dapat merealisasikan impian. Maka kejayaan itu bermula, dan kemenangan itu bukanlah pengakhirannya. Dan kita akan berada pada hari kemenangan dengan sangat dekat. Dan akan tinggallah fajar yang sentiasa menjadi baru dalam kebangkitan benang-benangnya.

Syed Qutb berkata :
“Dunia Islam tidak akan tidur setelah kebangkitannya, dan tidak akan mati dunia Islam ini setelah kebangkitannya. Kalau ia ditakdirkan mati, maka ia akan mati. Namun, tidak akan mati Aqidatul Hayyah (Pegangan hidup – Islam) yang memimpin pertempuran, kerana ia daripada roh Allah, dan Allah itu hidup dan tidak akan mati.”

Selawat ke atas pemimpin Muhammad SAW. Allahu Akbar, wa Lillahil Hamd.

Hidup Mesir, hidup rakyatnya.
Kaherah: 8 Sya’ban 1433 bersamaan 28 Jun 2012

Sumber: FB Kelab IKRAM Mesir

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia