Rakyat wajar sokong reformasi sistem pilihan raya

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) merakamkan ucapan tahniah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang telah memulakan proses reformasi pilihan raya di negara ini dan menyeru rakyat menyokong usaha-usaha SPR untuk mewujudkan sistem pilihan raya yang telus, adil dan profesional.

Media melaporkan empat kategori reformasi pilihan raya yang akan dilaksanakan SPR. Reformasi tersebut terdiri daripada:

1. Reformasi yang boleh dibuat sekarang tanpa perubahan kepada apa-apa undang-undang atau peraturan,

2. Reformasi yang memerlukan pindaan peraturan oleh SPR,

3. Reformasi yang memerlukan pindaan undang-undang dan kelulusan Parlimen dengan majoriti mudah, dan

4. Reformasi yang memerlukan pindaan perlembagaan dan memerlukan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Ketegasan SPR juga patut disokong oleh semua pihak seperti yang ditunjukkan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highland yang baru berlangsung apabila tindakan telah diambil terhadap calon Pakatan Harapan (PH), M. Manogaran dengan meminta beliau keluar daripada pusat mengundi setelah didapati memakai pakaian yang mempunyai logo parti, satu kesalahan menurut Seksyen 26(1)(g) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

IKRAM berharap ketegasan SPR ini diteruskan dalam menyegerakan kesalahan penggunaan harta kerajaan untuk kempen pilihan raya, seperti yang dilaporkan berlaku dalam PRK Cameron Highland minggu lepas.

Walau bagaimanapun, IKRAM menggesa proses mengisi kekosongan jawatan Timbalan Pengerusi SPR dan lima Ahli SPR dipercepatkan untuk membolehkan institusi tersebut berfungsi dengan berkesan dan memulihkan keyakinan rakyat pada institusi tersebut.

Untuk mewujudkan sistem demokrasi yang lebih sihat, IKRAM menggesa proses reformasi pilihan raya diteruskan dengan mengambil kira pandangan daripada semua pemegang taruh. Antaranya, keutamaan mestilah diberi dalam usaha-usaha berikut:

1. Menangani rasuah melalui pelan yang lengkap dan menyeluruh melalui Pelan Anti-Rasuah Nasional (NACP) yang baru dilancar YAB Perdana Menteri,

2. Menggubal Akta Neutraliti Pentadbiran untuk mengawal selia masalah naungan kronisme dan penyalahgunaan sumber kerajaan atau kuasa awam bagi tujuan kepentingan parti pemerintah (seperti yang disarankan BERSIH 2.0), dan

3. Menggubal Akta Pembiayaan Politik, sebagaimana yang dijanjikan dalam manifesto PRU14 lalu.

Dengan semangat Malaysia baharu, IKRAM bersedia terlibat dalam inisiatif reformasi pilihan raya melalui panel pemikir atau pasukan petugas khas (task force).

Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia