Jangan perjudikan kesihatan rakyat

Baru-baru ini, 50 buah NGO menyatakan rasa kecewa dan membantah sekeras-kerasnya cadangan kerajaan untuk mengenakan duti eksais terhadap produk cecair rokok elektronik (e-rokok) dan vape yang mengandungi nikotin dalam Pembentangan Belanjawan 2022 di Dewan Rakyat.

 

Cadangan cukai terhadap e-rokok, vape bernikotin oleh kerajaan ini bolehlah diumpamakan dengan ‘tangan kanan membina, tangan kiri meruntuh’. Kerajaan berkempen menggalakkan gaya hidup yang sihat, namun dalam masa yang sama, kerajaan membenarkan penggunaan produk yang jelas membahayakan kesihatan rakyat melalui cukai, sepertimana rokok.

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), agensi-agensi kerajaan serta NGO-NGO perubatan dan kesihatan sudah puluhan tahun berjuang dan berkempen menyedarkan masyarakat mengenai bahaya rokok, namun kali ini tugas mereka semakin bertambah.

 

Kini mereka perlu berusaha lebih keras lagi apabila berdepan pula dengan e-rokok dan vape yang didakwa lebih selamat daripada rokok. Adakah dakwaan ini benar?

 

Jika dakwaan ini benar, mengapa banyak negara mengharamkan penggunaan e-rokok dan vape?

 

Jika dakwaan ini benar, adakan Majlis Fatwa Kebangsaan tersilap memfatwakan haram e-rokok dan vape?

 

Jika dakwaan ini benar, kajian mana yang mendakwa e-rokok dan vape lebih selamat daripada rokok?

 

Jika dakwaan ini benar, mengapa banyak pihak membantah cukai terhadap e-rokok dan vape, bahkan menggesa kedua-kedua produk diharamkan terus oleh kerajaan?

 

Tidak dinafikan e-rokok dan vape telah mengurangkan penggunaan rokok konvensional, namun bahaya penggunaan kedua-duanya adalah sama kerana mengandungi bahan nikotin yang menguasai 97 peratus pasaran berbanding bukan nikotin.

 

Bahaya nikotin tidak perlu dipertikaikan lagi pembuktiannya. Ia adalah bahan yang memberi impak kepada otak seseorang terutama golongan muda dan penggunaannya akan menjejaskan pembelajaran, daya fokus, mood serta memori seseorang. Di mana selamatnya e-rokok dan vape ini?

 

Oleh kerana ketidaktegasan kerajaan mengharamkan vape, baru-baru ini Pusat Racun Negara mendedahkan bahawa pengguna vape meningkat dua kali ganda dalam tempoh tiga tahun, dari 600,000 pada 2016 kepada 1.2 juta pada 2019 dan majoritinya adalah anak muda berusia awal 20-an. 

 

Ada juga yang mendakwa boleh e-rokok dan vape boleh mengurangkan ketagihan rokok. Hakikatnya, bukan sahaja ia tidak mengurangkan ketagihan rokok, bahkan menambahkan lagi ketagihan e-rokok dan vape yang mengandungi nikotin.

 

Lebih parah, ia sudah menambah lebih ramai pengguna baru yang asalnya tidak merokok. Adakah kita sanggup menggadaikan nasib bakal pewaris negara kita dengan menerima e-rokok dan vape sebagai pengganti kepada rokok konvensional? Tentunya tidak.

 

Justeru, inisiatif kerjasama Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health), Pusat Racun Negara, Medical Mythbusters Malaysia dan Persatuan Green Lung Malaysia yang sedang melaksanakan kempen Drive Towards Zero Harm (DZTH) wajar dipuji.

 

Kempen yang bermula 5 November hingga 5 Disember 2021 bertujuan memberi kesedaran tentang bahaya penggunaan rokok, e-rokok dan vape serta mengurangkan penerimaan produk-produk beracun ini dalam masyarakat.

 

Selain itu, kempen ini berusaha untuk memperbetulkan pemahaman masyarakat tentang agenda dan dakyah ‘harm reduction’ dalam menangani isu merokok yang disebarkan oleh industri tembakau.

 

Diharapkan agar kerajaan memberikan keutamaan dalam memelihara kesihatan rakyat. Besarlah harapan kita untuk melihat generasi negara masa hadapan adalah generasi yang lebih sihat dan bebas sepenuhnya daripada rokok, e-rokok dan vape. 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia