Rakyat Malaysia bersama Rakyat Mesir Tuntut Hak – M4E

Pergolakan di Mesir diberi perhatian kerana kesannya yang besar bukan sahaja kepada dunia Arab tetapi kepada rantau benua yang lain.

Ini kerana kedudukan strategiknya, sejarahnya dan rakyatnya. Saksikan sahaja kesan meluas daripada revolusi atau thaurah Jan 2011 dahulu yang mencetuskan kebangkitan dan kesedaran di seluruh dunia. Kesannya ditanggapi baik dan memberi harapan baru kepada perubahan daripada pemerintahan rejim tentera kuku besi kepada pemerintahan demokrasi berasaskan suara rakyat.

Malangnya, perubahan ini terbantut dengan peristiwa hitam 3 Julai 2013 penggulingan Presiden Dr Mohamad Morsi oleh rampasan kuasa tentera pimpinan As-Sisi. Lebih malang lagi, beribu-ribu rakyat Mesir dibunuh dan ditangkap hanya kerana mereka membantah secara aman menuntut hak mereka dengan mempertahankan institusi demokrasi.

Ikhwanul Muslimin dituduh dan difitnah menyebabkan keganasan dan pembunuhan walaupun sepanjang sejarah organisasi berkenaan, tiada satu pun ucapan atau penulisan oleh pemimpin-pemimpinnya yang menyeru atau menggalakkan aktiviti keganasan atau penentangan secara bersenjata (kecuali di bumi Palestin pada hujung tahun 40an).

Tambah buruk apabila kuasa besar seperti US berbelah bahagi dalam sikap mereka terhadap rampasan kuasa. Atas kepentingan tersendiri, Israel dan Arab Saudi pula menyokong As-Sisi. Di samping itu, tidak banyak Negara yang membantah tegas termasuk Malaysia.

Secara umumnya, rakyat Malaysia, parti-parti politik dan NGO telah menunjukkan keprihatinan tinggi terhadap perkembangan di Mesir. Pelbagai usaha telah dilakukan dalam menyatakan bantahan terhadap rampasan tentera dan sokongan kepada demokrasi. Ini termasuklah protes-protes NGO di hadapan kedutaan Mesir, himpunan solidariti umat, kempen bantahan seperti ‘Silence Is Not An Option’, wacana, seminar, pertemuan dan majlis penerangan di seluruh negara. Walau bagaimanapun, memandangkan krisis di Mesir akan berlarutan, usaha berterusan perlulah dilakukan.

Atas premis ini dan pentingnya ada usaha solidariti seluruh dunia, Gabungan M4E yang merupakan gabungan badan-badan bukan kerajaan dan organisasi daripada pelbagai latar belakang kumpulan etnik, agama dan budaya sepakat mendokong objektif dan pendirian asas berikut:

Objektif

1. menyatakan sokongan rakyat Malaysia terhadap rakyat Mesir yang memperjuangkan keadilan,
2. mewujudkan platform menyatukan suara masyarakat madani Malaysia,
3. memberi penerangan yang benar kepada rakyat Malaysia,
4. memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia agar mengambil pendirian berprinsip berasaskan kebenaran, kebebasan dan keadilan,
5. mewujudkan kerjasama dengan badan-badan antarabangsa yang mempunyai persamaan objektif.

Pendirian asas

1. berpandangan peristiwa 3 Julai 2013 di Mesir adalah rampasan kuasa oleh tentera,
2. bersetuju menentang rampasan kuasa tentera,
3. bersetuju dengan menggunakan pendekatan aman,
4. bersetuju dikembalikan hak rakyat menentukan kepemimpinan negara,
5. bersetuju mereka yang terlibat dengan rampasan kuasa dan pembunuhan dihadapkan ke muka pengadilan,
6. bersetuju untuk semua tahanan politik dibebaskan.

Gabungan M4E juga bersetuju untuk bergerak di atas ciri-ciri berikut:

1. Se Malaysia/Nasional
2. usaha masyarakat madani,
3. gabungan NGO-NGO,
4. terbuka kepada semua NGO di Malaysia,
5. bertindak atas dasar pemuafakatan,
6. tidak menghalang anggota mengambil langkah sendirian atau bersama badan-badan lain,
7. bergerak dalam batas Perlembagaan Malaysia

Sehingga hari ini, sebanyak 29 buah NGO dan organisasi telah menganggotai M4E. Ini termasuk NGO-NGO Islam, NGO pelbagai etnik seperti Melayu, Cina dan India; NGO anak-anak muda, NGO wanita dan lain-lain. Penyertaan masih terbuka kepada mana-mana NGO atau organisasi.

Sayugia dimaklumkan bahawa buat masa ini, sebuah Jawatankuasa Penaja sedang berfungsi sehinggalah satu Majlis Perwakilan NGO akan dipanggil di mana semua anggota gabungan akan hadir dan menentukan dasar dan keputusan utama gabungan serta memilih anggota Jawatankuasa Pepandu.

Langkah-langkah sewajarnya dalam memenuhi objektif Gabungan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pepandu. Namun secara umumnya, Gabungan dijangka akan memberi fokus kepada empat perkara utama berikut iaitu lobi, kesedaran awam, media dan kemanusiaan.

Semoga usaha kerdil Gabungan M4E ini mampu menyokong usaha-usaha pembaharuan dan perubahan di Mesir dengan mengembalikan hak keadilan dan kebebasan mereka. Lantas terus membenihkan kesejahteraan buat rakyat di Malaysia, dunia Arab, dunia Islam dan dunia amnya.


KEMBALIKAN HAK RAKYAT MESIR!

Syed Ibrahim Syed Noh

Pengerusi Jawatankuasa Penaja

Gabungan Malaysians 4 Egypt (M4E)


Senarai NGO Dalam Gabungan Malaysians 4 Egypt (M4E):

1. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
2. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
3. Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
4. Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA)
5. Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia (GEMA)
6. Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia (Wanita IKRAM)
7. Pertubuhan Mawaddah Malaysia (MAWADDAH)
8. Islamic Renaissance Front (IRF)
9. Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall
10. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
11. Centre for Policy Initiatives (CPI Malaysia)
12. Integrated Muslimah Association and Network Alliance (IMAANA)
13. Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM)
14. Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAMHealth)
15. Persatuan Saintis Muslim Malaysia (PERINTIS)
16. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
17. IKRAM Siswa
18. Pertubuhan Alumni Pemimpin Kanan Pelajar Menengah Terengganu (PEMIKIR)
19. Gerakan Demokratik Mahasiswa dan Belia Malaysia atau Malaysia Youth & Student Democratic Movement (DEMA)
20. Jihad for Justice
21. Malaysian Association of Maternal and Neonatal Health (MAMANEH)
22. Angkatan Skuad Mubaligh Malaysia
23. Association of Women’s Initiative For Research, Development and Advancement (WIRDA)
24. Pusat Sokongan Wanita dan Keluarga IKRAM (PAKSI)
25. National Indian Rights Action Team (NIAT)
26. Persatuan Persaudaraan Rahmatan lil ‘Alamin
27. Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
28. Persatuan Masyarakat Selangor & Wilayah Persekutuan (PERMAS)
29. Persatuan Pendidikan Islam Selangor (PERPIS)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia