Konvensyen ini bertujuan memberikan motivasi kepada para peserta untuk terus terlibat dalam arena dakwah dan kesukarelawanan.
Selain itu, ia bertujuan mengiktiraf usaha aktivis mahupun pasukan Rakan Hidayah yang cemerlang dalam mencapai objektif-objektif HCF.
RHC 2020 mensasarkan seramai 500 orang peserta dan penyertannya adalah percuma serta terbuka kepada semua yang ingin bersama menjadi aktivis Rakan Hidayah seluruh Malaysia.
Untuk pendaftaran silakan ke https://bit.ly/RHConvention2020.
Dalam perkembangan lain, Rakan Hidayah Shah Alam turut mengadakan Seminar Percuma Dakwah Masyarakat Majmuk Fasa1 (Bahagian1) secara dalam talian melalui aplikasi Zoom pada Sabtu, 28 Nov 2020 bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Hanya mereka yang mendaftar sahaja dibenarkan masuk Zoom Meeting dan sijil penyertaan akan disediakan.
Link Zoom sesi pagi: https://us02web.zoom.us/j/87812675176
Link Zoom sesi petang: https://us02web.zoom.us/j/86152870567
Daftar segera di: https://forms.gle/ZFZTDWVdoDAcT3PQA
Sebarang sumbangan sangat dialu-alukan dan boleh dimaklumkan kepada Pn Mazyan di talian 6017-7567875.