Rai pasangan kembara berbasikal ke Mekah

Pasangan “Kembara Memburu Hikmah” (KMH) tersebut telah pulang ke Malaysia pada 8 Julai lalu setelah menamatkan kembara 15 bulan pada 8 Jun 2017.

Menurut Yang Dipertua IKRAM Batu, Hj. Omar Ismail, sambutan tersebut diadakan bersama kerana ahli kembara, saudara Ahmad Mohd Isa merupakan ahli IKRAM Kawasan Batu.

Pasangan tersebut, Ahmad dan Noradilah Mohd Sapie, telah merentasi 14 buah negara dengan misi keamanan dan persaudaraan antarabangsa.

“Rancangan awal kami ingin mengembara, masuk ke kawasan pedalaman, mahu dekat dengan masyarakat tempatan dan kemudian kami merasakan berbasikal adalah cara yang terbaik,” kata mereka.

Ahmad yang merupakan seorang arkitek dan isterinya, Noradilah merupakan seorang guru agama berkata, mereka mempunyai bajet kewangan yang sangat sedikit untuk merealisasikan impian itu.

  

Suasana majlis dan pasangan KMH bersama sijil penghargaan dan cenderahati

“Pada awalnya bajet kami sangat besar tetapi terpaksa dikurangkan dan kami hanya mempunyai RM3,000 untuk memulakan kembara ini.”

Tambahnya, ia adalah untuk pembangunan aplikasi yang akan dibangunkan untuk masa hadapan bagi memudahkan kerja penyaluran bantuan kemanusiaan.

“Kami pergi ke masjid-masjid sepanjang perjalanan ke semua negara untuk membina satu rangkaian yang akan digunakan untuk membuat aplikasi teknologi nanti.”

Mereka turut bekerjasama dengan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) bagi menyalurkan data masyarakat tempatan di negara yang mereka lalui.

Pasangan tersebut ditemui dalam majlis Sambutan Aidilfitri tersebut yang turut dihadiri oleh beberapa tokoh politik serta NGO tempatan.

Dalam majlis yang sama, IKRAM Batu turut menyalurkan sumbangan kepada Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), Rumah Kebajikan An-Nasuha dan Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA).

Diadakan di Pusat Komuniti IKRAM Batu, turut hadir menyerikan majlis Ahli Parlimen Batu, YB Tian Chua dan Yang Dipertua IKRAM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Prof. Dr. Hj Sahrim Ahmad.

Foto: FB IKRAM Batu

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia